Kek oren sunquick sebenarnya sudah dibuat oleh kebanyakan mak-mak kita sejak dulu lagi. Kalau yang biasa makan, mesti tahu kesedapan dan kegebuannya. Malah ia tak muak walaupun dimakan banyak kali.
Rasanya yang masam manis dengan bau yang wangi dari air buah oren tu menambahkan lagi rasa sedap kek ini.
Resepi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat ini boleh anda cuba.
Kek yang tak jemu di makan, kek oren. Kat bawah cikza sertakan resepi mana yang ingin mencuba. Cik za halalkan.
Bahan-bahan:
3 biji telur gred A
2 cawan tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan gula pasir
1 biji oren ambil airnya.
3 sudu besar sunquick (campurkan dengan perahan sunkist tadi. Jadikan setengah cawan)
1 cawan minyak
sedikit garam
1 penutup esen vanila
pewarna kuning
Ads
Cara-cara:
Pukul telur dengan gula sampai kembang putih. Masukkan esen vanila, campuran oren sunquick, garam, masukkan minyak.
Pukul sebati, masukkan tepung dan pukul perlahan. Dah sebati tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit planta dan dilapik kertas.
Ads
Bakar dengan suhu 160 selama 1 jam. Api atas bawah. Cikza guna loyang 8×8.
Sebab Cikza gandakan bahan untuk kek yang lebih besar.
Ads
**Untuk mama yang kesuntukan masa pun, elok sangat buat kek ini sebab semua bahan sangat mudah dan tak renyah untuk penyediaannya.
Musim PKP ini ramai yang mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sebagai pendapatan sampingan. Ada juga yang ingin menjadikan perniagaan sebagai pekerjaan tetap.
Bagi anda yang baru terfikir-fikir ingin memulakan perniagaan, anda boleh cuba perniagaan membuat kek. Puan Niza berkongsi tentang pengalamanya dalam dunia perniagaan dan bagaimana dia mencuba-cuba pelbagai resipi kek untuk mendapatkan hasil yang terbaik malah dia ikhlas berkongsi resipi keknya agar ramai lagi yang boleh memulakan perniagaan.
Assalammualaikum.. 7 tahun lepas…ni la jualan pertama saya masa bergiat dalam dunia baking.
Saya cuba macam-macam resepi nak dapat yang terbaik. Tak jadi tu biasa.. cuba dan cuba.
Zaman dulu semua manual resepi.. ramai yang nak niaga musim pkp ni.. kot resepi saya ni boleh digunakan saya alu-alukan dan saya ikhlas
Resepi ni boleh dapat 15 box saiz 4500
Kek sponge
Bahan-bahan:
– 640g tepung sponge vanila (brand dr bwy)
– 8biji telur
– 120g – air
– 2 sudu teh esen vanilla
– 120g – minyak
– Pewarna atau perisa jika perlu
Cara penyediaan:
1. Mix tepung sponge vanila, telur,air,esen sehingga kembang.
2. Masukkan minyak sebatikan
3. Tambah perisa n perasa jika nk buat perisa…
4. Sukat 80gram setiap bks 4500.. bakar 30-40minit mengikut oven masing-masing. Suhu 150 api atas bawah
Adunan cheese leleh:
1kg cream chese – suhu bilik
100gram – susu pekat manis
700g – 800g fresh cream
Cara penyediaan:
1. Putar cream chees3 dan susu sehingga sebati n gebu sikit.
2. Masuk fresh cream sikit demi sikit.. sehingga dpt testur yg dikehendaki. blh adjust dgn fresh cream…
dh sejuk kek.. taruk adunan cheese.. dan letak filing, tabur parutan cheddar… sejuk kan…siap…
Bila dah terlalu banyak makan durian, rasa bosan pula kan? Apa kata anda simpan isi durian dan kemudian boleh dijadikan durian crepe?
Crepe ialah dessert pancake yang sangat nipis, dan diletak pelbagai jenis inti di dalamnya. Kalau nak cuba buat crepe jom ikuti resepi yang dikongsi ini.
Cuma guna tepung gandum je. Hasilnya sama macam yang org jual tu..lembut dan nipis👍
Resepi durian crepe/mille
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Kisar semua bahan lebih kurang 5 minit, tapis dan biarkan kira-kira 15 minit atau sehingga buih2 dah tiada. Panaskan kuali yang tak melekat,sapu minyak masak dengan tisu.
Tuang sesenduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kuali sampai dapat bentuk bulat.. Mesti buat nipis-nipis ye.. Kalau tak nanti tak jadi crepe..jadi lempeng durian.
Api mesti kecik.. Kalau api besar nanti crepe tu akan berlubang-lubang halus. Bahagian atas/yang tak kena api tu akan jadi bahagian kulit luar ye. Crepe ni tak perlu dibalikkan sewaktu masak diatas kuali.
Masak dalam 2 minit da cukup. Api wajib kecik,kalu boleh,masa bancuhan sentuh kuali,bunyi dia slowww je..klu bunyi kuat.. confirm tebal..hihi
Resepi inti:
Gaulkan isi durian dengan susu, tiada sukatan, kalau suka manis boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati-akan jadi macam paste/jem. Pukul krim yang sejuk sampai gebu-kalau krim tak manis, boleh tambah gula icing. Sudukan atas crepe kemudian tambah isi durian. Bungkus macam nak buat popia..
Selalunya orang yang berniaga,dia akan masak durian tu dengan tepung kastard dan susu,ye la sebab durian mahal.. kalau nak letak isi saja,tak dapat untung pulak.. untuk makan sendiri boleh la pakai resepi ni.. memang terasa macam makan buah durian.. sedapppp lagi-lagi kalau sejuk.
Pelakon Adam Corrie Lee memang cukup terkenal dengan lakonan yang mantap dan hebat terutamanya dalam filem aksi. Rupanya selain pandai berlakon, Adam Corrie Lee ini juga hebat di dapur. Resipi Mee Kicap Wantan Sup air tangan ayah kepada Adam Fateh Lee ini pernah mendapat sehingga 100 ribu perkongsian di laman facebook tiga tahun yang lalu.
Menurut Adam Corrie menu tersebut memang tidak asing untuknya yang berbangsa Cina. Malah ketika remaja, Adam Corrie menjual mee kicap untuk menampung hidup.
Kalau rasa teringin dan nak ubah selera bulan-bulan puasa ni, mama-mama bolehlah cuba resipi yang simple dan sedap ni!
“Buat mee kicap wantan. Saya kan Cina… dah tentulah mee kicap wantan ni bukan asing bagi saya. Dulu masa remaja saya jual mee kicap utk menampung hidup,” kongsi Adam Corrie di laman facebooknya tiga tahun lalu.
“Ok sebab ramai yang DM minta saya semula resepi Mee Kicap Wantan.
“saya share semula cara-cara nak masak Mee Kicap Wantan cara Adam Corrie. . Cara saya mungkin tak sama dengan cara & resepi orang lain. Ikut cara dan citarasa masing-masing
“Ini gambar lama pada tahun 2017. Slide gambar untuk dapatkan resepi.
“Senyum selalu, Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang,” antara perkongsian Adam Corrie di Instagramnya.
RESIPI MEE KICAP WANTAN SUP ADAM CORRIE
Bahan Mee Wantan
– mee wantan . Kalau guna mee lain, tak jadilah mee wantan. Rasa tak sama nanti
(leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula.. ulng step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat )
Mee wantan ada jual di supermarket
– minyak bijan
– kicap pekat
– kicap cair (apa2 brand pon ok)
– Sos tiram
– Sayur sawi / siew pak choi
campur semua minyak dan kicap tu dlm pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tak perlu masak.
Tabur bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee
Bahan Kulit Wantan
Kulit Wantan
tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
air panas mendidih..
sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
– satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak
– kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan
– uli hingga sebati kemudian biarkan kejap dlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras
– payah sgt .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3
Bahan Isi/Inti Wantan
Isi / Inti Wantan
Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus)
Daun bawang di ptg halus
Karot di potong halus..
tepung sikit
lada sulah
Garam
Sos tiram
– gaul semua .. nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tp saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah . Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak.
– dah siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.
Bahan Sup
Sup Ringkas Adam Corrie
– Air
– Lada sulah
– Kiub ayam
– Daun ketumbar
– Bawang goreng
– didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dlm sup . Masakkan sekali dgn sup.. dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
“Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya. Saya doakan anda berjaya buat mee wantan ni . Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul.
“Nak yg lebih grand boleh menuntut ilmu pada yg bertauliah atau Google je mcm2 ada..
ikut selera masinh-masing,” ujar Adam Corrie Lee
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.