Perasan atau tidak, peria goreng di restoran mamak sangatlah crispy. Peria goreng antara menu yang sering menjadi pilihan setiap kali makan nasi kandar di restoran mamak. Ibarat kata, tak lengkap tanpanya.
Peria crispy memang enak dinikmati bersama nasi dan kari. Rupanya mudah sahaja nak masak peria goreng crispy ini. Bahan-bahannya pun tidak banyak. Paling best, peria ini kekal rangup sampai ke malam.
Peria Goreng Crispy Ala Kedai Mamak
RESIPI PERIA GORENG CRISPY
Bahan-bahan:
Peria katak
Garam
Air
1½ sudu teh serbuk kunyit
1½ sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1½ sudu makan jintan manis
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
Rangup ‘Krup Krap’ Bila Makan
Cara memasak:
1. Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.
2. Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
5. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
6. Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
8. Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA: Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peria yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.
Kredit resipi & foto: Sheena Supramaniam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI