Pelakon Ozlynn memuatnaik gambar gelagat Johan Raja lawak dan anak-anak ketika tidur. Menurut Ozlynn, beliau meminta suaminya, Johan untuk menjaga anak sebentar, namun lain jadinya bila dia kembali selepas urusan didapur selesai.
Gambar yang lucu tersebut mendapat hampir 83ribu tanda suka di instagramnya. Ozlynn dan Johan yang berkahwin pada 2009 dikurniakan 5 cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantik dan Moleiq.
Kasihnya isteri taat pada suami, kasihnya ibu membesarkan anak, kasihnya ayah… haaaaaa tu diaaaaaa…. dia sedap membutaaaa atas tilam smp x sedar anak kecik terpelanting jaaaaaoooooooooohhh dr tilam…. mangkaqqqqqqq!!
La nih trus rasa kasihnya isteri elok pelangkong suami… hareyyyyyy tol.. aku ilang kejapppp jek… mintak tlg jaga n tdokan anak2… aku nk kemas dapor.. dan nih hasilnya.. sape penah kena mcm nih?? Laki yg kita harapkan rupanya xleh harap x tau la nak libas dulu ke nak gelak ke nak nangis
Ads
Gambar lucu ini mendapat riaksi ramai pengikut mereka di instagram. Rata-rata netizen yang sudah berkahwin mengakui cara suami menjaga anak berbeza berbanding isteri. Namun yang menarik perhatian dan mencuit hati netizen ialah baby Moleiq Hanania yang jauh tergolek kebawah semasa tidur.
Samalah kita semalam tengah basuh pinggan mangkuk di dapo, anak tidur sebelah suami, last2 dengar anak nangis kuat
Ads
Samalah kak, saya tengah solat minta suami jaga anak, nasib tak jatuh
Masih ingat mangsa Covid-19 yang meninggal 17 Mac lalu di Johor Bahru yang menjadi mangsa ke-2 korban wabak bahaya ini dan meninggalkan enam anak yang masih kecil.
Kini setelah sebulan pemergian arwah Mohammad Yusof Haron, 34, isterinya Noradilah Rani, 33, hilang sumber pendapatan untuk menyediakan keperluan anak-anak. Lagi-lagi dengan kehadiran Ramadan ia cukup dirasai.
Walaupun sebelum ini hidup dalam serba sederhana, suaminya sentiasa ada di sisi untuk menyediakan segala keperluan.
Bagaimanapun, pada 17 Mac lalu, selepas arwah suaminya dirawat selama seminggu di Hospital Permai, Johor Bharu, Allah ambil arwah. Difahamkan arwah disahkan positif pada 13 Mac dan punca jangkitan, dikatakan pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Hanya tangisan enam anak yang masih kecil iaitu Muhammad Danish Sulaiman,11, Nurul Huda, 10, Nurul Aisyah Sakinah, 7, Muhammad Usman, 5 , Nurul Najwa Humairah, 3, dan Muhammmad Luqman, 8, bulan, mengiringi pemergian ayah dikasihi.
Hanya mampu sedekah Al-Fatihah dan berdoa diberi ketabahan
Noradilah berkata, sejak suami meninggal dunia, apa yang mampu dilakukan ialah menghadiahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah dan berdoa diberikan ketabahan pada diri bagi membesarkan enam anaknya.
Beliau yang juga seorang suri rumah, berkata apabila arwah disahkan positif wabak berkenaan dirinya sedih dan putus harapan.
Enam anak arwah berusia 11 tahun hingga 8 bulan.
“Ketika di hospital arwah sering menghubungi keluarga melalui panggilan video dan kali terakhir sebelum dipindahkan ke wad rawatan rapi beliau memaklum dirinya sihat dan penyakitnya itu boleh sembuh serta meminta ahli keluarga sentiasa mendoakannya.
“Ketika dimaklumkan arwah meninggal dunia fikiran saya kosong dan bagaikan patah sayap kerana kehilangan orang tersayang serta tempat bergantung,” katanya BH Online.
Noradilah berkata, lebih memilukan, empat anak turut disahkan positif wabak itu dan menerima rawatan serta kuarantin pada tarikh sama arwah dimasukkan ke hospital hingga 29 Mac di Hospital Permai.
Noradilah bersyukur kerana sewaktu menerima rawatan di hospital ditempatkan di wad yang sama bersama empat anak dan selepas 16 hari dirawat, disahkan negatif pendemik berkenaan.
Wang simpanan semakin kurang
Kongsi Noradilah, selepas kehilangan suami mereka sekeluarga berhadapan masalah kehidupan kerana arwah tiada pendapatan tetap dan hanya melakukan kerja kimpalan besi di bengkel sendiri secara kecil-kecilan.
“Fikiran saya buntu kerana tidak bekerja dan wang simpanan yang sedikit juga semakin habis digunakan bagi membeli keperluan harian.
“Anak kelima dan bongsu juga sering bertanyakan, bila ayah mereka akan pulang ke rumah kerana sangat rindu dan masih tidak memahami erti kematian.
“Kami sekeluarga tinggal menumpang di rumah ibu sejak berkahwin dan sepanjang tinggal bersama, keperluan hariannya juga kami tunaikan sebagai tanggungjawab seorang anak,” katanya.
Mahu belajar buat kek dan roti untuk sara anak-anak
Tambah Noradilah, dia bercadang untuk belajar membuat kek dan roti supaya dapat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah bagi menyara pendidikan anak dan keperluan harian.
“Walau apa pun terjadi, saya tidak berpisah dengan anak dan berazam memberi pendidikan sempurna kepada mereka, termasuk melaksanakan hasrat arwah untuk menghantar mereka belajar di madrasah sebagai hafiz dan hafizah serta menjadi insan berguna,” katanya.
Tragedi Rayan! Doakan agar Rayan dapat diselamatkan segera. Pasukan penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter.
Kisah ini pada tarikh ini (5 Feb 2022) telah menjadi tajuk dan peristiwa besar di Maghribi (Morocco). Malah liputan mengenainya telah tersebar luas ke seluruh Afrika Utara dan Eropah. Ianya adalah mengenai seorang budak yang baru berusia lima tahun yang bernama Rayan.
Pada 1 Feb 2022 yang lepas, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut. Setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang.
Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu. Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah. Jika kita lihat pada draf di bawah, kedalaman tempat Rayan terjatuh melebihi 30 meter.
Dah pulak tu, lubang perigi hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja. Tidak cukup dengan itu, semakin dalam, lubangnya semakin sempit. Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai agensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan.
Walau bagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah. Mereka kini dapat mengawasi keadaan Rayan, tengok Rayan kat dalam lubang tu sorang-sorang, sebak saya.
Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil.
Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar yang paling kanan sekali di bawah itu. Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi.
Satu yang merisaukan mereka, semakin dekat dengan Rayan, semakin tinggi risiko tanah runtuh. Kalau mengikut keadaan mereka semasa artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada.
Diharap, Rayan akan dapat diselamatkan. Helikopter telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke hospital jika segalanya berjalan lancar. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan kanak-kanak kecil ini.
Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip. Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat.
Kita doakan moga pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan Rayan. #SaveRayan sedang viral di Maghribi ketika ini.
Sumber: Mohd Aznam Abdul Rahman
Zulhafidz Yahaya via MalDef
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ditinggalkan ibu selepas lahir di hospital penghujung Oktober lalu tanpa apa-apa pesanan, kini bayi lelaki yang masih lagi belum mengenali ibunya dijaga sementara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menerusi laporan Sinar Harian, ibu bayi lelaki ini berusia 20-an dikesan menghilangkan diri sebaik sahaja melahirkan anak di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 31 Oktober lalu.
Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda, Noor Liza Azezool berkata, pihaknya cuba menjejaki wanita terbabit di alamat terakhir, namun gagal.
Menurutnya, ketika kejadian, wanita itu telah meninggalkan bayi lelakinya dalam bekas bayi di hospital tersebut yang kini sudah berusia 18 hari.
Gambar hiasan
“Kes ini telah dirujuk oleh kakitangan hospital kepada JKM untuk tindakan selanjutnya.
“Difahamkan, kakitangan HSAH telah mencari wanita terbabit di sekitar kawasan hospital, namun gagal menemuinya,” katanya.
Menurutnya, JKM juga telah melakukan pencarian di alamat terakhir di Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, namun masih gagal menemuinya.
“Dalam masa sama, kita juga sedang mengesan waris kepada bayi tersebut,” katanya.
Terdahulu, perintah jagaan sementara telah diperoleh di Mahkamah Sungai Petani mengikut Seksyen 25 (2) Akta Perlindungan Kanak-Kanak selama sebulan bermula semalam sehingga 9 Disember 2020.
Ia membolehkan bayi berkenaan diletakkan bawah penjagaan Taman Sinar Harapan, Jitra sementara menunggu ibu atau waris yang sedang dikesan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.