
Kebakaran Taman Baiduri Banting menyaksikan satu tragedi menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan maut dalam kejadian awal pagi Ahad yang membabitkan sebuah rumah teres di Taman Baiduri, Banting, Kuala Langat.
Menurut laporan, kejadian berlaku sekitar jam 4.42 pagi sebelum pihak bomba menerima panggilan kecemasan dan bergegas ke lokasi.

Berlaku Sekitar 4.42 Pagi
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pasukan bomba tiba di lokasi hanya tiga minit selepas panggilan diterima.
Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 20 x 75 kaki persegi dan telah musnah kira-kira 85 peratus.
Difahamkan, dua mangsa dilaporkan terperangkap ketika kebakaran berlaku dan operasi menyelamat segera dijalankan oleh anggota bomba.

Mangsa Ditemui Rentung Di Tingkat Atas
Namun, pasukan penyelamat kemudian menemui mayat kanak-kanak tersebut di tingkat atas rumah dalam keadaan rentung.
Kejadian ini turut mengundang rasa pilu dalam kalangan penduduk setempat yang terkejut dengan insiden yang berlaku seawal pagi.

10 Penghuni, 9 Berjaya Diselamatkan Dalam Kebakaran Taman Baiduri Banting
Seorang lagi mangsa yang berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Siasatan awal mendapati rumah berkenaan dihuni seramai 10 orang ketika kejadian berlaku. Sembilan daripada mereka berjaya diselamatkan.
Pihak bomba bertindak pantas mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan sekali gus mengelakkan kerosakan yang lebih besar.

Punca Kejadian Masih Dalam Siasatan
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.05 pagi dan setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memastikan langkah keselamatan kebakaran di rumah berada pada tahap optimum bagi mengelakkan tragedi seperti kebakaran Taman Baiduri Banting daripada berulang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





