Jika kita ingin membentuk anak-anak yang berfikir, kita perlu melayan anak sebagai individu yang punya akal dan fikiran.
Berdasarkan perkongsian Pengasas Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar, proses memperbaiki tingkah laku anak menjadi lebih efektif jika anak diajak untuk sama-sama berfikir akan kesan dan akibat perbuatannya berbanding diarah untuk melakukan sesuatu tanpa memahami.
Itulah gunanya akal dan fikiran. Bukan untuk menjadi pandai akademik sahaja ataupun menggunakan akal pada jalan yang tidak sepatutnya.
Bagi anak yang berusia 4 tahun ke bawah, menyelesaikan masalah sendiri adalah sesuatu yang sukar dilakukan oleh mereka kerana keupayaan kognitif (penyelesaian masalah) masih di peringkat awal.
Inilah yang menyebabkan tantrum yang kita lihat pada kanak-kanak usia tersebut.
Apabila mereka menghadapi masalah atau terpaksa berlawan dengan emosi, mereka akan hilang kawalan.
Ads
Dalam situasi sebegini,
1) memindahkan anak dari situasi yang menyebabkan dia hilang kawalan ataupun memindahkan objek yang menyebabkan anak hilang kawalan adalah kaedah yang terbaik.
2) membimbing anak memikirkan alternatif adalah juga kaedah yang baik.
Contohnya:
“Ibu tidak benarkan kamu menendang bola dalam rumah. Jom kita ke padang.”
Ads
“Ayah tidak benarkan kamu memukul orang lain. Kalau geram sangat boleh pukul bantal tetapi bukan kawan.”
Apabila anak sudah lebih dari usia 4 tahun, kita sudah boleh melatih anak dengan skil penyelesaian masalah.
“Kenapa ini berlaku?”
“Bagaimana perasaan bila jadi begini?”
“Apa yang boleh dibuat supaya tidak berlaku lagi?”
“Bagaimana hendak memperbaiki keadaan?”
Jangan memandang rendah keupayaan anak untuk berfikir. Jika kita tiada keyakinan pada anak-anak, mereka juga tidak yakin dengan keupayaan mereka sendiri.
Ini adalah proses yang menggalakkan anak menggunakan akal dan fikiran apabila melakukan kesilapan atau menghadapi kesukaran.
Ini merupakan skil yang penting dalam kehidupan.
Si kembar Adam & Noah baru 1 tahun sudah dihantar ke sekolah jenis playschool. Kedua-duanya sudah boleh berjalan dengan baik dan ini masanya untuk mereka diperkenalkan dengan pergaulan dengan rakan sebaya.
Sebelum ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sudah menyatakan tentang pencarian playschool untuk Adam & Noah di dalam Instagram.
ADAM & NOAH MAKIN AKTIF & MUDAH BOSAN DUDUK DI RUMAH
Katanya Adam & Noah yang semakin aktif mudah bosan bila tinggal di rumah. Dia juga dalam masa yang sama tidak membazirkan masa yang berharga pada usia si kecil ini. Katanya lagi, daycare yang mempunyai ambiens belajar dengan menggunakan cara bermain adalah yang dicari-cari beliau untuk Adam & Noah.
Video – Of all the expensive toys , empty boxes are their favourite …
Forget about buying expensive toys for your babies . At the end they would rather play with the simplest things like an empty box in my case.
Haha …
I’m already starting to look around for a play school for the twins . They are just too active getting bored easily staying at home . But it’s never easy finding one which not only care for the babies but also teach . I surely do not want the boys to just being cared for and wasting their precious golden age during these critical times .
An ideal daycare would be an ambience teaching and learning in a playful manner with other kids their age . Will let guys know if I do find one …
Salam Jumaat Everyone .
PS – Any volunteers out there to care and teach Adam & Noah while the parents off to work?
AKIRNYA MENEMUI SEKOLAH YANG MENERIMA MURID BERUSIA SETAHUN
Adam dan Noah yang genap setahun pada 27 Julai lalu kini berusia 1 tahun 2 bulan (14 bulan). Ia akan mendedahkan si kembar ini dengan persekitaran yang baru iaitu suasana dan individu yang baru. Mereka juga boleh bergaul dan bercampur sambil mendapat rangsangan daripada pelbagai aktiviti yang biasa diadakan di sekolah jenis playschool iaitu menyanyi, aktiviti kad imbasan, mewarna dan sebagainya. Berikut ialah perkongsian angkasawan pertama negara ini di ruang Instagram beliau;
Si Kembar mula bersekolah esok. Akhirnya saya menemui sekolah yang mengambil kanak-kanak yang berusia setahun tanpa ibu bapa perlu ada di sana. Alhamdulillah.
Ia adalah sekolah jenis playschool di mana murid yang sebaya bercampur, bermain, menyanyikan lagu-lagu kanak-kanak, aktiviti kad imbasan, mewarna dan lain-lain- hanya seperti yang saya perlukan untuk Adam & Noah.
Kelas akan bermula daripada 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Ini peluang yang baik untuk anak-anak lelaki saya belajar bergaul dan berdikari pada usia yang muda.
Anak-anak lelaki mempunyai lebih masalah untuk berpisah berbanding anak perempuan. Mereka cenderung untuk bergantung kepada ibu bapa.
Saya harap semuanya berjalan lancar esok, InsyaAllah.
PS: mereka akan mempunyai baju seragam walau pun pada usia sekecil ini. Haha, cute kan!
PSS: Adam & Noah nampaknya macam dah biasa di sekolah itu.
Pic – The twins starting school tomorrow … I finally found a school that takes one year old and teaches at the same time without the parents needed to be there .. Alhamdulillah.
It’s a playschool of kids with the same age mingling together , play , singing nursery rhymes , Flashcards , colouring etc – just what I needed for Adam & Noah .
For a start it will be from 9-1230 pm.
It will be good for the boys to learn about socialising and independence from a very young age . Boys tend to have separation anxiety more than girls at that age .They tend to cling more to their parents …
Hopefully everything will be smooth tomorrow . InsyaAllah
Good Evening Everyone …
PS – They even have school uniform at that age . Haha – How cute is that !
PSS – Adam & Noah look like they own the place already … ?
dipupuk sejak awal lagi sementelah minda mereka seperti span, menyerap apa sahaja yang dilihat. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memupuknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, rancangan TV Pa&Ma akan memberikan banyak tips mengenai topik ini dalam episod “ Si Cilik Multilingual.” Kami akan ke udara pada pada Selasa, 9 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai anak autism memerlukan ketabahan kerana ibu bapa akan melalui pelbagai tekanan dan cabaran dari segi mental, emosi, fizikal dan kewangan. Apa yang perlu diingat, setiap ujian yang diberikan adalah sesuai dengan ketahanan kita dan kita mampu mengatasinya.
Perkongsian dari seorang bapa, Abdul Malek MB membuka mata semua ibu bapa mengenai anak istimewa ini.
Ramai bertanya berkenaan bagaimana saya dan isteri boleh kesan anak autism?
Agak meletihkan untuk beri jawapan atau jawab satu persatu pada setiap individu. Jadi saya ambil keputusan untuk tulis status ini bagaimana saya dan isteri dapat kesan anak saya autism walaupun pada awalnya saya tak tau mengenai autism.
Ibrahim di diagnose dah disahkan autism pada 30.11 pada usianya 3 tahun 1 bulan.
Pada awalnya tak berapa perasan sebab Ibrahim anak sulung dan fizikalnya normal dan pembesaran fizikalnya normal. Dengan izin Allah usaha mak mertua untuk bawa cucunya di diagnose lah membawa Ibrahim kepada pakar.
Sebelum di diagnose, mula-mula perasan dan agak pelik bila …
1- Usia Ibrahim 2 tahun hingga tarikh di diagnose langsung tak mengeluarkan suara walaupun pada usia nya setahun sudah keluar beberapa perkataan.
2- Apabila di panggil tiada sahutan dan tidak menoleh.
3- Tidak bermain permainan lego(bricks) yang di beli dan bermain dengan cara yang tak sepatutnya walaupun sudah di ajar beberapa kali.
4- Main permainan seperti lori, kereta dengan cara agak pelik. Main tayar, sembunyi dan susunkan semuanya bawah sofa.
5- Selalu bangun malam. Biasa pukul 2 pagi terjaga hingga 4/5 pagi dan adakala hingga ke subuh. Apa dia buat ? Bermain sendirian, melompat-lompat kadangkala ketawa sendirian kadangkala menangis sendirian tanpa sebab.
6- 2 minggu pertama di skool(nursery) hampir semua rakan di gigitnya. Pada ketika usianya 2 tahun 4 bulan.
7- Bila bercakap dengan dia tiada eye contact.(Kita sedang cakap dengan dia tapi dia tengok tempat lain)
Di atas adalah antara tanda / sign Ibrahim hingga membawa saya untuk hantar untuk Ibrahim di diagnose.
Selepas di diagnose saya termenung lama dan merenungi perjalanan Ibrahim dari sejak dia lahir. Rupanya tanda autism itu sudah ada sejak dia dari bayi lagi. Antaranya :
1- Dia adalah baby yang paling senang jaga. Menangis ketika lapar je. Lepas kenyang tido.
2- Meraung-raung ketakutan apabila isteri on blender untuk memasak. Apabila usianya setahun lebih, wajah dan cara ketakutan yg sama saya perasan bila dengar mesin rumput.
3- Ibrahim adalah baby yang tak pernah jatuh katil walaupun sekali. Semasa dah pandai meniarap dan merayap serta merangkak dia akan rasa dahulu sebelum turun katil.(Bijak kan ?)
Usia setahun-2 tahun
4- Flapping hand ketika usianya setahun lebih dengan sangat kerap.
5- Suka berjalan dengan jinjit kaki. Berulang-ulang kali.
6- Suka berpusing-pusing ikut kipas. Berulang-ulang kali.
7- Mula mengeluarkan words pertama iaitu bi (abi), nek(nenek) , nak, jukk (sejuk)- kemudian ketika umur 2 tahun hilang terus.
8- Nak makan atau meminum sesuatu dia rasa test di hujung lidah dulu. Kalau lembik dia tak akan makan. Kalau panas atau kelat, tawar dia tak akan minum.
9- Suka main bawah meja, bawah kerusi.
10- Trauma dengan air.
11- Ketawa dan menangis tanpa sebab. Tiba-tiba ja.
12- Tak bermain di playground.
13- Kerap bangun malam
14- Tak bermain bersama sepupu-sepupunya yang sebaya.
15- Jika nak makan dia akan bawa pinggan kepada saya atau umi dia. Jika nak minum dia akan bawa bekas air kepada kami.
Umur 2 tahun- 3 tahun
16- Langsung takde suara. Senyap je.
17- Segala permainan, peralatan semuanya akan di masukkan dan di susun bawah sofa.
18- Gila bermain dengan atv dia dan bola.
19- Menangis dan ketawa sendirian tanpa sebab.
20- Peralatan yg bergerak seperti kipas berdiri di kerjakannnya hingga patah bilah nya. Sebab suka sangat dengan angin.
21- Masih trauma dengan air. Air paras lutut sudah mengigil satu badan.
22- Flapping hand dengan lebih kerap.
23- Gigit kawan2 nursery yg mengganggu dia. Dan gigit yg satu jenis paten budak – chubby + putih.
24- Tak boleh duduk diam walau sesaat. Kecuali penat dan tido.
25- Suka memanjat. Pernah asingkan kerusi dari meja. Tapi dia pandai pilih kerusi. Dia ambil kerusi ringan di guling-gulingkan ke meja kemudian panjat.(bijak kan?)
26- Tiada eye contact. Suka melarikan mata.
27- Sukar di pegang.
28- Agak mudah tantrum. Bila tantrum melompat-lompat, guling-guling dan pernah menghantuk kepalanya di dinding.
29- Jika jatuh teruk , dia hanya menangis kurang 10 saat. Kemudian main semula.
30- Tidak bermain bersama sepupu-sepupunya. Buat hal dia ja.
31- Tukang ‘kemas’ rumah. Cadar, alas meja semua, baju semua di selongkarkan. Segala benda atas meja akan di turunkannya.
32- Jalan suka jinjit. Pijak rumput jinjit. Pegang daun hujung jari. Mengelak dari badan kena daun pokok.
33- Suka berpusing-pusing ikut kipas siling rumah. Dan suka pusing-pusing mengelilingi badan kita. Berulang-ulang kali.
34- Tak pandai bermain di playground even main gelongsor dan naik buaian pun.
35- Tidak ikut aktiviti di skool. Tapi tak kacau orang. Buat hal dia sendiri. Hanya baik dengan certain teacher ja.
36- Kerap bangun malam. Biasa jam 1 atau 2 pagi bangun dan berjaga hingga 4,5 atau kadang2 sampai lepas subuh baru tidur semula.
Saya harap terjawab soalan bagi yang bertanya. Pastikan M-chart anak di buat dengan betul dan bawalah anak cepat-cepat ke pakar yang berkaitan (pakar kanak-kanak dan bukan semua pakar kanak-kanak boleh mengesahkan anak anda autism) jika ada tanda-tanda autism yang common seperti speech delay, tak bersosial, kerap flapping, ketawa atau menangis tanpa sebab, tiada eye contact dan repetitive action, Silalah bawa untuk di diagnosis segera.
Sesudah di diagnose jika sah autism apply lah kad OKU secepatnya sebab bukan untuk ibu bapa tapi untuk kebajikan anak untuk di terima di pusat-pusat intervensi awal kerajaan. Yang swasta ada cuma agak tinggi kosnya. Salah satu yang termurah bawa ke NASOM. Jika mampu bawa ke pusat swasta yang kadarnya di antara 2k-3k sebulan untuk half day, bagi saya tiada masalah. Cuma still, the best terapis (terapi OT, ST, Daily routine dan diet) untuk anak-anak autism kita ini adalah Ibu Bapa sendiri.
Jika anak sudah di diagnose sah autism, perkara pertama sekali buatlah sujud syukur dan belajar terimanya seadanya serta tidak membandingkan dengan kanak-kanak lain sebab anak autism berbeza dengan kanak-kanak tipikal (normal). Kemudian joinlah grup Autisme Malaysia , ramai teman sekasut anda ada di situ pinjam bahu mereka.
Jika perlu nangis , nangislah semahunya dalam doa anda. Mengadulah dengan sepenuh jiwa kepada yang Maha Mendengar ,Maha mengetahui, Maha memahami lagi Maha penyayang..InshaAllah bantuanNya akan tiba tepat pada ketika kita memerlukannya.
Pakar pengkaji belum jumpa punca sebenar terjadinya autism. Jadi, bukanlah mudah untuk menerima dengan redha anak autism bagi ibu bapa, apatah lagi orang luar (apatah lagi apabila dengar cerita dari mulut parent yg mengajar anak autism dia, didik hanya untuk mandi berdikari sendiri. Dari buka baju sampai pakai baju semula mengambil masa setahun). Segala tekanan, stress kita sama-sama kembalikan kepada yang Maha menjadikannya. Dia Maha perancang dan perancangNya yang terbaik untuk kehidupan kita bersama anak autism yang memerlukan 25-40 jam seminggu terapi.
Yang paling nyata sekali. Allah sayang kita semua dan kita cintailah Allah semahunya kerana hanya Dia yang tahu atas anugerahNya ini. Pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu yg terbaik untuk kita di dunia ini. Jadikan ini sebagai platform untuk menjadikan Allah bertambah sayang kepada kita sekeluarga. Kejar syurgaNya. Dapatkan redha dan rahmatNya kerana pasti Allah sediakan balasan yang sebaik-baiknya dan Bukan kah syurga itu sebaik-sebaik balasan ?
Alhamdulillah kini Ibrahim sudah banyak kemajuannya cuma masih perlu banyak lagi yg perlu dilakukan untuk Ibrahim.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Geram kan kalau anak tiba-tiba menuturkan perkataan yang tidak baik-kasar, kesat atau lucah. Dalam kepala ligat berfikir, mana pulak dia belajar perkataan tak elok ni, emosi jadi tak terkawal. Panngg….tangan si ibu hinggap di paha anak dan kemudian tangisan si kecil terhambur. Adakah ini cara sebenar mengendalikan situasi sebegini!
Tentu ramai ibu bapa yang mengalami situasi sebegini? Perkongsian daripada Encik Hazhari Ismail, pensyarah pendidikan awal kanak-kanak berkenaan hal ini diharapkan dapat membantu ibu baa melalui fasa ini dengan baik.
Kanak-kanak biasanya ‘belajar’ perkataan yang tidak elok dari sekeliling seperti mencarut, menyumpah atau kata-kata yang negatif. Bila sebut sekeliling, bukan sekadar dari orang dewasa, bahkan ia termasuklah dari rakan sebaya, TV dan internet, atau jika yang dah pandai baca sikit, boleh jadi dari tulisan.
Kadang-kadang kita risau, kita sedaya upaya menjaga perkataan yang disebut di rumah dengan perkataan yang baik. Tetapi, kita terkejut bila tiba-tiba terpacul dari mulut si kecil seperti bodoh atau kata-kata kesat yang lain. Kalau ada saudara mara yang terdengar, kita yang malu.
Kita pun mungkin tuduh sesiapa mungkin perkataan itu dari Taska atau Tadika, mungkin bila bawa main ke taman permainan dan mendengar dari kanak-kanak lain yang bermain di tempat yang sama.
Ini adalah sifat semula jadi manusia untuk belajar berkomunikasi dengan mendengar perbualan dari sekeliling, kemudian perbendaharaan kata mereka pun bertambah (vocab) dan tadaaaa, mereka pun boleh turut sama berbual.
Kajian dari Stanford Universiti di bawah pakar bahasa, Melissa Mohr ada menyatakan dalam setiap bahasa, ada lebih kurang 0.7% perkataan berbentuk ‘swearing’ yang mana perkataan ini lebih banyak dituturkan di dalam perbualan harian. Melissa juga menekankan kaitan yang significant kenapa kanak-kanak boleh tahu sekurang-kurangnya satu perkataan yang tidak elok pada umur 2 tahun!
Sebab pada umur bawah 3 tahun, Montessori merujuk otak kanak-kanak di bawah unconscious mind. Mereka akan serap apa sahaja dan mendengar apa sahaja yang berata di sekeliling. Di dalam Islam, umur begini kita kata kan belum mumayyiz iaitu tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk sehingga umur 6/7 tahun.
Jadi, kenapa kanak-kanak cakap perkataan yang tidak baik?
Sebab mereka tak tahu. Benar, mereka tak tahu pun perkataan yang dia tiru adalah perkataan yang tidak baik. Mereka hanya memerhati dari sekeliling (atau menonton), perkataan yang digunakan dengan situasi-situasi tertentu. Oh, bila berlaku situasi begini, kena sebut perkataan ini.
Mereka tidak akan tahu menggunakan perkataan tersebut kalau orang sekeliling tidak menggunakan. Mereka pun kadang-kadang bereksperimen dengan perkataan yang digunakan itu betul atau tidak dalam pelbagai konteks dan situasi. Adakah perkataan itu perkataan yang kelakar? atau menarik perhatian? atau buat orang lain sedum dan marah?
Mereka cuma tak tahu.
Kita dibiasakan dengan kaedah ‘behavior modification’ iaitu untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak, kita perlukan sesuatu seperti reinforcement (pengukuhan/peneguhan) dan punishment (hukuman). Dua-dua itu bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku yang baik, atau membuang tingkahlaku yang tidak baik.
Cuma kadang-kadang kita tersilap. Sebab ibu bapa pun panik. Kali pertama kan dengar. Kita ter ‘overreact’ dengan situasi yang terjadi.
Kalau ibu bapa terdengar anak sebut perkataan yang tidak elok, apa yang ibu bapa buat? Ya, lazimnya kita akan terus marah mereka. Atau terus melakukan proses reinforcement atau punishment.
Anak pun terpinga-pinga kena marah. Ini yang selalu terjadi.
#1Tenang, dan bagi tahu kepada anak yang perkataan itu tidak elok dan tidak boleh digunakan. Bagi pilihan perkataan yang lain yang lebih baik dan sesuai. Bagi tahu yang perkataan yang tidak elok itu sama sakitnya macam kena tumbuk or cubit.
#2Jangan gelak! Kita mungkin kelakar sebab si kecil cakap benda yang tak elok atau salah tempat. Ingat ya tadi, mereka nak explore penggunaan perkataan either perkataan itu untuk marah ke, sedih ke, lucu ke.. Kalau kita gelak, mereka akan salah faham dan akan ulang berulangkali.
#3 Tolong check apa yang ditonton. TV ke, Youtube ke. Bukan boleh percaya sangat rancangan kanak-kanak ini.
#4Berbalik kepada kita, tengok diri sendiri berbual bagaimana. Mungkin kita secara tak sedar tersebut depan anak ke. Berborak dekat telefon dengan kawan sambil menyumpah. Kalau perasan silap kita, cepat-cepat bagi tahu dekat anak perkataan itu tidak sesuai dan minta maaf.
#5 Kalau ada improvement, anak tak sebut perkataan yang tidak elok even dalam situasi yang sama, jangan lupa puji! Pujian merupakan salah satu positive reinforcement untuk meningkatkan tingkat laku yang baik. Ini lebih efektif.
#6Yang paling penting, konsisten. Kalau hari ini kita tegur guna perkataan lain, esok kita biarkan dia sebut perkataan tak elok, pun tak jadi juga. Istiqamah dalam mengubah tingkah laku anak-anak. Jangan on-off bila teringat.
Tapi ingat ya, setiap anak berbeza. Maka hasilnya juga berbeza, cepat atau lambat je.