Kebelakangan ini, ramai ibu bapa mula bimbang apabila sering melihat kisah kanser kanak-kanak dikongsi di media sosial. Namun, adakah benar semakin ramai kanak-kanak kini menghidap penyakit berbahaya ini, atau ia sekadar persepsi yang diperbesarkan di alam maya?
Menurut Pakar Pediatrik dan Kesihatan Kanak-Kanak, Dr. Nisa Khalil, kadar sebenar penyakit ini tidak meningkat secara mendadak, sebaliknya kesedaran masyarakat yang semakin tinggi serta kemajuan teknologi perubatan menjadikan lebih banyak kes dikesan lebih awal berbanding dahulu.
Gambar Hiasan AI
“Ramai ibu bapa tanya, kenapa sekarang macam ramai budak kena kanser? Jawapannya, bukan kerana jumlah pesakit meningkat, tapi kerana lebih ramai tahu dan bertindak lebih awal. Media sosial memperbesarkan sesuatu isu, jadi kita rasa macam kes makin banyak,” jelas Dr. Nisa.
sumber : Thread
Kesedaran Tinggi, Diagnosis Awal Bertambah
Dr. Nisa berkata, berbanding satu masa dahulu, kini ibu bapa lebih peka terhadap simptom luar biasa pada anak seperti demam lama, berat badan turun tanpa sebab, atau benjolan pada tubuh. Tambahan pula, perkongsian di platform digital mendorong lebih ramai keluarga tampil mendapatkan rawatan.
Ads
“Dulu ramai keluarga memilih untuk berdiam diri, tetapi sekarang mereka lebih terbuka berkongsi untuk mencari sokongan. Itulah sebab kita nampak kes kanser kanak-kanak seolah-olah makin banyak,” katanya.
Dr. Nisa berkata, kesedaran dan pendedahan masyarakat terhadap isu kesihatan kanak-kanak kini semakin tinggi. — Dr. Nisa Khalil
Beliau menjelaskan, secara statistik, kanser kanak-kanak berlaku kira-kira satu dalam 10,000 kanak-kanak setahun di Malaysia, angka yang jauh lebih rendah berbanding kanser dalam kalangan orang dewasa.
“Kalau dalam satu sekolah ada 1,000 murid, kemungkinan hanya kurang daripada seorang akan didiagnosis dengan kanser sepanjang zaman kanak-kanak mereka,” tambahnya.
Bukan Wabak, Tapi Penyakit Jarang Berlaku
Dr. Nisa menegaskan, kanser kanak-kanak bukan penyakit berjangkit atau wabak, sebaliknya penyakit jarang berlaku (rare disease). Namun, setiap kes tetap membawa kesan besar kepada keluarga yang terlibat.
Ads
Kabar gembira buat ibu bapa, katanya, kini kadar kelangsungan hidup (survival rate) kanak-kanak dengan kanser di Malaysia telah meningkat sehingga 70 hingga 80 peratus, terutama jika dikesan pada peringkat awal.
“Tujuh hingga lapan daripada sepuluh kanak-kanak boleh pulih sepenuhnya dengan rawatan moden. Ini bukan kanser zaman dahulu. rawatan hari ini jauh lebih maju dan berkesan,” ujarnya lagi.
5 Jenis Kanser Paling Kerap Serang Kanak-Kanak Di Malaysia
Leukemia (Kanser Darah) – Jenis paling biasa berlaku. Gejalanya termasuk kulit pucat, mudah lebam, cepat penat dan demam berpanjangan.
Tumor Otak – Boleh berlaku pada bayi hingga remaja. Simptomnya termasuk muntah waktu pagi tanpa sebab, sakit kepala berterusan dan gangguan penglihatan.
Limfoma (Kanser Sistem Limfa) – Biasanya menyebabkan pembengkakan pada leher, ketiak atau pangkal paha. Anak juga mungkin berpeluh malam dan hilang berat badan mendadak.
Tumor Tulang (Osteosarcoma) – Menyerang tulang, menyebabkan sakit berterusan dan bengkak yang tidak hilang walaupun selepas rawatan biasa.
Tumor Buah Pinggang (Wilms Tumour) – Dikesan melalui pembesaran luar biasa pada perut, kadang disertai darah dalam air kencing.
Gambar Hiasan AI
Tanda-Tanda Awal Kanser Kanak-Kanak Yang Ibu Bapa Wajib Peka
Anak kelihatan pucat dan cepat penat.
Demam berpanjangan melebihi dua minggu.
Benjolan tidak normal di leher, perut atau anggota badan.
Berat badan turun tanpa sebab.
Sakit kepala dan muntah berulang.
Sakit tulang yang tidak sembuh-sembuh.
“Jangan takut untuk buat pemeriksaan. Pemeriksaan bukan bermakna anak ada kanser, tetapi ia memberi ketenangan dan peluang untuk rawatan awal,” pesan Dr. Nisa.
Peranan Ibu Bapa Dalam Mencegah & Mengesan Awal
Walaupun kebanyakan kanser kanak-kanak tidak boleh dicegah, ibu bapa boleh bantu anak kekal sihat dengan memastikan mereka:
Ads
Mendapat pemakanan seimbang dan bernutrisi.
Tidur dan rehat mencukupi.
Aktif secara fizikal.
Lengkap dengan imunisasi.
Jalani pemeriksaan kesihatan berkala.
Sebagai ibu bapa, jangan pernah salahkan diri jika anak diuji penyakit ini. Apa yang penting ialah kesedaran dan tindakan pantas. Kanser bukan penghujung segalanya, dan dengan rawatan moden hari ini, peluang anak untuk sembuh sangat besar.
💛 Awasi tanda awal, bertindak segera kerana setiap detik berharga untuk menyelamatkan nyawa si kecil.
Seorang wanita yang berada dalam penerbangan selama 11 jam mengalami kekejangan di perut sebelum mengetahui dirinya berbadan dua. Wanita tersebut selamat melahirkan anak di dalam tandas pesawat dengan hanya dua kontraksi.’
Menerusi laporan Daily Star, wanita tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan ke Madrid, Sepanyol yang memerlukan penerbangan itu transit di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam.
Penerbangan itu masih ada beberapa jam lagi untuk mendarat di ibu negara Belanda sebelum saya mula rasa tidak selesa dan mengalami kekejangan di perut.
Walau bagaimanapun, wanita yang tidak menyedari dirinya hamil itu dianggap bernasib baik apabila terdapat dua doktor dan jururawat yang juga penumpang pesawat tersebut.
Wanita itu memilih untuk menamakan anaknya, Maximiliano sempena nama salah seorang doktor yang membantu dalam proses melahirkan anaknya itu. Baginya, dia amat bersyukur atas bantuan yang diterima.
Ibu dan bayi dalam keadaan baik
Setelah selamat mendarat di Belanda, wanita dan bayi tersebut segera dikejarkan ke Hospital Spaarne Gasthuis South untuk rawatan lanjut.
Jurucakap pesawat tersebut mengesahkan bahawa ibu dan bayi dalam keadaan yang baik dan kini hanya menunggu kertas kerja rasmi untuk keperluan anaknya yang baru lahir itu bagi meneruskan perjalanan ke Madrid.
Meskipun belum ada keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan pada fasa seterusnya atau tidak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat supaya tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan antara enam bulan hingga setahun selepas PKP ditamatkan.
Perhimpunan ramai seperti Bazar Ramadan perlu dielak walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ini kerana walaupun tempoh PKP telah berakhir, norma dan amalan kehidupan rakyat Malaysia perlu berubah dan perhimpunan ramai tidak digalakkan dalam tempoh enam bulan hingga setahun.
“Walaupun selepas PKP dalam tempoh dua minggu lagi, tetapi amalan kita berubah, ia bukan norma lagi.
“Contohnya tidak bersalam, membasuh tangan dan ada penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, perhimpunan contohnya enam bulan hingga setahun kita akan lihat tak galakkan langsung perhimpunan ramai,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Justeru katanya, perlu ada idea yang kreatif dan inovatif seperti makanan bazar Ramadan yang boleh dihantar ke rumah.
Beliau berkata pelaksanaan E-Bazar Ramadan adalah idea yang baik kerana melihat kepada peningkatan sebanyak 70 peratus perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pada PKP fasa pertama lalu.
KKM katanya akan melihat bagaimana ia boleh dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kementerian itu.
Terdahulu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi selagi PKP dilaksanakan.
Hingga ke hari ini, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri tersebut.
Negara menguatkuasakan PKP mulai 18 hingga 31 Mac lepas berikutan penularan COVID-19. Ia kemudian dilanjutkan daripada 1 hingga 14 April ini.
Penularan pandemik Covid-19 di Malaysia yang kini telah meragut 57 kematian dengan 3,483 jumlah keseluruhan kes pada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan trend turun naik kes baru. Justeru itu rakyat dinasihatkan untuk terus berada di rumah dan terus mengamalkan amalan pencegahan supaya penularan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya. Barulah kita semua dapat keluar dan menjalani hidup norma seperti dahulu semula. Sama-samalah kita jayakan dengan kekal duduk di rumah!
Anda tentu mahu tahu cara untuk atasi keletihan masa hamil ketika bekerja bukan? Lebih-lebih lagi bagi anda yang masih dia awal usia kehamilan. Memandangkan ada sesetengah wanita hamil mengalami masalah keletihan, loya dan perubahan hormon yang teruk ketika hamil, cara yang betul perlu anda ambil tahu supaya kehamilan tidak menjejaskan kualiti kerja dan keseimbangan hidup.
Bagi mengurangkan sedikit keletihan yang anda alami, cubalah sembilan tip ini. Mana tahu dapat membantu, sekurang-kurangnya anda tidaklah lemau dan kurang bertenaga. Ibu yang selalu letih juga akan mempengaruhi kandungan.
1. Bekerja dalam keadaan yang selesa dengan meletakkan kaki anda pada tempat yang tinggi ketika duduk. Anda boleh membuat tempat letak kaki sendiri dengan menggunakan benda yang kukuh seperti kotak atau tong sampah yang tidak digunakan.
2. Jangan lupa untuk pakai kasut yang membuat anda selesa atau membuka kasut jika perlu semasa duduk bekerja.
3. Membuat perubahan pada ruang kerja anda seperti menggantikan kerusi yang lama dengan kerusi baru yang masih berkeadaan baik untuk menyokong anda ketika duduk bekerja. Lazimnya wanita hamil akan mengalami sakit pada bahagian belakang, oleh itu anda juga mungkin boleh membawa kusyen atau bantal kecil bagi menyokong bahagian belakang.
4. Jika urusan kerja memerlukan anda duduk dalam tempoh waktu yang lama, ubahlah rutin itu. Pastikan anda ada masa untuk bangun dan meluruskan kaki supaya dapat melancarkan peredaran darah. Sama juga halnya jika anda perlu berdiri ketika bekerja. Mintalah izin daripada ketua untuk mengambil rehat tambahan supaya kaki anda dapat berehat sebentar.
5. Hamil bukan bermaksud anda boleh berehat sentiasa. Lakukan regangan mudah seperti menaikkan tangan anda ke atas kepala selama beberapa saat, putar pergelangan tangan dan kaki anda, ke kiri dan kanan. Ia baik untuk hilangkan tekanan kerja.
6. Anda pasti mengalami rasa loya pada trimester awal. Oleh itu penting untuk menyimpan snek sihat sebagai pengalas perut setiap kali selepas anda muntah. Bekalkan biskut, keropok kecil atau roti dapat membantu anda mendapat tenaga sepanjang hari.
7. Jika perlu, bawa bekal makanan tengah hari anda sendiri yang boleh mengelakkan rasa loya. Elakkan makan dengan orang lain jika bau atau makanan tertentu boleh mencetuskan loya. Makanan tinggi karbohidrat dan protein adalah pilihan yang baik untuk makan tengah har kerana kedua-duanya boleh membantu menghindari loya.
Antara makanan yang boleh anda bekalkan untuk tengah hari anda adalah makanan seperti yogurt rendah lemak, mentega kacang, pisang, keju, roti bakar dan nasi bersama ayam bakar.
8. Jangan lupa untuk minum air kosong dengan banyak. Ia baik untuk diri anda yang sedang hamil dan juga bayi dalam kandungan. Kurangkan pengambilan minuman manis dalam diet harian anda.
9. Bawa bekalan baju atau tuala ke tempat kerja untuk kecemasan sekiranya anda mengalami loya yang teruk. Jangan lupa juga barang tambahan lain seperti berus gigi dan pencuci mulut agar anda kekal segar sepanjang hari di pejabat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.