Selepas seorang kanak-kanak yang lemas ketika menangkap ikan, terbaru seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan lemas selepas dipercayai tersepit di celah batu ketika mandi sungai di Kampung Pasir Puteh, Kalumpang.
Terdahulu, mangsa yang sudah tidak sedarkan diri dengan tangan dan mukanya kebiruan di bawa ke Klinik Kesihatan Kalumpang.
Difahamkan kanak-kanak itu pada mulanya tersepit di celah batu ketika mandi di sungai dengan kedalaman kira-kira 0.6 meter.
Kanak-kanak malang itu kemudiannya diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh orang ramai namun gagal diselamatkan.
Ads
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 6.40 petang daripada pegawai perubatan berusia 34 tahun.
Ads
“Pada 4.55 petang, wanita itu memaklumkan menerima pesakit kanak-kanak perempuan yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan muka kebiruan ke Klinik Kesihatan Kalumpang.
“Ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan anak mereka tersepit di celah batu ketika mandi di sungai. Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) namun gagal,” katanya.
Ads
Suffian berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak perempuan itu lemas di sungai yang berkedalaman kira-kira 0.6 meter.
“Bedah siasat dijalankan Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) mendapati punca kematian mangsa adalah lemas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Selepas baca review drama korea “Go Back Couple” yang dikongsi oleh pengguna facebook Nurul Shazalina Zainudin, admin rasa tertarik nak kongsi dengan semua pembaca. Drama ini sangat dekat dengan kehidupan kita yang sudah berkahwin dan berkeluarga.
Bagaimana kehidupan yang kita lalui sebagai suami isteri setiap hari, masing-masing sibuk dengan tanggungjawab untuk menguruskan kehidupan berumahtangga. Terkadang isteri rasa suami tak memahami dan terkadang suami penat dengan sikap isteri. Komunikasi yang baik sangat penting!
Sebenarnya kisah-kisah realiti seperti ini yang diadaptasi dalam drama boleh kita ambil pengajaran. Jangan terlalu ikutkan rasa hati dan pentingkan diri lebih-lebih lagi bila kita dah berkeluarga dan ada anak. Anaklah segalanya.. saat kita rindukan ‘hiburan’ luar sebenarnya ‘hiburan’ paling indah ada depan mata kita (anak-anak). Apa yang kita kejar diluar sebenarnya boleh membunuh kehidupan yang kita bina dari rasa kasih sayang.
REVIEW KOREAN DRAMA “GO BACK COUPLE”
Suami isteri kena tengok. Confirm korang akan hargai pasangan masing2 dan anak anda
Terus rasa nak bermaaf maafan hehe. Saya bukan lah kaki drama korea. Tv pun tak ada channel kat rumah ni. Bukan kaki tengok movie jugak!
Tapi tiba2 tertengok video pendek cerita ni. Macam best, elok pula terjumpa link full episodes dia. So anak2 tidur, layanlah. Konon nak layan sikit, tapi terus layan sampai habis😂
Tapi cerita dia sangat best! Part lawak, sy gelak sungguh2. Part nangis sy nangis sungguh2, sampai teresak2, terus rasa syg gila kat suami dan anak2. Dan2 gi peluk suami sebab takut kehilangan dia haha.. Emosi sungguh
Cerita ni sesuai ditonton oleh semua pasangan suami isteri. Lagi2 yg selalu gaduh 😅. Suami rasa isteri tak cantik, selekeh. Isteri rasa suami tak caring, tak layan elok2
Haa, tengoklah..
Cerita dia bermula dengan episod laki bini dah mula renggang. Isteri penat sangat jaga anak kecil. Nak makan pun tak sempat. Selekeh je duduk rumah (tapi taklah selekeh, sebab orang dia cantik, kita yang bersiap ni pun tak cantik macam pelakon tu haha).
Si lelaki pula sibuklah kerja. Isteri call tak angkat. Anniversary pun lupa. Selalu balik lewat malam.
Masing2 pendam je kemarahan pd psgn. Tapi 1 hari, isteri dpt gmbr laki dia pgg tgn seorg perempuan depan motel. Elok pula isteri dia tgk bil kredit kad suami dia sblm ni penuh dgn bil motel. Mmg menangis2 lah ingat laki dia curang. Dia pulak tgh low confident, rasa selekeh.
Tapi laki dia sebenarnya tak jahat. Dia dibuli oleh seorang doktor ni. Kena hina, kena tahan maki. Mcm2lah. Sebab tu dia stress. Balik kerja lambat.
Tapi dia tak bagitahu isteri dia. Kiranya kurang komunikasi. Last2 gaduh dlm phone, minta cerai.
Lepas isi borang cerai tu, 1 hari dua-dua org bangun tidur, masuk ke zaman lama mereka. Zaman di Universiti
Kelakar sgt tau part ni
Mcm mana diorang hadapi hari2 mereka semula. Excited sbb makin muda, jumpa kwn2 lama, dah tau apa jadi. Dan suami isteri ni dulu kenal kat Universiti yg sama. Diorang ni mmg sgt benci satu sama lain dah skrg. So diorang excited masuk zaman ni, cari balik crush lama mereka.
Buat perangai gila2, nak buat apa yg xboleh buat. Kelakarnya, walaupun mereka kembali zaman muda, tapi pemikiran mereka ikut umur mereka yg sbnr
Mcm2 lah jadi. Diorg enjoy sgt2. Sampai dua2 laki bini ni berjaya dekati crush masing2 dulu
Tapi lama2 mereka rasa sedih
Sedih sebab apa
Sebab dalam mereka meraikan kebebasan mereka, mereka sebenarnya kehilangan anak mereka
Mana mungkin anak mereka ada kalau mereka tak kahwin. Tiap2 malam isteri ni menangis rindukan anak mereka. Suami pun sama. Bayangkan kalau korang ada anak, syg sgt2 anak tu (of course la syg kan, lebih dari diri sendiri).
Tiba2 bangun, anak tu tak ada. Memang tak akan ada sebab korang kembali zaman dulu. Sedih tak? Sedih sgt2 kalau sy bygkan diri sy dlm cerita tu.
Mana akil, mana aurora.. Uwaaa (over kan imaginasi sy haha)
Start part ni, banyak sgt part sedih. Sedih yg betul2 sedih. Korang tengoklah. Mcm mana akhirnya
Dapat ke diorang kembali ke dunia asal mereka. Dapat ke jumpa anak mereka semula. Mereka bersama kembali atau dengan pasangan baru?
Recommended
Pengajaran sgt banyak untuk pasangan suami isteri. Komunikasi sangat penting. Jangan ingat laki boleh fhm fikiran isteri. Laki pun sama, jangan ingat isteri faham kenapa laki buat itu ini. Please jadi open. Barulah kurang masalah. Ni laki suka rahsia pasal kerja dia. Kenapa balik lewat, kenapa dingin. Yg perempuan pun, nak itu ini, tapi diam, pendam. Harap laki fhm sendiri. Memang masalah jadinya.
Selain tu, ada juga pengajaran hargai ibu bapa masa mereka masih ada. Diorang dah mati nanti, korang akan sedih sgt. Rasa nak putar masa. Dlm cerita ni, isteri tu diberi peluang jumpa mak dia semula. So dia lyn mak dia baik sgt2. Buat mcm2 bersama2. Sehingga dia boleh terima hakikat kalau mak dia takde nanti.
Hati ibu bapa mana yang tidak pilu melihat cahaya mata mereka mempunyai tubuh sangat kecil dengan wayar berselirat di sekitar wajahnya. Namun Puan Olga dan suami akur terhadap dugaan berat yang menimpa mereka.
Bayi bernama Noverno yang dikhabarkan menghidap Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH) katanya dimasukkan ke Intensive Care Unit (ICU) sejurus dilahirkan.
Berkongsi tentang Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH), Puan Olga menjelaskan peluang pulih untuk bayinya yang menghidap isu kesihatan ini memang agak tipis.
Melihat pada gambar perbandingan 2 organ dalaman manusia, penghidap CDH dikatakan tidak mempunyai otot yang menyokong diafragma. Kewujudan lubang di situ menyebabkan organ lain boleh bergerak ke dalam dada lantas menganggu perkembangan normal paru-paru.
“Dari kandungan 5 bulan begitu dengar kabar dari doktar, Noverno bermasalah. Aku cuma bertahan sekuat yang kumampu untuk menyelesaikan jalan cerita kami”
Namun tuhan lebih menyayangi baby Noverno, akhirnya setelah mendapat persetujuan dari doktor untuk dibawa pulang ke rumah, baby Noberno pergi buat selamanya 7 hari selepas dibawa pulang.
“Masih belum boleh move on. Bersyukur sangat dapat rawat kamu di rumah walau hanya 7 hari saja. 3 bulan 25 hari kamu sudah berjuang, ibu dapat merasakan kamu takingin pergi dan ingin kembali kepada kami, jiwamu begitu kuat cuma tubuhmu lemah”
“Inilah yang terbaik untuk kita semua menurut-Nya. Terima kasih kerana sudah hadir dalam kehidupan kami, Noverno”
Berkongsi tentang pengebumian cahaya matanya, dia ternyata sebak kerana inilah kali terakhir dia menyiapkan cinta hatinya itu.
Bagi ibu yang bekerja, sangat berat untuk melepaskan anak dalam jagaan pengasuh. Namun apakan daya ada tuntutan yang perlu diselesaikan setiap hari yang memerlukan komitmen yang tinggi.
Dr. Tengku Ezulia berkongsi perspektifnya tentang ibu yang bekerja dan perlu melepaskan banyak moment bersama cahaya mata sulungnya, bayi permpuan yang sangat comel, Ally 4 bulan. Baby Ally juga merupakan model penghias muka depan Majalah Pa&Ma keluaran May 2019.
Saya kembali bekerja setelah hampir sebulan cuti berpantang. Disini saya berkongsi persepktif saya yang baru bergelar ibu dan dalam masa yang sama sebagai ibu yang bekerja.
1. Pertama, Peranan saya sebagai ibu telah berkurang secara tak langsung setelah saya kembali bekerja. Saya mengakui bahawa ada orang lain yang akan menjadi sebahagian besar daripada kehidupan anak saya dan saya bukan lagi segalanya buatnya. Saya akan terlepas banyak “permulaan” dalam kehidupan anak saya, saya mungkin atau mungkin tidak berada di sana kali pertama dia berdiri.
Saya tiada masalah dengan perkara ini kerana saya tetap akan menjadi kali pertama dalam hidup saya melihatnya berdiri. Sekiranya anda rasa anda tidak mampu, anda boleh cuba berbincang dengan penjaga anak anda untuk tidak memberitahu anda tentang pencapaian terbaru anak anda. Ia tetap bukan kali yang “pertama” melainkan ANDA yang meranggkulnya untuk kali pertama.
2. Jam loceng. Saya telah menetapkan penggera ½ jam lebih awal untuk menyusukan Ally, pam susu dan menciumnya. Saya akan beritahu dia “ibu perlu pergi bekerja”; mama rindukan awak dan mama akan balik dari kerja secepat mungkin. Dia biasanya tersenyum dan menunjukkan ekspresi lucu yang membuatkan saya sukar untuk pergi bekerja. Alhamdulillah dia tidak menangis selepas saya meninggalkannya kepada pengasuh.
3. Menjadi ibu, anda akan kekurang waktu tidur. Ally akan bangun setiap 2-3 jam untuk menyusu pada waktu malam. Saya pernah belajar menyusu dalam posisi tidur/berbaring untuk menyusukan Ally jadi saya boleh menyambung tidur ketika saya sedang menyusu. Dengan cara itu saya dapat memaksimumkan waktu malam saya untuk tidur. Sangat penting untuk tubuh kita mendapat tidur dan rehat yang diperlukan secukupnya.
Sebagai doktor, saya perlu bekerja sepanjang hari, fokus dan produktif ketika waktu siang. Oleh itu, jika kita tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup, tidak mungkin tubuh kita dapat bertahan lama. Saya tidak menyusukan anak menggunakan botol susu pada waktu malam, tetapi jika anda menggunakan botol susu, anda dan pasangan anda boleh bergilir-gilir untuk menyediakan susu dan menyusukan bayi anda.
4. Ibu bekerja perlukan pakaian yang sesuai dan kasut yang selesa. Pilihan saya untuk baju perlu mempunyai butang di bahagian depan (kecuali apabila saya memakai scrub). Mudah untuk saya menyusu Ally sebelum dan selepas bekerja. Baju yang dipilih juga perlu memudahkan saya untuk mengepam di tempat kerja.