Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan lemas di kawasan rumahnya yang dinaiki air di Kampung Apal, Besut semalam.
Mangsa, Nur Hilwa Edrea Mohd Haris Zaifan disedari terjatuh kira-kira 3 petang sebelum ditemui tidak bernyawa oleh penduduk kampung pada jarak 20 meter dia dilaporkan jatuh.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian itu disedari ibu saudara mangsa ketika bersiap untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau berkata, mangsa dikatakan keluar bersendirian melalui pintu dapur sebelum terjatuh di dalam air banjir lalu dihanyutkan arus.
Ads
“Mangsa dijumpai terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 3.40 petang di dalam parit berhampiran rumah pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian.
Ads
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.
“Ketika kejadian, kedalaman air di sekitar rumah dianggarkan mencecah hampir satu meter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ads
Rohaimi turut menasihatkan ibu bapa serta penjaga supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap keselamatan anak-anak sepanjang musim monsun timur laut (MTL).
Beliau berkata, ia bagi mengelak musibah seperti dicegah daripada berulang.
Perdebatan mengenai suami yang dikatakan dayus jika membiarkan isteri bersalin dengan seorang doktor lelaki yang hangat diperkatakan kini membuka pelbagai reaksi orang ramai.
Namun rata-rata ramai yang menolak mentah-mentah apa yang diperjelaskan oleh seorang ustazah menerusi satu perkongsian videonya.
Perkongsian seorang ibu ini ternyata banyak benarnya. Usah mengulas mengenai hukum kerana kita bukan ahli yang layak untuk membicarakannya. Sebaliknya kenangkan di posisi suami pula ketika saat isteri bersalin. Banyak yang suami korbankan, usah tambah bebana mereka. Jom ikuti perkongsian ini.
“Suami dayus bila isteri bersalin dengan doktor lelaki”
Bonda taknak ulas tentang hukum, sebab kita bukan ahlinya dan logiknya, untuk kita ada kebebasan memilih, selalunya mestilah merujuk kepada hospital swasta kan?
Bonda cuma nak sampaikan, yang paling terkesan dengan “statement” di atas adalah suami yang buat persediaan sehabis baik dari segi kemudahan isteri berpantang, bantu isteri sepanjang tempoh mengandung & segala kos yang tertunggak untuk menjaga 2 nyawa yang terdedah bahaya sepanjang mengandung & bersalin.
Kita tak tahu berapa banyak lebihan masa dia bekerja untuk tampung belanja selepas bersalin, belum termasuk yang terpaksa meminjam sana sini.
Bercakap tentang hospital swasta, bagi sesetengah orang, RM4k itu mungkin belanja biasa bagi dia, tapi untuk sesetengah yang lain, RM400 pun jarang-jarang sekali boleh dibuat simpanan.
Respon netizen rata-rata sangat “amazing”, mereka berpijak di bumi yang nyata, they stand for their husband for being responsible: meletakkan nyawa isteri dan anak sebagai yang pertama.
Mereka tahu kerja keras suami di balik tabir, mereka tahu bebanan suami yang jarang-jarang dirungut pada isteri.
Bonda juga ada pengalaman bersalin dengan doktor lelaki asbab memerlukan kepakarannya sewaktu waktu genting melahirkan Mujahid sambil belajar, 8 tahun yang lepas.
Tiada suami yang sengaja mempertaruhkan fizikal dan aurat isteri yang menjadi pelindung kepada nyawa yang dikandung 9 bulan.
Yang suami nakkan hanya yang terbaik kerana bebanan menanggung & melindungi terletak di bahu suami.
On top of everything, bersalin ini ikut rezeki masing-masing, you can PLAN everything, but on the day of event, apa sahaja bisa berlaku.
Ada duit beribu ringgit di tangan, tak menjamin segalanya bakal berjalan dengan lancar sewaktu proses bersalin.
Yang pergi cukup 2 nyawa, tetapi pulang dengan kurang satu nyawa pun ada. Jadi pada bonda, berhati hatilah apabila berkata sesuatu yang bukan menjadi bidang kita.
Risau apa yang kita sebut, menjadi ujian buat kita atau pun keturunan kita.
Terima kasih pada para suami yang berhempas pulas menyediakan yang terbaik buat isteri yang mengandung & bersalin, mereka terbaik!
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Pelakon cantik dan berbakat, Izara Aishah tampil mengesahkan dirinya hamil anak kedua dan kini sedang menantikan bulan-bulan terakhir sebelum bersalin.
Akui Izara lagi, dia sendiri pada mulanya tidak mengetahui yang dirinya hamil sehinggalah usia kandungan ketika itu sudah pun empat bulan.
“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam. Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulah suami dan anak individu paling teruja.
“Pada fasa ini, saya akui pergerakan saya agak terbatas. Malah paling sukar untuk tidur. Cuma syukur awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius,” luahnya berkongsi.
Adib Idam Anak Perempuan
Bercerita soal jantina anak keduanya, akui Izara lagi dia tidak kisah mengenai jantina anak asalkan bayi yang dilahirkan nanti sihat sempurna.
Pun begitu kata Izara, suaminya Adib mahukan seorang lagi anak perempuan.
“Saya dan suami tak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Cuma kalau dapat anak lelaki kiranya kami sudah ada sepasang cahaya mata.
“Tapi Adib kalau boleh dia idam anak perempuan. Saya pula tak kisah, memadai anak yang dilahirkan nanti sempurna apa adanya,” katanya lagi.
Terdahulu, Izara yang menghadiri satu acara baru-baru ini menarik perhatian ramai bila mana baby bumpnya yang cukup jelas kelihatan.
Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.
Biar pun sudah punya pengalaman melahirkan anak, ibu mana yang tidak rasa bimbang untuk kembali sekali lagi bertarung nyawa di dewan bersalin. Bagi Mawar Rashid, biarpun sudah dua kali melahirkan anak namun perasaan gementarnya tetap ada.
Tinggal lagi sebulan lebih, Mawar yang kini sarat hamil tujuh bulan itu sudah pun merasai gementarnya.
Menurut perkongsian Mawar menerusi Instagramnya, dia kini sudah mula merasa debarannya bila tinggal lagi sebulan lebih untuk menyambut kehadiran cahaya mata ketiganya bersama suami.
Bahkan kata Mawar lagi, di kala dia sarat tujuh bulan ini, dia semakin cepat penat apa lagi bila berjalan banyak, lebih dari biasa.
“Throwback 5 months pregnant. Now i’m 7 months.
“Sekarang ni banyak berehat sebab cepat penat. Nervous lagi sebulan lebih tambah lagi sorang. Memang normal ke rasa nervous mommies?,” kongsi Mawar.
Malah melalui entri yang sama, Mawar turut memuat naik beberapa keping gambarnya ketika hamil lima bulan. Nampak seri ibu hamil.
Kongsi Mawar lagi, dia kini gemar memanjakan diri malah turut mengidam makan burger lobster sebelum bersalin tidak lama lagi.
“Mengidam burger lobster. Bawak mak-mak makan sini. Kebetulan mak-mak pakai sedondon. So cute 😘 #7m,” kongsi Mawar lagi.
Semoga kelahiran cahaya mata ketiga ini dipermudahkan.
Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raf Yaakob pada 9 November 2018. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.