Kegatalan Kulit Melampau Lepas Bersalin Memang Tak Selesa! Bidan Kongsi Cara Legakan Kegatalan

Share

Makin kerap pula kes-kes sakit kulit berlaku kepada ibu selepas bersalin. Kebiasaannya ibu akan mula mengalami masalah kegatalan melampau diikuti dengan timbulnya bintik-bintik merah yang gatal di kawasan badan, leher, pelipat-pelipat lengan dan kaki.

Dari sudut perubatan moden ia digelar postpartum hives di mana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon ibu selepas bersalin.

Manakala dari sudut perbidanan Melayu pula ianya digelar meroyan kulit yang disebabkan oleh ketidaklawasan darah kotor selepas bersalin (darah nifas) yang meracun sistem dalaman tubuh ibu.

Untuk ibu-ibu yang sedang mengalami masalah kulit sebegini, apa kata cuba petua bidan-bidan lama ni untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami.

MANDI AIR REBUSAN HERBA KHAS

– Bahan-bahan air rebusan terdiri dari daun mambu, kunyit, inai dan sireh. Rebus dan
bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan sejuk suhu bilik. Satu lagi suam panas.
Yang sejuk dipupur basuh kulit kepala muka dan leher. Yang suam dimandikan dari bahu
sampai kaki.

PUPUR BEDAK BERUBAT

– Blender kunyit hidup bersama-sama daun mambu. Dicampur dengan bedak sejuk. Dan
diratakan seperti bedak sejuk ke seluruh tubuh setiap hari selepas mandi.

PANTANG LARANG

– JANGAN guna lulur
– TAK PERLU berbengkung jika tak selesa
– Makan hanya sayur ulam. Ulam yang boleh dalam pantang ialah ulam raja, pegaga,
tenggek burung, daun selum, pucuk mengkudu dan cekur.
– Untuk ikan pula, pilih SEJENIS sahaja jenis ikan untuk dimakana dalam pantang samada
merah, jenahak atau selar
– Boleh makan DAGING
– ELAKKAN benda berperam seperti kicap dan bahan perasa
– Masak makanan cara rebus dan stim sahaja.
– ELAKKAN masak secara tumis dan bergoreng.

Semoga petua-petua bidan lama ini dapat membantu melegakan kegatalan ibu selepas bersalin.

Selamat berpantang!

Credit:
Datin Sh Anisah Barakbah, penulis Ensiklopedia Perbidanan Melayu

 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN