Resipi sedap dan mudah untuk kek coklat moist. Teksturnya yang lembap memang sekali makan tak puas. Seisi keluarga pun akan suka kalau anda buat ni.
Nak lagi sedap letak toping yang leleh lagi anak-anak suka. Yang penting caranya buatnya mudah. Anda yang tak biasa buat pun mesti akan jadi kalau buat.
Jom tengok perkongsian resipi kek coklat moist dari Nurul Syafirah.
Kek coklat moist leleh
Bahan A :
1 cwn serbuk koko (guna yang dark lagi sedap)
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
**masak atas api perlahan, kacau hingga tak berketul..
Bahan B :
1 1/4 cwn tepung gandum
1sk soda
1sk baking
*ayak bahan di ats..
3 biji telur gred A
1sk esen vanila
Ads
Cara-cara :
1) Masukkan telur sebiji2 ke dlm bahan A.. setiap kali msukkan telur mix 1 minit..
2) Masukkan esen vanila..
3) Masukkan bahan2 yg diayak dan mix sebati..
4) Sapu minyak pada loyang size 8.. mmg sje guna loyang besar nk bg kek nipis lapik baking paper tuangkan adunan..
5) Kukus 50 minit atau hingga masak, api sederhana ye…
Bila disua makanan pada anak, lalu di tolak. Mulut tertutup kemas walaupun di paksa. Tentu mama ayah pernah alami situasi di mana anak menolak makanan dan hanya inginkan susu serta makanan ringan. Pening bila berada dalam situasi ini kan?
SUSU SEBABKAN ANAK KURANG MAKAN?
Hai mommy daddy! Mesti ramai yang susah hati bila anak kesayangan anda kurang makan kan? Dah masak macam-macam makanan tapi anak tetap tak nak makan. Tapi kalau bagi dia susu, boleh pulak anak minum berbotol-botol! Ada yang terfikir tak sama ada pengambilan susu ni boleh jadi salah satu sebab anak kurang makan?
Susu mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, makanan utama mereka adalah daripada susu. Ini kerana badan mereka masih belum dapat menghadam makanan dengan baik selain dari susu. Untuk usia 6 bulan hingga 2 tahun pula, makanan utamanya adalah daripada susu dan makanan lain.
Manakala, bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun keatas, susu bukan lagi merupakan makanan utama untuk anak. Tubuh badan anak semakin membesar, dengan minum susu sahaja tidak mampu untuk menampung keperluan tubuh mereka. Tak salah sekiranya anda nak bagi anak minum susu pada usia ini, tetapi kuantiti yang diberikan itu hanya sekadar untuk mengalas perut.
Saya pernah jumpa kanak-kanak berumur 4 tahun di pusat terapi kami yang mempunyai berat badan berlebihan dan hanya minum susu formula, makan biskut dan nugget. Makanan lain memang anaknya tak nak makan. Daripada informasi yang diberikan oleh ibunya semasa sesi diskusi, ibubapa kanak-kanak ini perlu sediakan sebanyak 15kg susu sebulan untuk anaknya! Anda terkejut?
Saya pasti ibubapa yang menghadapi masalah yang sama telah lalui perkara ini. Jadi, selepas sesi perbincangan dalam memahami masalah yang dihadapi kanak-kanak ini, antara nasihat yang saya berikan padanya selain daripada kanak-kanak ini perlu melakukan aktiviti-aktiviti terapi yang dicadangkan oleh terapis kami adalah:
a) Kurangkan pemberian susu pada anak sedikit demi sedikit / separuh daripada jumlah yang biasanya diambil. Jangan terus bertindak drastik.
Contohnya: Sebelum ini anda beri anak 6 BOTOL susu sehari, sekarang anda cuba kurangkan kepada 5 BOTOL dahulu ataupun jika sebelum ini anda sediakan susu SATU BOTOL PENUH, sekarang cuba SEPARUHKAN kuantitinya.
b) Beri anak susu 1 jam – 2 jam sebelum makan.
Kenapa perlu bagi macam ni? Sebabnya, kita tak nak anak terlalu kenyang dengan susu apabila tiba waktu makan. Kita tak mahu perut anak penuh dengan susu sahaja. Kalau perut dah penuh dengan susu dan buat anak rasa kenyang, macam mana dia nak makan lagi? Kita yang dewasa ni pun tak lalu nak makan kalau perut dah kenyang. Oleh itu, anda cuba jarakkan dulu pengambilan susu untuk anak dengan waktu makan.
c) Tetapkan waktu makan untuk anak.
Apa kesan bila kita tetapkan waktu makan anak ni? Ianya dapat membantu memastikan tubuh badan dan minda anak bersedia untuk menerima makanan pada waktu tersebut dan dapat mengelakkan anak daripada menjadi terlalu lapar sehingga mereka akan minta ibubapa untuk buatkan susu.
d) Tukarkan pada susu fresh/ full cream/ low fat milk
Anda boleh cuba gantikan dengan susu-susu ini. Tapi jangan tukar secara mendadak tau. Full cream milk mempunyai tinggi kandungan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Anda boleh bagi pada anak yang usia atas 1 tahun. Untuk fresh milk pun sama, anda boleh bagi pada anak yang berusia 1 tahun ke atas sahaja. Bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas yang mempunyai berat badan yang berlebihan ni dicadangkan untuk beralih kepada susu rendah lemak sebab kita tak nak pertambahan kalorinya semakin banyak disebabkan dapat dari susu tu.
Alhamdulillah, setelah mengikuti nasihat-nasihat yang diberikan padanya serta melakukan aktiviti-aktiviti terapi yang dicadangakan oleh terapis kami di sini, kanak-kanak tersebut dah mampu kurangkan pengambilan susu dan yang paling penting adalah kanak-kanak ini dah mula nak makan makanan lain selain daripada susu, biskut & nugget.
Jadi nasihat saya pada ibubapa diluar sana, JANGAN BERTINDAK DRASTIK! Terus tak nak bagi anak susu. Nanti anak tak dapat terima tindakan anda ni dan mula menangis, menjerit-jerit, membaling barang kerana dia mahu anda beri apa yang dia nak. Ibubapa pula yang akan stress dengan perangai anak ni dan akan mula putus asa. Anda perlu ingat, nak ubah sesuatu perkara yang dah lama menjadi kebiasaan ni akan mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Jadi jangan putus asa! Kalau ANDA TAK CUBA, memang TAK AKAN ADA HASIL. Tapi kalau ANDA CUBA, PELUANG UNTUK BERJAYA TU SENTIASA ADA!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu dengan bayi usia 8 bulan pasti ternanti-nantikan perkembangan bayi. Oleh itu, untuk pastikan bayi sihat, ibu tentu mahu bereksperimentasi dengan jenis, tekstur dan juga bentuk makanan baru untuk anak.
Jika anda ingin mendapatkan idea baru untuk makanan bayi, cuba baca artikel ini. Kami pasti ia dapat membantu anda dalam menyediakan makanan yang berkhasiat untuk si manja!
Melihat anak membesar merupakan satu perkara yang amat mengujakan buat ibu dan bapa.
Ketika anak menginjak ke umur 8 bulan, anak anda mungkin sedang cuba untuk buat semua benda dengan kaki dan tangan kecil milik mereka.
Bayi yang berumur 8 bulan mempunyai rasa ingin tahu yang menebal. Mereka akan mula mengembara sekeliling rumah kerana sudah lebih peka dengan keadaan persekitaran mereka.
Mereka juga sudah pandai melakukan pincer grasp – satu gerakan di mana anak anda akan menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari sebagai ‘penyepit’ untuk mengambil makanan.
Berdasarkan kesemua perkembangan ini, anak anda kini sudah bersedia untuk makanan pejal!
Kajian juga ada menyatakan bahawa bayi yang mula makan makanan pejal semenjak berusia 6 bulan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat alergi ataupun asma.
Namun, sebagai ibu, anda perlu tahu bila anak anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal.
Cuba periksa, adakah anak anda sudah boleh:
Jika anak anda boleh melakukan semua di atas, anda sudah boleh beri bayi makan makanan pejal dengan selamat.
Pada usia ini, anak anda akan perlukan sebanyak 750 ke 900 kalori sehari. Namun, 400 hingga 500 kalori akan datang daripada susu ibu (lebih kurang 720 ml sehari).
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda kenalkan makanan yang sihat kepada anak anda.
Anda boleh beri mereka makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk membantu anak membesar dengan lebih sihat.
Selain itu, anda perlu ingat bahawa makanan bayi 8 bulan tidak perlu lumat atau hancur seperti makanan separa pejal sebelum ini.
Cuba rancang menu untuk anak anda menggunakan makanan berikut:
Buah-buahan segar mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak.
Namun, daripada melenyek buah-buahan hingga hancur, cuba potong dalam bentuk kiub dan masak untuk lembutkan buah tersebut.
Sama seperti buah-buahan, sayur-sayuran juga boleh diberikan kepada bayi dalam kepingan kecil.
Jika anda ingin lembutkan lagi sayur tersebut, anda boleh cuba stim sayur sebelum beri kepada bayi.
Ikan seperti ikan salmon dan tuna kaya dengan asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi.
Pasti anak anda akan rasa gembira setelah diperkenalkan dengan produk tenusu seperti keju dan yogurt.
Kedua-dua makanan ini mempunyai kalsium yang tinggi yang boleh membantu tumbesaran bayi.
Anda juga boleh beri anak anda makan makanan kaya dengan protein seperti ayam, ikan, telur, dan kekacang.
Masak dan buat puri atau potong kepada bahagian lebih kecil untuk mudahkan anak makan.
Finger food ialah makanan yang anda boleh makan tanpa menggunakan pisau, garpu, ataupun sudu. Selalunya, finger food boleh dimakan terus dengan tangan.
Disebabkan bayi sudah mula melakukan pincer grasp, cuba beri mereka makan finger food untuk merangsang fungsi motor mereka.
Antara makanan yang sesuai termasuklah pisang, roti bakar, pasta dan bijirin.
Selain itu, elakkan beri bayi makanan yang boleh meyebabkan bayi tercekik seperti hot dog, lobak merah yang tidak dimasak, buah anggur, blueberry atau kismis.
Walau bagaimanapun, ingat ya. Jangan sesekali tinggalkan anak seorang diri ketika makan walaupun anda pasti makanan telahpun dipotong sampai halus.
Buat masa ini, elakkan daripada tambah garam atau gula dalam makanan bayi. Garam dan gula boleh buatkan buah pinggang bayi stres.
Bayi lebih mudah untuk menyesuaikan diri kepada makanan pejal jika anda tidak memberikan makanan yang hancur kepada si manja.
Berikan sedikit tekstur pada makanan dan tinggalkan cebisan-cebisan yang sedikit besar untuk bayi.
Bayi banyak bergantung kepada susu ibu ketika umur mereka bawah 1 tahun. Oleh itu, jangan lupa beri bayi minum susu ibu untuk cukupkan kalori seharian mereka.
Susu lembu tidak mempunyai nutrisi yang sesuai untuk bayi bawah 1 tahun. Jika anda mahu beri anak anda minum susu lembu, tunggu sehingga mereka berumur 1 tahun ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada waktunya anak mula bosan dengan menu yang sama setiap hari. Berkreatif dengan resipi antara yang patut mama lakukan untuk memberikan lebih ‘rasa’ pada bubur nasi anak.
Resipi Ikan Singgang yang cukup popular pada kita boleh juga disediakan pada si comel kesayangan kita. Pilihlah ikan yang segar dan campurkan sedikit sayur-sayuran untuk lebih khasiat. Kemudian kisarlah bersama nasi atau boleh juga disajikan bersama nasi sahaja. Insyaallah anak makan bertambah. Jom cuba resipi ringkas dari Puan Ana Maria ni.
Hari ni Iris lunch ikan masak singgang. Umi reneh api slow je bagi keluar semua perisa ikan dan rencah-rencah. Umi tak buat bubur hari ni. Umi campur dengan nasi panas lepas tu blend kasar ja.
Bahan-bahan:
1 senduk beras
1 ketul ikan tongkol
Serai
Halia
Bawang merah dan bawang putih
Tomato
Sayur pak choy
Hiris bebawangs dan halia. Serai dititik. Asam keping tak payah letak, Umi dah keluarkan. Umi terlupa dah ada tomato.
Reneh api slow. Dah agak masak masukkan sayur pak choy.
Siap. Boleh la blend dengan nasi atau makan dengan bubur lembik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!