“Saya tak nak salahkan sesiapa atau besarkan hal ini, bagi kami ALLAH pinjamkan dia sementara saja dan kami terima seadanya,” itu yang diluahkan oleh Suraya Mohd Taib, 24, ibu kepada bayi berusia 6 bulan yang meninggal dunia di bawah jagaan pengasuh taska.
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi lelaki, Muhammad Nur Fatih didapati tidak sedarkan diri dan pucat sebelum di bawa ke klinik berdekatan sedangkan sebelum itu semasa di hantar oleh kedua ibu bapanya berada dalam keadaan elok.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi (Khamis), bayi berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bayan Baru oleh pengusaha taska di Bukit Gedung, Pulau Pinang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pucat.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, menurut ibu bayi berkenaan, dia menghantar anaknya ke taska terbabit jam 6.30 pagi dalam keadaan baik dan sihat.
Menurutnya, bayi berkenaan dihantar ke taska sejak berusia tiga bulan lagi.
Ads
“Selepas dihantar, pekerja taska berusia 20 tahun itu tidur bersama bayi berkenaan namun dia meninggalkannya seketika pada jam 8 pagi untuk ke tandas.
“Namun ketika wanita terbabit kembali semula, dia mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri dan kelihatan pucat lalu cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Anbalagan berkata, bayi berkenaan kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan pendarahan di dalam kepala dan tiada unsur jenayah berlaku pada si mati.
Sementara itu, Suraya menjelaskan, keluarganya reda atas ketentuan ALLAH SWT walaupun merasakan perit dengan kehilangan cahaya mata mereka.
Ads
Suraya berkata, dia menerima panggilan dari taska pada jam 9.15 pagi memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri dan dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.
Gambar hiasan
“Saya dan suami yang sedang bekerja di sebuah kilang terus bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan itu sebelum kami dikejutkan dengan berita kematian,” katanya.
Menurutnya lagi, jenazah anaknya itu dibawa pulang ke kampung halaman di Pengkalan Hulu, Perak untuk dikebumikan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat dijumpai di dalam tong sampah oleh orang awam di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, malam Rabu.
Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui seorang wanita kira-kira jam 10.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata wanita terbabit memaklumkan ada ternampak suspek (wanita) membuang satu bungkusan berbalut kain di dalam tong sampah di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, wanita terbabit menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, saksi kejadian, Nazri Abd Manaf, 48, berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi bising di kawasan tong sampah berhampiran lokasi perniagaannya.
“Waktu tu saya dah nak tutup kedai tetapi rasa pelik sebab dengar bunyi bising dan orang ramai berada di lokasi kejadian.
“Mula-mula saya ingatkan ada kes tangkapan dadah kerana orang ramai mengerumuni kawasan pantai itu.
“Tak sangka pula ada bayi masih hidup yang dibuang di kawasan itu,” katanya.
Bayi cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam dan ketika ditemui tali pusat juga telah dipotong.
Bayi yang tanpa sebarang dokumen kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan dan rawatan susulan.
Siapa kita nak menidakkan takdir Allah tapi itulah hakikat yang perlu dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila kehilangan anak syurga ketika berusia 18 hari selepas dilahirkan.
Pemergian ini sesuatu yang sangat mengejutkan buat pasangan suami isteri ini kerana ketika dilahirkan semuanya normal dan proses berpantang pun berjalan lancar.
Berikut luahan hati daddy Noah Rafif mengenai pemergian anak syurganya.
NOAH RAFIF B MOHD FAHMI – ANAK SYURGAKU
“NOAH RAFIF, cam nama artis kan” gelak kecilku sambil menjawab pertanyaan kawanku..
Usia perkahwinan kami sudah masuk 2 tahun tapi masih menunggu kedatangan cahaya mata yang pertama.. Janji Allah itu pasti bila isteri disahkan mengandung pada bulan 10..Allahu gembiranya dalam hati..
Dah stat beli-beli peralatan baby tapi yang basic je la macam pakaian dan benda-benda simple..aku plak terlebih eksited nk beli babycot, stroller,car seat & all baby accessory tp wife cakap bia dlu tggu baby kelua..ak ketegag jugak nk beli babycot sebab ade ofer time tu. Setiap kali jumpa doc mesti ak nk ikut sebab ak slalu duk tny perkembangan baby kat doc sebb wife jenis x tau nk tnya apa..
12-06-19
Wife cakap ade darah + lendir keluar.. aku dah la g kje kat kl..rushing balik naik moto..30min je ak pecut..hhahaha..12pm doc cakap dah 3cm bukaan. Kul 1pm wife kne tolak masuk labour room.. panik wei tgk org contraction..serupa putus nyawa sakitnya..allahu..3pm selepas penat bertarung akhirnya putera yg kami tunggu2 akhirnya keluar ke bumi yg fana ini..ALLAHUAKBAR..sebak betul hati ni bila menyambut n azankan..xde gambaran yg mampu diungkap dgn kata2..
Kedatangan Noah Rafif mmg ditunggu..dari family sendiri @ mertua..semua nk tgk Noah.. Wife sediakn CL untuk beri perhatian kat noah dgn diri die.. wife cakap, xpe berhabis duit sikit, janji anak ada org urut,tungku hari2 selain berurut untuk diri die.. bagi ak la..bagus ambik cl ni..x nyusah mak bapak tuk jaga org pantang n baby..
Gembira Anugerah Kurniaan Allah
Perkembangan noah bagus sgt..minum susu bnyk, berak banyak, bercakap banyak..hahah..die bunyi2 la.. 1 benda aku perasan Noah ni selalu senyum..panggil2 die mesti senyum..allahu..sumpah comel..aku x penah perasan baby ni comel..hahaah..puji anak sendiri plak..waktu siang mostly cl akan jaga stat dr bgn subuh smp la ptg..wife akan jenguk2 bg susu sebab Noah x nk direct..kene pakai botol.. setiap pagi jugak sebelum aku g kje aku akan usap2 kepala die,kacau2 pipi die & cium die.. aku nk bau baby tu melekat kat hidung baru tenang g kje.. time kat ofis vc wife suh tunjuk noah watpe walaupun tau die akan tidur je..hahah..xpe janji nampak baby kacang sy ni..
Tak Mahu Menyusu, Asyik Merengek
Jumaat 28-6-19
Pagi tu dalam kul 3 die bangun merengek, nangis tpi kurang menyusu, sgt kurang,.lepas ak tuka pampers, ak suh wife dodoi + susu..alhamdulillah mau tido sat smp kul 6.. dalam 6.30 noah bgn & kami pujuk2 & bg susu tp noah x mahu..kami bagi noah ke cl tuk die jaga n mandikan.. cl pun perasan hari jumaat tu noah kurang menyusu n tidur pun x lena..pagi tu wife ade msg..die cakap rase bersalah sgt ngan noah sebab x jaga die betul2..semua bagi cl buat.. ak cube tenangkan cakap bukan kite x jenguk2 lgsg noah, ade je kita panggil2,bagi susu. Ptg jumaat tu,wife naik nk belajar dgn cl cara mandikan,urut n tungku noah.sbab kami dah plan weekend ni nk jaga die full.ak pun jumaat tu duk tny2 kawan nk beli stroller & car seat jenis yang mana elok.mmg dah janji dgn noah nk hadiahkan barang tu semua kat die.
Noah Kritikal, Tak Mampu Bernafas Sendiri
Aku smpai rumah cam biasa maghrib tu.. nampak noah merengek2 mcm x selesa dan start menangis teruk.. kami panik sebab noah x pernah meragam macam ni.. biras aku cuba tenangkan noah dgn mengurut belakang dan kaki sebab takut kembung perut..alhamdulillah tangisan reda dan noah mahu menyusu dan tidur..
Aku sempat menegur noah.”putihnya kulit noah..jauh beza dgn dady”.. noah terjaga selepas dengar bunyi mercun kuat dibelakang rumah..noah kembali menangis..menangis seperti tiada hari esok..nafasnya seperti tercungap2..muka noah pucat lesi..tiada tangisan kuat tapi dengar nafasnya tercungap2..g klinik terus doc suh g kecemasan sebab keadaan noah sgt kritikal.
Noah dimasukkan dalan red zone..kalau x salah aku, lebih 10 doctor termasuk 2 pakar kanak2 cuba untuk stabilkan noah.. noah dipasang mesin sokongan pernafasan sebab noah x mampu tuk bernafas sendiri..keadaan noah x berubah dr pukul 10.30pm – 12am masih dalam keadaan kritikal.. doctor suggest masukkan ke NICU untuk monitor dan guna proper mesin.. masa di NICU doktor pakar kanak2 dah beruaha sehabis baik untuk selamatkan anak syurga kami ini.
Kata doktor,
NOAH dtg dalam keadaan tenat & kritikal, kedua tangan dan kaki Noah sudah tidak berfungsi sebab darah dah x mengalir ke anggota badan noah..
18 Hari
Dilahirkan Dengan Jantung Tak Sempurna, Hanya Separuh Berfungsi
Noah dilahirkan dengan jantung yg tidak sempurna hanya separuh berfungsi untuk pam darah melalui saluran darah ke anggota badan tapi masa lahir doktor tak dapat detect sebab degupan jantung normal seperti bayi biasa..tiada sebarang komplikasi dan petunjuk menyatakan yang noah sakit.. hanya tunggu masa untuk saluran darah tu mengecil dan jantung tak kuat untuk pam darah ke anggota..allah beratnya ujian mu ya allah untuk noah.. harap noah tak tersiksa dengan penyakit yg die hadapi.. oksigen & ph makin menurun. Noah semakin tenat dan kami diberi peluang untuk memangku noah buat kali terakhir.. gelap fikiran ak bila jantung noah berhenti buat selama-lamanya..
Noah Anak Yang Baik
Noah kesayangan kami dah pergi buat selamanya..tiada lg senyuman,rengek,tangisan, renungan dari noah.. dady rindu nk cium noah pagi2.. dady rindu nk bersihkan najis noah tiap2 malam.. dady rindu nk main2 pipi gebu noah..mamy slalu cakap kat dady, yg noah ni anak yang baik..noah dgn mamy dah janji 3 perkara, noah akan lahir lepas raya sebab mamy n noah boleh makan mkanan raya, noah akan keluar selepas mamy khatam quran masa mengandung noah, noah akan mudah dilahirkan semasa bersalin.. alhamdulillah, semua tu noah dah tolong mamy..noah ikut janji2 mamy..lagi noah lebihkan lg doa mamy bila mamy cakap tolong jagakan mamy n dady sampai tua.. tapi noah akan jaga kami sampai masuk syurga..allah sebaik2 perancang dan maha mengetahui..
Dady tulis ni bukan untuk minta simpati kawan2 dady @ orang awam tp dady nk luahkan rasa sedih dady dan sematkan kenangan kita kat sini..dady janji akan sentiasa kuat untuk mamy dan kuat menghadapi ujian allah..kami redha dgn pemergian noah n harap noah akan tggu kami di syurga ..inshaa allah..dady harap noah sentiasa ingt dan doakan dady n mamy kuat dan bertambah keimanan kepada Allah selepas pemergian noah..tenanglah kau disana Noah..semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
NOAH RAFIF B MOHD FAHMI
12June2019 – 29June2019
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Izara Aishah yang juga mama kepada Irisa Alaia, 1 tahun 3 bulan memberitahu sikap menyayangi diri sendiri atau ‘self love’ adalah perkara sangat penting dalam kehidupan seseorang.
Kata Izara lagi yang juga menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia gemar berhias diri, bersolek dan bersiap cantik-cantik meskipun hanya duduk di rumah kerana ia mampu membuatkan dia gembira.
“Self love amat penting untuk diri kita sendiri, tambahan pula di waktu seperti sekarang, kita kena tahu cara untuk buat diri sendiri gembira.
“Saya suka buat diri saya gembira dengan bersolek cantik di rumah, bersiap cantik-cantik dan bergaya di depan cermin pun sudah boleh buat saya gembira, saya ni kuat berangan orangnya,” katanya.
Irisa segala-galanya
Sementara itu, menerusi instagram Izara, kehadiran Irisa benar-benar mengubah hidupnya. Setiap masa anak adalah keutamaan. Ibarat seperti nyawa sendiri.
“Mama punya little nyawa , mama’s first love , mama’s whole world, my heart my everything.”
Betullah orang kata, kehadiran anak mampu mengubah segala-galanya dalam hidup. Dengan kecomelan Irisa yang seperti anak Korea, bermata sepet, siapa pun pasti geram dengannya. Lihat senyumannya itu pun dah cukup mencairkan hati dan boleh menenangkan fikiran.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...