Kek Batik Horlicks Sedap. Tak Muak, Anak Pun Suka!

Share

Biasanya kek batik kebanyakan resipi menggunakan bahan asas coklat. Tapi kali ini anda boleh cuba buat pula kek batik horlicks. Bagi anda yang tak biasa buat kek pun boleh buat sendiri dan mesti jadi.

Tak perlu nak guna mixer atau bakar pun, cuma gaul sebati dah siap. Ini resipi yang dah viral di page Food Viral dan tak rugi anda cuba.

Bahan-bahannya:

250g butter
1/2 cwn susu pekat
200g Horlicks
1 biji telur
Sedikit pewarna putih
250g biskut Marie

ARTIKEL RESIPI [Kek Marble Moist Paling Senang, Sedap & Gebu, Guna Sukatan Cawan!]

Cara-cara

Guna api paling kecil, cairkan butter,dan tambah susu pekat.

Masukan Horlicks sedikit demi sedikit dan pewarna putih, gaul sebati.

Tambah telur yg telah dipukul, gaul laju. Tutup api.

Akhir sekali masukkan biskut marie yang dipatah-patah kecil.

Masukan adunan dalam loyang atau bekas, tekan-tekan hingga padat dan rata. Sejukkan semalaman sebelum dipotong.

ARTIKEL WAJIB CUBA [Popia Sira Sambal Pedas-Pedas Manis. Dijamin Kekal Ranggup & Tak Lembik Kulitnya]

Sumber: Food Viral

IKLAN