Selepas dua hari usaha mencari, akhirnya penantian seorang isteri yang sedang mengandung terjawab apabila menerima berita suami, Md Rajihan Junaidi, 28, lemas selepas mayatnya ditemui dalam kebun pisang pada Isnin (4 Januari) berdekatan dengan keretanya yang hanyut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, mayat Md Rajihan Junaidi, ditemukan pada jam 5.10 petang.

Penantian Isteri Berakhir! Ditemui Lemas Dalam Kebun Pisang Dekat Kereta Yang Hanyut

“Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari jalan utama. Mangsa dibawa keluar menggunakan bot bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam kejadian berhampiran Batu 17 kira-kira jam 8 malam pada Sabtu, Md Rajihan bersama-sama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, menaiki kereta melalui Jalan Kluang-Kahang yang dinaiki air.

Penantian Isteri Berakhir! Ditemui Lemas Dalam Kebun Pisang Dekat Kereta Yang Hanyut

IKLAN

Difahamkan mangsa yang bersama isteri ketika itu sempat memecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki untuk menyelamatkan isteri dan bayi dalam kandungan, sebelum wanita itu diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN [Pecahkan Cermin Selamatkan Isteri Hamil. Kereta Hanyut Dah Jumpa, Suami Masih Hilang]

Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan apabila dia yang masih berada dalam kereta, dihanyutkan arus deras. Kereta berkenaan dipercayai terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut.

IKLAN

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada malam kejadian tidak dapat diteruskan berikutan lokasi tidak dapat dimasuki sebarang kenderaan kerana paras air banjir tinggi serta arus yang deras.

Penantian Isteri Berakhir! Ditemui Lemas Dalam Kebun Pisang Dekat Kereta Yang Hanyut

Md Rajihan merupakan korban banjir ketiga di negeri Johor selepas seorang wanita, Halijah Majid, 59, ditemukan lemas akibat terjatuh dalam parit di Jalan Setia, Kampung Contoh di sini pada Sabtu.

IKLAN

Manakala seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, pula ditemukan mati lemas di Kampung Bentong di sini pada 12.20 tengah hari pada Isnin.

Kredit: Sinar Harian

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI