Kasut ‘squeaky’ memang nampak comel bila anak pakai tapi ganggu proses belajar berjalan. Kasut ‘squeaky’ atau kasut berbunyi sering kali menjadi pilihan ibu bapa kerana bunyinya yang comel dan menghiburkan.
Kasut ‘Squeaky’ Memang Nampak Comel Bila Anak Pakai Tapi Ganggu Proses Belajar Berjalan
Setiap kali anak melangkah, kasut ini akan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian. Di sebalik kecomelannya, kasut ‘squeaky’ sebenarnya boleh memberikan kesan negatif terhadap proses pembelajaran berjalan semula jadi anak.
Menurut Public Health Malaysia kasut berbunyi ini boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak. Ini kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Mungkin anda rasa ia comel dan kanak kanak sukakannya, namun ia bukan pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian.
Kasut berbunyi boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.
Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur
Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat.
Ads
Dari segi kebaikan, kasut jenis ini memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan. Ia membantu ibu bapa untuk peka kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak.
Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.
Alternatif Kasut untuk Anak Kecil
Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memilih kasut yang lembut, fleksibel, dan tanpa bunyi untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan. Kasut yang sesuai untuk belajar berjalan sepatutnya memberi sokongan yang baik tanpa menghalang pergerakan semula jadi kaki.
Kasut dengan tapak yang nipis dan lembut juga membantu anak merasakan permukaan lantai dengan lebih baik, yang penting untuk keseimbangan dan koordinasi.
Ads
Kesimpulannya walaupun kasut ‘squeaky’ mungkin kelihatan comel dan menyeronokkan, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka.
Pembelajaran berjalan adalah proses penting dalam perkembangan motor kasar anak, dan adalah penting untuk memberikan mereka persekitaran dan alat yang terbaik untuk menyokong proses ini.
Memilih kasut yang sesuai tanpa gangguan bunyi adalah langkah yang bijak untuk memastikan anak-anak dapat belajar berjalan dengan betul dan semula jadi.
Kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak dengan itu ada yang menzahirkan kasih sayang perbuatan mencium mulut. Hakikatnya tanpa kita sedari ia adalah perbuatan yang akan memberi impak kepada psikologi anak itu.
Nampak biasa tapi perbuatan yang ibu bapa perlu elakkan. Menurut laporan Astro Awani, Pakar Psikologi SEGi University, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor, perbuatan tersebut berkemungkinan mendorong kepada pembentukan sifat kanak-kanak yang akan menganggap perkara itu sebagai biasa.
Katanya, sifat ingin tahu kanak-kanak yang meluap-luap boleh membawa perkara itu kepada kejadian yang tidak diingini.
“Agak sukar untuk berselindung, saya perlu maklumkan dengan jelas. Ciuman dari mulut ke mulut itu perlu diawasi. Kalau boleh, ibu dan bapa elakkan dari perbuatan ciuman mulut ke mulut kerana mereka akan lakukan kepada orang lain dan perkara ini amat bahaya.
“Bukan anak-anak sahaja perlu tahu, ibu dan bapa juga perlu tahu kerana ini adalah antara elemen-elemen yang terangkum dalam ekosistem jenayah seksual (dalam keadaan yang lain),” ujarnya.
Katanya lagi, kanak-kanak akan menterjemah perlakuan jelik melalui kaedah simulasi sekiranya ia tidak dibendung dan dipantau dengan baik oleh ibu bapa.
Pandangan itu dikongsikan beliau dalam program AWANI Pagi pada Jumaat.
INFO KONTEKS ISLAM
Tahukah kita bahawa Baginda Rasulullah sendiri mengungkapkan rasa kasih sayang baginda dengan mencium anak dan cucu Baginda.
Abu Hurairah berkata: Rasulullah pernah mencium Al Hasan bin Ali sedangkan di samping Baginda ada Al Aqra’ bin Habis At Tamimi sedang duduk, lalu Aqra’ berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah memandangnya dan bersabda: Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi. – [HR Bukhari 5538].
Hadis ini dapat kita ambil daripada kaca mata fiqh iaitu mencium anak itu merupakan satu perbuatan sunah Baginda Rasulullah.
Hukum asal bagi perbuatan mencium anak kecil sama ada di wajah mereka, kepala atau anggota badan yang tidak bercanggah dengan adat adalah diharuskan. – (Fathul Bari 427/10).
Pentingnya kena tahu ilmu penyusuan bagi memudahkan semua ibu untuk menyusukan anak sendiri dengan jayanya.
Bagaimanapun, tidak semua ibu dapat memberikan susu badan kepada anak sendiri di atas faktor-faktor tertentu. Selain itu, ada juga yang rasakan susu badan tak cukup nak tampung permintaan anak.
Ingat sebelum nak risau dan menyalahkan diri sendiri, ibu kena lebih mengambil berat mengenai ilmu penyusuan. Bukan bermaksud anda hanya perlu mengalah begitu sahaja, tetapi ada banyak rawatan yang boleh diperolehi.
Perkongsian dari Puan Hairin Anisa Tajuddin boleh buatkan ibu-ibu faham dan jangan salah bagi tanggapan.
Saya memahami setiap ibu yang BF dan yang tak dapat breastfeeding anak means bagi anak FM. Kedua-duanya tidak perlu kita condemn tapi kita bagi ilmu yang jelas.
Dua hari ni saya dapat 2 kes
1) Baby umur sebulan menyusu ibu tapi mixed dengan FM sebab ibu rasa susu tak cukup. Baby datang sebab batuk berkahak teruk dan saya refer ke hospital for investigation untuk Pertusis. Alasannya bagi FM sebab baby macam tak kenyang menyusu ibu dan baby kerap terjaga menangis selepas disusukan (mak ingat baby dah kenyang). From history, baby memang tak dibedung daripada awal, maka anak yang ada INVOLUNTARY MOVEMENT (pergerakan otot yang tidak terkawal oleh otak / tanpa disedari) selalu “limbs shaking/kaki tangan bergetar” (macam dalam video bawah) bila diletakkan ke bawah setelah tertidur dipangkuan. Then, mak anggap baby masih tak cukup susu maka di berikan susu FM.
Shaking limbs *involuntary movement* yg buat baby rasa takut & feel not safe…crying…bila ibu bedung baby, klu baby terkejut pun at least ada halangan drpd tangan kaki bergetar seperti ini…baby tidur lebih lena. Namun bedung ni selalu disalahanggap, ia tidak perlu dipakai 24 jam, bukalah bedungnya & sarung tangan kakinya bila baby bangun & terjaga utk biasakan bayi bermain2 & bergerak lepas bebas sebagai stimulation kpd otot2nya.
As usual baby memang ada sucking reflex (refleks hisapan iaitu sejenis primitive reflex) yang semestinya akan buat baby sucking apa sahaja hatta kayu or jari yang dimasukkan dalam mulut baby….Jadi baby minum hingga terlebih kenyang.
Baby yang ada GER (Gastroesophageal Reflux : injap esofagus bawah yang lembik) menyebabkan baby mudah muntah / menjeluak dan baby boleh dapat aspiration pneumonia (radang paru-paru akibat tersedak susu dalam paru-paru).
Jadi kesimpulannya ibu ini tidak faham yang babynya telah kenyang dengan susu ibu maka diberikan FM…disebabkan dia tidak faham babynya cuma kerap terkejut akibat tidak dibedung semasa tidur.
Selalunya baby akan lena dipangkuan ibu sebab tangan kakinya dipeluk…tapi bila diletakkan, bayi yang belum betul-betul lena akan mudah terkejut dan menangis semula…Inilah perkara yang selalu buat IBU SALAH ANGGAP BABY MASIH LAPAR DENGAN SUSU IBU.
Jadi…ini masalah kurang ilmu bukan masalah kurang susu.
Saya check breast ibu dan cuba perah guna tangan, tapi susunya memancut keluar tapi susu fore milk (susu awal)…memang agak cair tapi setelah memerah dlm 3- 5 min, susu yaang pekat keluar (hind milk/susu akhir yang pekat). Saya check baby memang ada lidah pendek sbb ada tali bawah lidah (tongue tie mcm video bawah ni) type 2, restricted pattern (gerakan lidah terhad).
So saya pun explained kat ibu yang anak dia failed to latch on bukan sebab susu cair, tapi disebabkan oleh tongue tie @ bawah lidah ada tali.
Saya terus buat frenotomy (pembedahan kecil utk putuskan tali bawah lidah) dan anak boleh menghisap susu ibu semula dengan teknik craddle & postioning (pegangan bayi & posisi) yang betul…harap-harap ibu ni tak salah faham dengan susunya cair lagi selepas saya ceritakan bahawa susunya yang the best sebab bagi antibodi.
Ini bukan masalah susu cair tapi masalah kecuaian para doktor & nurse utk check properly semasa baby lahir utk lihat ada tongue tie ke tidak.
Ibu pernah berkira-kira untuk bagi baby FM sebab dia pernah kata anaknya tak sesuai dengan susunya.
Saya sahaja yang tekankan bahawa kalau dia mula bagi FM, anaknya akan mudah kena jangkitan kuman yang sangat serius.
Memang kita harap susu ibu anak tak akan jatuh sakit…but that is NONSENSE (karut)
Mana ada method prevention dalam dunia yang 100% akan protect baby…ini yang make sense.
Susu ibu akan bekalkan antibodi yang ibu ada means ibu pernah expose dengan kuman-kuman tertentu. Tapi ada kuman-kuman yang ibu tak pernah expose, means no antibody production towards that yet.
Malangnya baby dah terdedah kepada kuman tersebut terlebih dahulu sebelum ibunya, mungkin sebab bercampur gaul dengan kanak-kanak lain di taska or abang kakak bawak balik daripada sekolah…jadi susu ibunya belum ada antibody tersebut, maka baby tu jatuh sakitlah.
Namun, walaupun sakit, ada hikmahnya sebab ia akan trained askar-askar pertahanan dalam tubuh bayi untuk berlawan dengan kuman-kuman tu. Namun ibu tetap kena susukan sebab dalam susu ibu ada banyak protein protective lain yang bantu sistem pertahanan baby agar lebih kuat berlawan.
Kesimpulannya ; jangan terus salahkan baby susu ibu pun selalu jatuh sakit. Saya rasa belum pernah saya jumpa manusia yang tak pernah sakit. Ada yang bangga anak bagi FM tak pernah sakit selama setahun…tapi akhirnya datang dengan jangkitan kuman yang teruk pada umur 18 bulan. Sampai kena bagi bantuan oksigen dan lain-lain. Bila kita baca statistik, jangkitan kuman yang teruk-teruk selalu berlaku kepada kanak-kanak yang diberi FM berbanding bayi yang diberikan susu ibu. Bayi yang diberi susu ibu juga boleh sakit sebab dia tu manusia biasa bukan kebal.
Yang penting jika ibu failed BF, kena belajar daripada kesilapan dan cari punca kenapa masalah BF berlaku tanpa cepat-cepat sangat nak bagi FM. Hanya jika betul-betul ada masalah production yang sangat kurang atas apa reason sahaja dan TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA tapi tetap gagal, terimalah dengan reda kerana itu dah memang bahagian rezeki baby. Ibu-ibu yang berjaya BF baby pun janganlah menjatuhkan hukuman kepada ibu-ibu yang tak menyusukan anaknya dengan susu ibu sepenuhnya sebagai IBU YANG GAGAL or bersalah.
Mereka gagal kerana kurang ilmu dan pengalaman & tidak dapat guidance yang betul. Sebab setiap orang punya background dan support yang berbeza-beza, punya masalah yang berbeza-beza, punya kekuatan mental dan motivasi yang berbeza-beza. Ibu yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu berusaha bagi bantuan & ilmu yang BETUL kepada ibu-ibu yang perlukan bantuan. Ada cara lain iaitu dapatkan susu ibu susuan sebagai ganti susu formula.
Sebab itu saya wujudkan satu platform BCNP untuk para kaunselor yang terdiri daripada ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak untuk bagi bantuan kepada ibu-ibu yang menghadapi pelbagai cabaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkara-perkara yang mudah dan ringkas seperti selepas mandi dan selepas keluar dari tandas mungkin dirasakan kurang penting untuk diajarkan pada anak. Namun hakikatnya hal-hal sebegini perlu diajar pada anak kita.
Sebagai mak ayah kita perlu mengingatkan sentiasa tentang adab dan rasa malu serta menjaga maruah agar anak tahu akan tata tertib ini hingga dia membesar. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pn Wan Nur Syakira di facebooknya. Jadikan panduan untuk kita didik anak kecil kita mengenai adab.
Anak-anak harus diingatkan urusan mandi dengan tertib. Terutama setelah selesai mandi, jangan terus terjah keluar dari bilik air tanpa tuala.
Selalu ingatkan mereka akan hal ini. Seawal mereka berusia 2 tahun. Bila kita selesai mandikan mereka, terus pakaikan tuala.
Bila mereka dah lulus toilet training, dah boleh mandi sendiri, ingatkan mereka sediakan dan bawakan terus kain tuala ke bilik mandi dan sediakan juga baju setelah siap mandi.
Hal simple begini jika tak dibiasa dari awal, nanti bila balik kampung atau ke mana-mana, mereka akan terjah saja keluar dalam keadaan bogel.
Bila mereka dah lulus toilet training juga, ajarkan dan biasakan mereka buang seluar di dalam tandas. Bukan di luar tandas. Jika tidak, bila masuk sekolah, akan dibuangnya seluar di luar tandas.
Maka tersingkap alat kemaluan mereka di hadapan orang lain. Saya nak tekankan, jangan dibiar anak toilet training terlalu lambat. Umur 5,6 tahun masih bergantung kepada orang lain bila nak ke tandas.
Selain membuatkan anak kurang keyakinan untuk berdikari, amat membimbangkan jika umur 5,6 tahun masih alat kemaluannya dibasuh oleh orang lain jika di taska atau pengasuh atau di mana-mana saja.
Melatih anak toilet training dan juga cara beristinja’ dengan betul juga salah satu cabang pendidikan seksualiti. Dan ianya rutin dan amalan yang bermula dan dibiasakan dari rumah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!