Bukan semua anak-anak senang diajak makan. Ada sesetengah tu, puas ‘bergaduh’ dengan dia, barulah nak makan. Itupun tak banyak. Rungsing dibuatnya apatah lagi jika anak-anak menolak untuk makan nasi.

Untuk menyediakan hidangan nasi yang mampu membuatkan anak-anak tertarik untuk mencubanya, ibu atau ayah harus twist sikit resipi dan pastikan nasi itu dapat disembunyikan. Sebagai contoh, bolehlah anda ikut resipi yang dikongsikan oleh Norzaiha Razali ini:

RESIPI CUCUR NASI SUPER EASY

Hari ni kita cuba resepi org cina plak. Senang tkyah masak lauk.mkn nasi gini jer cukup lengkap dah. Ada telur n sayur dh. Kenyang pun kenyang. Sedap pun sedap. 😆Saya tk tahu nama apa makanan ni.saya nak panggil cucur nasi la blh?Saya tgk org share. Nampak senang saya pun cuba la😁.mmm….sedap weh… Lain kali blh buat lagi. Kalau ada anak yg tk suka mkn nasi tu, blh la cuba resepi ni. Ank pun tk perasan dia mkn nasi. Cara2 u all blh tgk di gambo 👌 😉

Baca Juga:

Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!

Garing Luar, Lembut Di Dalam. Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap, Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven!

IKLAN

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur
2 senduk nasi
1/2 batang lobak merah
Sedikit daun kucai atau daun bawang
1 1/2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam

CARA-CARA:

1. Pecahkan 3 biji telur. Gaul sebati dengan sesudu kecil garam. Kemudian masukkan 2 senduk nasi dan gaul sebati.

Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi. Resipi Cucur Mudah, Sedap Dimakan Panas-Panas!
Sumber foto: Facebook Nurzaiha Razali

2.Letakkan tepung gandum 1 1/2 sudu makan. Kemudian gaul lagi.
3. Masukkan lobak merah cincang bersama daun kucai hiris halus (resipi asal menggunakan daun bawang).

IKLAN
Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi. Resipi Cucur Mudah, Sedap Dimakan Panas-Panas!
Sumber foto: Facebook Nurzaiha Razali

4. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali. Tidak perlu banyak sehingga menenggelamkan cucur tersebut.
5. Letakkan dalam kuali dan bentukkan menjadi bulat leper.

Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi. Resipi Cucur Mudah, Sedap Dimakan Panas-Panas!
Sumber foto: Facebook Nurzaiha Razali

6. Biarkan masak dan dibalik-balikkan sehingga garing.

Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi. Resipi Cucur Mudah, Sedap Dimakan Panas-Panas!
Sumber foto: Facebook Nurzaiha Razali

INILAH HASIL CUCUR NASI SUPER EASY!

*Boleh dimakan begitu sahaja atau kalau suka, cicahlah dengan sos pilihan.

IKLAN
Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi. Resipi Cucur Mudah, Sedap Dimakan Panas-Panas!
Sumber foto: Facebook Nurzaiha Razali

Lepas ni mommies tak perlu risau kalau anak tak mahu makan nasi. Buatkan menu begini, nampak macam snek tapi sebenarnya kaya dengan karbohidrat dan protein. Kalau nak dibekalkan untuk bawa ke taska atau rumah pengasuh pun mudah. Selamat mencuba!

Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi. Resipi Cucur Mudah, Sedap Dimakan Panas-Panas!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI