Terpaksa menahan sakit, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik cemas selepas kepalanya tersepit di celahan besi penghadang di sebuah taman asuhan kanak-kanak.
Kejadian yang berlaku di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Jawi Indah difahamkan bermula ketika sedang bermain di kawasan berhampiran besi tersebut sebelum insiden berlaku.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, beliau memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi semalam.
Ads
“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan mengeluarkan kepalanya dari celahan besi berkenaan dalam keadaan selamat serta tanpa kecederaan serius,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa operasi yang dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal itu berakhir sepenuhnya pada jam 8.49 pagi.
Ads
Mangsa kini berada dalam keadaan stabil serta selamat di bawah jagaan penjaganya.
Ads
Ibu bapa dan pengasuh dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak kecil, terutama ketika mereka bermain berhampiran struktur logam atau kawasan yang berisiko, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tak hancur bila insan yang sepatutnya melindungi, rupanya menjadi punca luka paling dalam anak sendiri.
Perkongsian sebuah video ini benar-benar menggoncang emosi ramai. Ia bukan sekadar cerita biasa, tetapi kisah pilu seorang kanak-kanak kecil yang terpaksa menanggung trauma yang tak sepatutnya dilalui pada usia begitu muda.
Segalanya bermula dengan impian sederhana, mahu memiliki zuriat sendiri. Setelah melalui kesukaran, pasangan ini akhirnya dikurniakan Yaya hasil prosedur IVF setelah 5 tahun menunggu zuriat sendiri setelah berkahwin pada tahun 2014
Puan Mita sendiri juga berkongsi bahawa sperma suami hanya 2%, tak boleh punyai anak secara normal adalah suami. Hormon androgen dia bermasalah. Namun siapa sangka, kehadiran cahayamata yang ditunggu-tunggunya menjadi sejarah hitam buat diri dan anaknya.
Anak yang dlahir dinamakan Yaya hadir sebagai cahaya dalam hidup mereka. Namun siapa sangka, cahaya itu akhirnya diselubungi kegelapan yang sukar diterima akal.
Selepas kelahiran Yaya, sikap suami mula berubah. Dari seorang pasangan, dia bertukar menjadi individu yang kasar, curang dan akhirnya mencetuskan keganasan rumah tangga.
Kemuncaknya berlaku apabila suatu hari, lelaki itu datang ke rumah untuk urusan tandatangan hak rumah. Dalam situasi yang kelihatan biasa, dia menawarkan diri untuk memandikan Yaya yang ketika itu berusia 5 tahun.
Namun selepas keluar dari bilik air, Yaya mengadu sakit di bahagian sulit. Saat itu, mungkin seorang ibu masih cuba menafikan. Namun naluri seorang ibu tidak pernah menipu.
Pada awalnya, Yaya hanya diam. Menangis tanpa kata. Seolah-olah ada sesuatu yang terlalu berat untuk diluahkan.
Sehinggalah satu hari, dia akhirnya bersuara.
Bayangkan bagaimana hati seorang ibu mendengar pengakuan itu.
“Saya memang ajar Yaya tentang nama alat kelamin. Jadi dia boleh sebutkan dengan jelas. Bila saya tanya kenapa, Yaya taknak jawab. Dia hanya menangis & cakap pedih. Yaya kena ugut. Hatta sudah dibawa berjumpa pakar psikologi, dia tak jawab. Yaya nangis saat buang air kecil”
Ini bukan sekadar luka fizikal. Ini luka yang akan tinggal dalam ingatan sepanjang hayat akibat penderaan anak oleh bapa kandung.
Kisah pilu Yaya (disamarkan) yang diduga menjadi korban tindakan tidak bermoral oleh orang terdekatnya sendiri membuka mata ramai tentang realiti penderaan anak oleh bapa kandung.
Dugaan tersebut diperkuat dengan hasil pemeriksaan medis yang menunjukkan adanya indikasi kekerasan pada bahagian sensitif.
Sang ibu, Mita, telah melaporkan kejadian ini ke pihak berwajib di wilayah Karawang. Di tengah proses tersebut, dia juga perlu berjuang melawan kondisi kesihatan serta tekanan mental yang amat berat.
Didampingi oleh Rendi Rumapea, S.H., M.H. (Lawyer), mereka berusaha menyampaikan kebenaran dan berharap keadilan dapat ditegakkan.
Kisah ini bukan sekadar untuk dibaca. Ia untuk direnung, terutama dalam memahami risiko penderaan anak oleh bapa kandung yang sering tidak disedari.
Berapa ramai anak yang diam kerana takut? Berapa ramai ibu bapa yang terlepas pandang tanda kecil?
Jangan tunggu sampai terlambat. Ajar anak tentang tubuh mereka Dengar walaupun cerita mereka kelihatan kecil
Dan jangan abaikan perubahan sikap yang luar biasa
Semoga kisah ini menjadi perhatian bersama agar kejadian serupa tidak berulang, serta menjadi pengingat betapa pentingnya perlindungan terhadap anak-anak daripada penderaan anak oleh bapa kandung.
Semoga keadilan berpihak kepada yang benar. Dan semoga Yaya membesar dengan kekuatan, walaupun pernah dilukai sedalam itu. Kerana setiap anak berhak untuk hidup dengan selamat dan dicintai tanpa rasa takut.
Kejadian menyayat hati melibatkan dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa baharu siasatan.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan bahawa bapa mangsa berusia 46 tahun bersama seorang wanita berusia 41 tahun telah ditahan pihak polis.
Penahanan itu dibuat selepas kedua-duanya didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung insiden berkenaan.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun semakan ke atas kereta yang digunakan didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Polis menahan ibu bapa kepada dua beradik yang lemas selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas, susulan keterangan diberikan pasangan itu didapati meragukan.
Kedua-duanya kini akan dibawa ke Mahkamah Seremban bagi permohonan reman. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222 atau menghubungi pegawai penyiasat, ASP Husairin Che Hussin di nombor 012-9654927.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkini, Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kelihatan memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya. Kelihatan hanya sebuah video buat tatapan umum.
Dalam video pendek yang dikongsi, Zahnita tampil memakai ‘hoodie’ dan berkaca mata, sambil terlihat sebak sebelum memberikan isyarat ‘mini love’.
Menerusi kapsyen ringkas tetapi penuh makna, Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi.”
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini juga memutuskan untuk menyerahkan urusan perniagaan pai yang diusahakan kepada dua kenalannya buat sementara waktu.
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 24000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Wargamaya menitipkan doa dan menyampaikan kata-kata semangat kepada Zahnita atas apa yang sedang dilaluinya dalam kehidupan.
Sebelum ini, wanita berusia 39 tahun ini mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sekali gus menarik perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, Zahnita berkongsi di Instagram tentang penderitaan yang dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik gambar keadaan matanya yang lebam.
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.