Juadah kek antara menu yang sering dinantikan oleh anak-anak setiap hujung minggu. Sajian kek enak buat keluarga sudah semestinya disediakan dari air tangan sendiri. Juadah kek apa di hujung minggu ini? Jika masih tercari-cari, Kek Pandan Cheese Leleh ini mama wajib cuba. Sedap yang teramat. Anak pasti berebut-rebut!
Resipi yang dikongsikan oleh Ika Zul ini merupakan resipi turun temurun keluarga. Jadi pastinya cukup istimewa. Paling menarik cheese yang digunakan cukup banyak, jadi rasanya pastinya cukup hebat. Wajib cuba!
Kek Pandan gebu gebas gais. Topping Cheese je dah sekilo lebih. Apa lagi nak? Ni resepi dari mak Ina tau. Saya tiru sebijik-sebijik untuk buat niaga. Siapa nak boleh la guna resepi ni. Tak akan menyesal punya sebab sedap sangat. Laku keras Insya-Allah. Semoga mak Ina diluaskan rezekinya lagi. Aamin Ya Mujib.
KEK PANDAN CHEESE LELEH GEBUS
BAHAN A
220 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
Ayak semua bahan A. Ketepikan.
BAHAN B
5 biji telur gred A
1 sudu makan ovalatte
200 gram gula halus
1 sudu makan coconut pandan emulco
1 sudu makan pewarna hijau epal
Semua bahan B diputar sehingga gebu
Ads
BAHAN C
150 gram minyak
Masukkan bahan A ke dalam adunan B tadi berselang seli dengan bahan C sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam bekas SQ3000.
Kukus 40 minit.
CHEESE TOPPING SEDAP MELELEH
BAHAN
750g cream cheese
500g (1 tin) susu pekat
500 gram (1 cawan) whipping cream dairy
562 gram susu penuh krim dutch lady
Putar semua bahan hingga sebati. Crumble hijau ambik sedikit dari kek yang kita pecah-pecahkan.
Ads
Cucuk kek menggunakan garfu. Kemudian tuang topping cheese ke atas kek.
Kemudian parut keju cheddar. Akhir sekali tabur crumble hijau di tepi kek. Siap.
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Pertama kali dengar nama kuih raya batang baru. Ini kuih batang buruk alaf baru, yang lebih mudah dan menjimatkan masa sebab resipi yang dikongsikan oleh saudari MJ ini menggunakan kulit popia.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
2. Goreng popia yang telah digulung tadi sehingga keperangan. Angkat, tapis minyak dan biarkan sejuk.
3. Dalam Mangkuk yang lain, masukkan 2 cawan tepung peas, 1 cawan susu tepung dan i cawan gula icing.
4. Celup dan salutkan popia tadi ke dalam adunan tepung sehingga rata keseluruhan popia.
Dah siap dah. Mudahkan cara nak buat kuih batang baru ni. Bila dah siap boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupannya. Sedap! Selamat mencuba.
Jangan jadikan tak ada ketuhar atau pengukus, sebagai alasan tak boleh buat kek untuk keluarga. Ada cara lain yang pastinya semua orang boleh buat. Bakar saja kek dalam periuk atas dapur gas. Ini cara orang lama dahulu, kek dibakar atas dapur arang atau sabut. Boleh dibuat, asalkan betul caranya.
Bagi yang nak mencuba cara bakar kek atas dapur gas ni, bolehlah cuba ikut cara yang dikongsikan oleh Nor Elyani Ramli. Resipi dan penggunaan ramuan mungkin sama tapi cara kita masak atas dapur tu yang penting.
Ikuti perkongsian ini.
Menjadi jugak kek marble nya walaupun bakar dalam periuk atas dapur je tak ada oven.. seronok anak2 makan sebab bertahun tak buat kek kat umah sendiri.. kalau raya buat kat kampung rumah nenek dorang je.
1 cawan marjerin (saya guna cap pelangi je)
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanila
5 biji telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah
Pukul gula dengan marjerin sampai kembang, masukkan esen vanila & susu cair. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul sampai sebati. Last masukkan tepung yang dah diayak. Lepas tu bahagikan 3 utk letak pewarna. Dah masukkan loyang, masukkan dlm periuk, tutup dan masak dgn api kecil dalam 45min.
1) Periuk kena tutup masa bakar/masak kek 2) Tak payah letak air, kalau letak air jadi stim/kukus 3) Boleh letak alas / tungku dapur / tudung periuk / pasir @ apa2 petua yang mak2 ajar, tapi saya letak loyang kek direct dalam periuk. 4) Kek saya masak dalam tempoh 45min, kalau kek kawan2 belum masak dlm waktu itu, tambah la masa 5 ke 10min ye. 5) Saya tak panaskan periuk tu sebelum masuk loyang kek, kalau kawan2 nak panaskan dulu, terserah 😁
Semoga dpt membantu 😊
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!