Salah satu makanan kegemaran anak-anak adalah donut. Tambah pula kalau dapat makan yang lembut dan sedap rasanya. Pendek kata tak cukup satu kalau anak makan.

Perkongsian resepi donut daripada Puan Asma Mohamed  senang je mama nak buat untuk anak-anak. Guna sukatan cawan sahaja, lembut dan enak untuk dijadikan sarapan atau bekal anak-anak ke sekolah.

Buat banyak-banyak jadikan stok untuk simpan sebagai frozen food. Boleh dinikmati bila-bila masa yang anak-anak mahu.

Resepi Donut Kegemaran Anak-anak. Sedap & Mudah Nak Buat, Guna Sukatan Cawan Je, Rasa Memang Awesome!

Selamat mencuba!

DONUT KAMPUNG-Sukatan Cawan

Bahan-bahannya:

2 cawan Tepung Gandum
3/4 sudu teh Yis
3/4 cawan Air Suam kuku
Tambahan 2 sudu besar lagi air jika perlu**

1 sudu besar Gula Pasir
1/2 sudu teh Baking Powder
1 sudu besar Marjerin
1/4 sudut teh Garam

Salutan : Gula Kastor/Gula Halus

IKLAN

Resepi Donut Kegemaran Anak-anak. Sedap & Mudah Nak Buat, Guna Sukatan Cawan Je, Rasa Memang Awesome!

Cara penyediannya :

  1. Masukkan gandum dan semua bahan di atas KECUALI yis & air ke dalam mangkuk . Gaul hingga rata .

2. Kemudian masukkan Yis & juga Air (Jika adunan masih keras boleh tambah lagi dalam 2 sudu besar Air). Gaul sebati dan uli sehingga licin lebih kurang 10 hingga 20 minit

3. Kemudian bahagikan kepada 8 biji bebola kecil dan bulatkan . Letak atas dulang yang ditabur sedikit gandum .Kemudian tutup selama 10 minit

Resepi Donut Kegemaran Anak-anak. Sedap & Mudah Nak Buat, Guna Sukatan Cawan Je, Rasa Memang Awesome!

Resepi Donut Kegemaran Anak-anak. Sedap & Mudah Nak Buat, Guna Sukatan Cawan Je, Rasa Memang Awesome!

IKLAN

4. Setelah itu tekan sedikit dibahagian tengahnya dan tutup semula . Tutup selama 15 minit

5. Kemudian bolehlah dibuat lubang . Peram lagi sehingga ia naik 2 kali ganda (Kurang lebih 25-30 minit)

6. Panaskan minyak dan goreng guna api sederhana dengan sekali balik sahaja

7. Sesudah masak angkat dan toskan minyaknya

8. Kemudian bolehlah disalut dengan gula kastor/gula halus ketika ia masih suam

IKLAN

Resepi Donut Kegemaran Anak-anak. Sedap & Mudah Nak Buat, Guna Sukatan Cawan Je, Rasa Memang Awesome!

Resepi Donut Kegemaran Anak-anak. Sedap & Mudah Nak Buat, Guna Sukatan Cawan Je, Rasa Memang Awesome!

Tips :

Angkat donut menggunakan spatula plastik ATAU scraper plastik yang disapukan dengan sedikit tepung ketika hendak menggoreng .

Dengan cara di atas ia akan mengelakkan donut anda daripada menjadi kempis disebabkan oleh tekanan daripada jari anda.

Kredit: Asma Mohamed

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Resepi Donut Kegemaran Anak-anak. Sedap & Mudah Nak Buat, Guna Sukatan Cawan Je, Rasa Memang Awesome!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI