Bila nampak baju putih anak terkena warna dari baju-baju lain semasa mencuci dalam mesin basuh, rasa kecewanya bukan main lagi. Terus rasa down. Tak gitu mama?
Janganlah rasa kecewa kerana sebenarnya ada cara terbaik untuk hilangkan kesan warna pada baju putih ini. Nak tahu caranya?
Tip dan perkongsian pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini mak-mak kena cuba. Memang baju jadi putih bersih.
Baju & kain kena warna tak boleh hilang? Sebenarnya cara nak bersihkannya senang sahaja.
Masukkan sabun mandi rata.
Masukkan pula baking soda.
Kemudian tuangkan air panas.
Biarkan kain dan baju direndam selama 30 minit.
Hasilnya warna pada baju akan luntur dan keluar.
Memang jadi putih bersih.
Kalau macam ni senanglah kerja mak-mak, lagi-lagi waktu nak basuh baju sekolah anak.
Sesuai dengan tuntutan agama, setiap individu yang beragama Islam perlu berpuasa pada siang hari apabila tiba bulan Ramadan. Namun begitu, anak anda yang masih belum mencapai akil baligh tidak lagi diwajibkan untuk berpuasa oleh agama.
Pun begitu, apa salahnya jika anda mahu mengajar anak anda berpuasa sejak awal usia mereka, bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui beberapa tip berkesan mengajar anak berpuasa.
Adakah ia selamat?
Sebelum itu, anda perlu tahu sama ada selamat atau tidak anak anda yang masih kecil untuk berpuasa. Jawapannya, ya, ia adalah selamat. Usia yang paling sesuai untuk mengajar anak anda berpuasa pula adalah sekitar usia 7 tahun ke atas bergantung kepada kondisi kesihatan mereka secara umumnya. Pun begitu, ia tidak disarankan dilakukan untuk jangka masa yang terlalu lama.
Bagaimanakah mengajar anak berpuasa?
#1. Ajar mereka berpuasa setengah hari
Pasti anda pernah terdengar ibu bapa berkata kepada anaknya bahawa berpuasa setengah hari sudah memadai, bukan? Ya, ini adalah cara yang bagus kerana kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah tidak disarankan berpuasa penuh. Dengan cara ini, kanak-kanak akan terdedah dengan aktiviti berpuasa lebih awal dan tidak akan kekok apabila pertama kali melakukannya apabila sudah mencapai akil baligh kelak.
#2. Ajar mereka berpuasa menu yang spesifik
Setiap kanak-kanak pasti akan mempunyai makanan kegemarannya tersendiri. Oleh itu, apa kata anda cuba ajar anak anda untuk berpuasa daripada makanan itu sahaja. Sebagai contoh, minta mereka berpuasa daripada coklat kegemarannya selama waktu puasa yang penuh. Ketika iftar, anda boleh berikan mereka makanan kegemaran mereka itu sebagai satu bentuk ganjaran.
#3. Ajar mereka untuk bangun sahur, iftar dan tarawih bersama
Setiap pagi, kejutkan anak anda untuk bersahur bersama anda. Walaupun anda sendiri sudah tahu bahawa mereka tidak akan larat atau mahu untuk berpuasa, lakukan sahaja. Begitu juga dengan waktu iftar. Setiap aktiviti bersama-sama semasa ketika Ramadan termasuklah solat tarawih, libatkan anak anda. Ini akan membiasakan mereka dengan suasananya dan membuat mereka berasa lebih seronok lalu mendatangkan keinginan untuk berpuasa.
#4. Berikan ganjaran
Akhir sekali, berikan ganjaran kepada mereka jika mereka berjaya berpuasa tidak kira setengah hari ataupun tidak. Sekurang-kurangnya mereka sudah berusaha, bukan? Anda boleh tangguh ganjaran ini untuk diberikan apabila tiba hari raya kelak. Anda juga boleh jadikan ganjaran ini berbentuk wang ringgit sebagai ‘duit raya’. Untuk lebih menarik perhatian anak anda, jadikan jumlah ganjaran ini setimpal dengan hari mereka berjaya berpuasa.
Hidup kita semasa bujang sama sekali berbeza bila sudah berkahwin dan punya anak. Bila sahaja melangkah ke alam perkahwinan dan bila anak dilahirkan, terlalu banyak perbelanjaan yang kita perlu dahulukan untuk anak-anak dan keluarga.
Jadi ada baiknya kita tinggalkan sedikit cara hidup kita dahulu yang bermewah-mewah. Sederhana lebih memadai, barulah kewangan dapat diuruskan dengan dengan baik. Tip kewangan yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad ini banyak benarnya. Elakkan pembaziran!
PUNCA PEMBAZIRAN
Kita masih tak sedar bahawa kita banyak membazir sebenarnya. Ramai yang saya jumpa anggap ia bukan pembaziran.
1. Beli kereta yang salah, masih banyak kereta yang mampu dan murah.
2. Belian online sebab tawaran Lazadahh sukar dilepaskan sehari.
3. Suka ikut apa kawan pejabat beli, dia beli aku nak beli juga.
4. Pakar semua gajet terkini tapi bab pelaburan tolak tepi. Bosan katanya lagi.
5. Suka makan luar, dimana viral makanan gila. Kita sampai punya!
6. Beli di pasaraya sebab ada jualan Krismas Raya walaupun benda itu kita tak pernah guna.
7. Bil telefon luar biasa, kurangkan bercakap banyakkan mendengar dan membaca.
8. Tiada perubahan gaya hidup tiap kali tahun baru datang, masih berjoli sakan.
9. Percaya dengan semua produk kecantikan, rajin beli dan cuba. Halal atau tidak kita tampal dimuka? Janji gojes dipandang mata.
10. Suka baca akhbar saja, buku Wang Ada Dimana bagus banget untuk dibaca. Ramai yang berjaya.
11. Semua warna tudung dan fesyen yang kita ada penuh almari kita. Barulah hijalasbista katanya.
12. Buat sambutan hari jadi sendiri, alah setahun sekali. Cubalah beli emas hadiahkan diri, itu simpanan yang baik untuk masa depan.
13. Membazir air dan api dirumah tanpa rasa bersalah, sikit jer pun.
14. Keluar rumah tanpa rancangan, jumpa apa semua beli saja. Baru puas dihati. Enjoylah hidup ini.
15. Tadika anak kita mahal gila, bukan boleh masuk universiti dah tamat nanti. Tapi sebab nak ada gambar konvo nanti katanya.
16. Beg dan kasut sekolah baru anak walau masih elok lagi. Bagi semangat katanya, jika mereka cemerlang tak mengapa.
17. Cuba amalkan doa “Ya Allah peliharalah mata ini dari terbeli barang tak guna dan cair dengan godaan mata jurujual jelita”.
Banyak benda kecil kita selalu tak kisah. Sebab itu hidup kita susah.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada orang tanya, kenapa bila dapat isteri yang baik, suami pula tak baik? Bila dapat suami yang baik, isteri pula tak baik?
Kalau suami yang baik itu bertemu dengan isteri yang baik, mesti aman, tenteram dan bahagia rumahtangga kan. Kenapa dia orang bertemu dengan pasangan yang tak baik?
Dalam kehidupan ni, kita merancang, Allah juga merancang. Kita mengatur, Allah juga mengatur, cumanya, Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Bila Dia rancang dan takdirkan pertemuan yang sebegitu, maka pasti ada hikmah di sebalik setiap perancangan dan aturan itu.
Hidup dan tinggal sebumbung dengan pasangan yang tak baik, yang selalu menguji pasangannya yang baik maka apa yang perlu kita buat? Ujian untuk kita, ini sebenarnya satu cabaran untuk kita jadi lebih baik lagi.
Kita kena mempertingkatkan dan menggandakan usaha kita untuk menjadi lebih baik supaya pasangan kita akan jadi baik.
Jangan rasa kita tu cukup baik hanya sebab kita tak menyakiti hati dia, tak buat sesuatu yang menjejaskan dan merosakkan hubungan, selalu tunai tanggungjawab dan kewajipan, maka kita adalah seorang yang dah cukup baik.
Masih ada ruang untuk ditambah baik lagi dalam diri kita untuk mengubah keadaan sekeliling akan apa yang sedang kita lalui dan alami dengan pasangan kita tu.
Allah uji sebab sayang, Allah uji sebab nak naikkan darjat kita, Allah uji sebab nak kita kuat, Allah uji sebab nak jadikan kita ni orang beriman dan bertaqwa.
Kekal atau tidak hubungan dengan pasangan yang tidak baik itu, kita berjaya atau tidak mengubah dia menjadi baik, itu wallahualam, hanya Allah yang tahu pengakhirannya. Yang pastinya, diri kita dah tak di level yang lama, kita dah berjaya naik 1 level lain asbab ujian Allah SWT ke atas diri kita dengan mempertemukan kita dengan pasangan yang macam tu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!