Seronoknya kalau ada hubungan baik dengan jiran. Kita boleh duduk bersembang dan bertukar-tukar juadah. Rasa syok kalau dapat jiran yang sekepala dan sentiasa berbaik dengan kita.
Seperti mana kita mengharapkan jiran yang baik, kita juga perlulah bertoleransi dan sentiasa menjaga hati mereka. Bila saling memahami dan menjaga antara satu sama lain, barulah kehidupan berjiran terasa harmoni.
Melalui perkongsian di akaun TikTok eynabihah, dia berkongsi gelagat anaknya yang begitu seronok menerima kek dari jiran mereka. Di dalam video tersebut, dia menegur anaknya yang memegang sebuah plastik berisi kek pemberian jirannya.
Selepas disoal siasat oleh ibunya, kanak-kanak lelaki itu terus keluar rumah dan memanggil jiran yang dikenali sebagai ‘Uncle’ itu. Tak lama selepas itu, ‘Uncle’ datang sambil membawa lolipop untuk diberikan kepadanya.
Alahai, memang comel sungguh adik ni. Beruntung mereka mempunyai jiran yang baik. Biarpun berlainan bangsa, tetapi hubungan keluarga mereka sangat baik anatara satu sama lain.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak yang berbakat, Shukri Yahaya? Dikurniakan dua orang anak yang comel, figura ini dilihat sangat menyayangi keluarganya. Anak sulungnya, Aira Ameena juga rapat dengan Shukri.
Terbaharu, melalui sebuah perkongsian di laman Instagram menunjukkan bapa mithali ini mnegusik anak perempuannya itu. Dalam video tersebut, salah seorang ahli keluarga Shukri bertanya adakah Ameena berpuasa atau tidak.
Yang lucunya adalah reaksi dari Shukri. Dia telah menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas buat anak sulungnya itu. Mendengarkan lirik lagu yang ditukar, Ameena juga nampak seperti malu-malu.
Video yang mendapat tontonan sehingga hampir 64,000 ini ternyata mengusik hati warga maya. Ada juga yang meninggalkan komen mengatakan Shukri seorang yang nakal kerana mengusik anaknya begitu.
Anak Shukri masih kecil lagi. Mungkin setahun dua lagi bolehlah latih untuk mula berpuasa. Shukri pun saja-saja mengusik, lagu yang dinyanyikan juga sekadar hiburan untuk ahli keluarganya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang jemaah haji lelaki mencuri perhatian ramai apabila membawa pulang 15 patung anak unta dari Makkah sebagai cenderahati untuk cucu-cucunya. Kisah menyentuh hati ini bukan sahaja mempamerkan kasih sayang seorang datuk dan ayah, malah turut menyerlahkan sifat pemurah yang menjadi teladan dalam masyarakat.
Anaknya, Muhammad Shyrull Affendy Yacob, 32, memaklumkan bahawa ayahnya yang juga seorang usahawan katering di Melaka sangat dikenali dengan sikap pemurah, suka bersedekah, dan tidak pernah berkira dengan sesiapa, apatah lagi anak serta cucu.
“Ayah memang terkenal dengan sikap suka bersedekah kepada pelanggan dalam perniagaan, jadi tidak hairan kalau layanan terhadap cucu-cucu jauh lebih mesra dan bermakna,” ujar Shyrull.
Sambutan Penuh Emosi dan Kegembiraan
Shyrull turut berkongsi bagaimana anak-anak kecil begitu teruja menyambut kepulangan datuk mereka di lapangan terbang. Menurutnya, cucu-cucu melompat kegembiraan apabila melihat kelibat datuk yang sudah lama tidak mereka temui.
“Suasana mulanya agak sebak kerana sudah lama tidak bersua muka, tetapi terus berubah ceria apabila ayah keluar dari balai ketibaan dengan membawa unta mainan,” katanya.
Kejutan berupa 15 patung anak unta pelbagai warna yang digantung pada tali dan disandang di bahu menjadikan kepulangannya luar biasa istimewa.
Lebih Dari Sekadar Cenderamata
Selain anak unta mainan, datuk penyayang ini turut membawakan pelbagai cenderamata lain seperti coklat, kurma dan tasbih. Tidak seorang pun cucunya ketinggalan menerima buah tangan. Momen menyentuh hati ini dilengkapkan lagi dengan pelukan penuh rindu antara datuk dan cucu-cucunya.
“Cucu-cucu memang sangat rapat dengan ayah dan sebelum ketibaan pun mereka sudah tidak sabar menanti,” tambah Shyrull.
Nilai Murni Sejak Kecil
Menurut Shyrull, sikap mulia ayahnya bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak kecil, ayahnya sudah menanamkan nilai-nilai murni seperti pemurah, kesederhanaan dan pentingnya membantu sesama insan.
“Sebab itu hubungan kami sangat rapat. Ayah sentiasa mengutamakan keluarga dan sifat kasih sayangnya tak pernah berubah,” katanya.
View on Threads
Sumber:- Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Insiden yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, Sabah yang meninggal dunia baru-baru ini dikatakan dibuli di sekolahnya membuatkan ramai ibu ayah mula goyah.
Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, beliau mendakwa ramai ibu bapa di Sabah kini semakin gusar dan fobia untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama susulan insiden berkenaan.
Ramai gusar hantar anak sekolah asrama
Datuk Seri Bung Moktar yang membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Rakyat semalam, berkata kes-kes seperti itu membangkitkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa sehingga ada yang enggan lagi menghantar anak ke sekolah berasrama.
“Di Sabah, banyak ibu bapa sudah fobia mahu menghantar anak-anak ke sekolah berasrama ini, sebab mereka kata kami hantar anak kami untuk dibunuh.
“Mereka (pelajar) datang (ke sekolah) untuk mendapatkan ilmu pengajaran, tetapi anak mereka dibunuh, anak mereka dibuat macam-macam… ini tidak betul,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan baharu dalam menangani isu buli terutamanya di sekolah asrama, tanpa mengira jenis institusi sama ada sekolah kebangsaan, vokasional mahupun agama.
Terdahulu, pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira jam 4 pagi dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, pada keesokan harinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.