Menyimpan emas sudah diketahui sebagai salah satu cara simpanan yang paling berbaloi. Namun ada diantara kita yang lebih gemar menyimpan wang berbanding emas. Tidak terkecuali yang lebih gemar membuka akaun simpanan emas. Ikutlah selera masing-masing.

Biar apa pun cara simpanan kita, emas berbentuk fizikal ternyata menjadi penyelamat kala berada di waktu kecemasan. Anak sakit misalnya atau apa jua kecemasan, emas fizikal iaitu barang kemas di dalam simpanan kita inilah yang boleh ditukarkan dengan kadar segera. Inilah yang dikongsikan oleh Damanhuri Ali.

Kecemasan & Anak Sakit Boleh Terus Gadai, Tak Rugi Kumpul Emas Fizikal Dari Akaun Emas!


Assalamualaikum semua. Awal bulan lepas ada seorang kawan baik aku bertanya tentang emas. Kawan aku ini ada lebihan duit 5k dan berniat nak mula menyimpan emas.

Dia bertanya pada aku lebih baik dia beli dan simpan emas fizikal atau buka akaun simpanan emas di mana-mana bank. Aku cadangkan dia supaya beli dan simpan emas fizikal seperti yang aku buat sejak tahun 2012 lagi.

Alasannya mudah sebab kita mempunyai aset di tangan tanpa ada campur tangan luar untuk kita gadai atau gunakan. Bebas. Contoh kita memerlukan wang yang banyak pada sesuatu hari itu, maka hari itu juga kita boleh gadai atau jual untuk mendapatkan tunai.

Kecemasan & Anak Sakit Boleh Terus Gadai, Tak Rugi Kumpul Emas Fizikal Dari Akaun Emas!

Banyak kenangan melibatkan emas dalam hidup aku, dari mula membeli pada harga RM130 pada tahun 2012, menyediakan hantaran, menyediakan deposit kereta keluarga pertama, menyediakan deposit sewa rumah, membeli 2 ekor kambing aqiqah untuk Dhiyaa, semuanya aku gunakan emas sama ada aku gadai di Ar-Rahnu ataupun aku jual terus.

Biasanya aku beli emas dengan kawan-kawan aku atau kenalan emak aku yang jual emas. Pernah juga beli di kedai emas cina. Tapi biasanya kedai akan cas harga upah buat, tengok pada design beratus-ratus juga upahnya.

IKLAN

Paling best beli emas lelong terpakai di Ar Rahnu Bank Rakyat. Pandai bid harga dapat emas lagi murah dari harga pasaran. Biasanya sebulan 2 kali kot dia akan lelong.

Kecemasan & Anak Sakit Boleh Terus Gadai, Tak Rugi Kumpul Emas Fizikal Dari Akaun Emas!

Aku tak suka jual balik emas aku kecuali ada untung, kalau jual di kedai emas, dia akan beli dengan harga susut nilai yang tinggi sehingga 20% dari harga terkini. Jadi memang akan rasa rugi.

Biasanya aku akan gadai, kalau nak gunakan duit dalam jumlah yang banyak macam nak aqiqah anak, depo rumah sewa, depo kereta dan lain-lain. Setakat ini aku pernah berurusan gadai mengadai ni di 4 Ar-Rahnu. Semuanya ada kelebihan dan kelemahan.

Macam di Ar-Rahnu Yapeim, biasanya pembiayaan yang diberi tinggi tetapi sejak 2 tahun kebelakangan ini, dia nak kurangkan sedikit pembiayaan yang diberi kepada kita dia guna term yang mengelirukan.

Biasanya dia kata dia akan ambil siap-siap 2 bulan upah simpan tolak dari jumlah pembiayaan kita. Actually bila fikir balik, sebenarnya benda tu dibuat-buat sebab nak kurangkan jumlah pembiayaan je dan dorang nak letak alasan.

Kecemasan & Anak Sakit Boleh Terus Gadai, Tak Rugi Kumpul Emas Fizikal Dari Akaun Emas!
Kredit foto: Norsuhana

Sebab haritu aku gadai sebulan, lepas tu tebus. Kena je bayar upah simpan. Kelebihan yapeim dia tak downgrade emas kita sebab dia pakai mesin canggih.

IKLAN

Kalau di Bank Rakyat kadang-kadang dia akan downgrade emas kita sebab dia uji emas guna yang plat gosok-gosok tu. (pengalaman 2 tahun lepas). Tak seronok kan kita beli emas 916. Tiba-tiba nak gadai dia downgrade pulak.

Kelebihan dia pembiayaan diberi harganya sangat tinggi. Cth hari ini Yapeim ambil untuk emas 916 RM 246 segram, dia ambil RM 249.56 segram ikut nilai terkini.

Kalau nak berurusan cepat pergi ke Ar Rahnu Pos, sebab tak ramai orang, mungkin biayaan yang diberi rendah sangat. Macam semalam mak aku pergi dia harganya RM 214 segram camtu untuk emas 916.

Hinggalah ke rumah yang baru dibina ini, juga sebahagiannya mengunakan emas. Apa yang aku seronok menyimpan emas ini sebab aku beli dengan harga murah pada 2012 hingga 2015 tetapi harga semakin tinggi sekarang. Beza harga sehingga sekali ganda. Alhamdulillah.

Kecemasan & Anak Sakit Boleh Terus Gadai, Tak Rugi Kumpul Emas Fizikal Dari Akaun Emas!

Dan dah beberapa tahun ni aku dah tak membeli emas mungkin banyak komitmen lain membuatkan aku lupa untuk ketepikan duit untuk membeli emas.

IKLAN

In shaa Allah, melabur pada emas tidak akan rugi, cuma pulangannya kita merasa lambat sikit.

Doakan aku boleh membayar zakat dengan simpanan emas ini. Memang dah lama bercita-cita nak bayar zakat emas. Tapi sebab tak fokus semua ke laut. Hihihi.

Sekian cerita aku mengenai emas. Moga ada manfaat dengan perkongsian ini.

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Kecemasan & Anak Sakit Boleh Terus Gadai, Tak Rugi Kumpul Emas Fizikal Dari Akaun Emas!

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI