Sementara anak-anak masih belum sekolah, mama dah jenuh fikir menu. Bukan apa anak-anak celik mata mesti minta nak makan. Kalau asyik beli je terasa jugalah.
Mana yang ada masa untuk masak, sebaiknya masak je sendiri di rumah. Jimat pun jimat dan yang penting kebersihan makanan tu mama tahu sebelum nak berikan ahli keluarga makan.
Ok untuk mama yang sesekali buntu nak buat apa lagi hidangan untuk anak, boleh cuba buat Kek Butter Choc Rice.
Resipi dari Himawari Chan ini sangat mudah dan tak perlukan langkah demi langkah yang susah. Apa yang penting, kek ini confirm jadi dan anak mesti berebut makan. Boleh lah buat minum petang atau kudapan sambil tengok TV.
Nak tarik perhatian anak makan sebenarnya tak sesusah mana. Letak saja makanan berwarna, anak mulalah buka mata. Pun begitu ibu kenalah lebih bijak, elakkan makanan yang diletakkan pewarna di dalamnya. Bahaya dan tak berapa baik untuk kesihatan anak kecil kita.
Banyak lagi cara nak meriahkan makanan anak kita dengan warna. Salah satunya adalah keledek berwarna ungu yang warnanya memang super awesome. Anak tengok saja terus mintak. Tak payah ibu nak paksa-paksa makan. Tak gitu?
Resipi yang dikongsikan oleh Mishalie Daniel ini memang unik. Bukan hanya menang pada warnanya yang cantik, bahkan resipinya pun awesome bila mana diletakkan keju di dalam bebola keledek. Alahai sedapnya rasa, lemak-lemak manis.
Double Potato Cheezy For Cik Ruby??. Makan petang merangkap dinner sekali. Dia tak suka kalau hanya kentang je, so mami combine dengan keledek maka berselera lah dia makan tanpa pengetahuan bahawa dia telah termakan kentang sekali.
Habis lah juga 3 biji. So 3 biji lagi telah selamat masuk ke mulut mami juga. Mami sertakan resepi sekali sebab sangatlah mudah untuk disediakan.
Bahan 2 biji kentang ( size kecil ) 1 biji keledek Stick cheese beqa ( potong dadu )
Cara Nak Masak: 1. Rebus/steam kedua-dua kentang sehingga empuk. 2. Dah empuk angkat dan toskan air. Bahagikan kepada 2 bahagian. 3. Lenyekkan kentang dan keledek dan bulat-bulatkan menjadi bebola seperti gambar di bawah.
4. Gabungkan 1 biji kentang dengan 1 biji keledek menjadi satu dan leperkan. 5. Sumbat cheese yang telah di potong dadu dan bulatkan kembali menjadi bebola. 6. Bakar pada suhu 160c selama 2-5minit atau sehingga cheese mencair. 7. Siap.
Nampak macam senang nak buatnya. Jom cuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika teringinkan daging harimau menangis ala Thai tetapi tiada bahan, apa kata kita gunakan bahan sedia ada yang lebih simple iaitu menggunakan kepingan daging burger sahaja. Macam mana?
Resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini anda boleh cuba. Nampak sedap dan paling penting senang. Tak gitu!
Tempoh hari, teringin nak makan daging bakar ala Thai, tapi malas keluar rumah. Jadi kita buat sahajalah dengan apa yang ada dalam peti ais. Bolehlah jika sekadar nak lepaskan ngidam. Haha!
Daging Burger Bakar ala Thai by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (2-3 orang makan)
3 keping patti burger
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula nipah / Melaka
1 ikat daun ketumbar
1 sudu besar beras sangai
2-3 ulas bawang merah ros
1 biji limau nipis
1 sudu besar empingan cili
Sos pencicah daging bakar ni sebenarnya yang bikin kecur. Sediakan bahan-bahan. Beras disangai (goreng tanpa minyak) sehingga perang. Bahan-bahan lain dihiris halus.
Tumbuk beras sangai dalam lesung batu. Lepas tu, masukkan bahan-bahan ni. Masukkan sekali sos ikan, dan sos tiram. Perahkan limau nipis. Gaul hingga sebati. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air.
Rasa sos ni. Perasakan ikut citarasa masing-masing. Kalau kurang manis, tambah gula atau madu. Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang masam, perah lagi limau nipis.
Ini hasilnya! Masam, masin, manis, pedas! Tengok pun dah terliur, kan? Terus jadi lapar.
Oleh kerana tak ada daging segar dalam peti ais, saya guna sayalah patti burger. Kalian boleh gunakan apa sahaja jenama yang kalian suka. Saya guna Dara. Boleh perap dengan sos tiram sekejap.
Walaupun nama dia daging bakar, terpulang kalian bagaimana nak masak patti burger ni. Goreng boleh. Bakar boleh. Panggang boleh.
Bila dah masak patti tu, hiris nipis dan hidang dengan sos tadi!
Makan begini sahaja pun jadi! Makan dengan nasi putih pun OK. Tidaklah asyik makan daging burger dengan sos cili sahaja, kan?
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung minggu yang panjang perlu diisi dengan pelbagai aktiviti. Bila beraktiviti, makanan perlu ada untuk meredakan perut yang kelaparan. Sajian minum petang dihujung minggu tak perlulah terlalu berat, cukup yang mudah tapi anak suka.
Salah satu resipi yang cukup digemari anak-anak kita adalah Cucur Labu. Rasanya yang manis, lembut dan gebu buat anak senang nak jamah. Lagi-lagi kalau ketika panas. Bukan anak sahaja, mak ayah pun suka. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah ini.
Biasa beli labu. Lepas tu bakinya tak tahu nak masak apa. Di hari yang indah ini. Izinkan Kak Mai share satu resepi mudah dan simpel.
Sesuai dijadikan kudapan anak-anak dan seisi keluarga. Hanya guna 3 bahan utama untuk hasilkan cucur labu gluten free.
Labu seperti yang kita tahu. Sangat kaya dengan khasiat semulajadinya. Tinggi kandungan serat, zat besi, kalsium, ada vitamin A dan C. Boleh dikatakan kawan baik kepada usus kita. Bantu sistem penghadaman berjalan dengan sempurna.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkan Cucur Labu Gluten Free.
Labu (suku sahaja dari saiz asal) 1 1/2 cawan Tepung beras (nak guna jenama apa terpulang. Yang penting halal) Sedikit garam *Anak usia 2 tahun ke bawah, jangan letak garam.
Ayuh kita ke dapur.
Labu dibuang kulitnya. Kukus atau rebus dahulu. Kalau nak rebus air jangan terlampau banyak. Hanya separuh dari jumlah asal labu. Dah empuk direbus. Tapis seperti gambar. Air letak dulu ketepi. Andai perlu guna. Kita guna. Tapi Kak Mai tak guna pun sebab labu tu dah sediakala berair.
Lenyekkan semua labu yang ada. Lenyek dengan penuh kasih sayang. Bacakan doa agar ahli keluarga yang makan. Terima khasiat dari labu tadi.
Masukkan tepung beras. Guna saja cap apa yang kau orang suka. Sukatan 1 hingga 2 cawan. Masukkan sedikit demi sedikit. Agak dah kental bancuhan. Tak perlu letak dah tepung. Bancuhan memang agak lembik. Tak perlu banyak sangat tepung. Nanti time goreng elok saja.
Garam letak ikut selera masing-masing. Ingat ya anak-anak umur bawah 2 TAHUN DILARANG LETAK GARAM ATAU GULA kat dalam masakkan mereka.
Sudah tiba masa untuk menggoreng. Kak Mai suka goreng dalam periuk begitu. Sebab nanti bila dah masak. Mereka akan timbul beramai-ramai. Mudah bukan? Abaikan wajah periuk mahal yang ‘cantik’ sangat itu.
Tadaaaa. Sedap tau wak. Rasa manis berlemak dari labu. Wuhuuu. Nah close up bahagian dalam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.