Kuih ketayap atau dipanggil lempeng gulung oleh sesetengah orang ini rupanya cukup mudah nak disediakan. Hanya blender sahaja kesemua bahan dan mulakan melempeng di atas kuali. Namun intinya haruslah padu. Resipi yang dikongsikan oleh Mizah Ngatiman ini memang terbaik. Intinya penuh, puas hati anak-anak makan.
Untungnya kerana setiap langkah disertakan dengan gambar secara terperinci. Jadi para amatur dapatlah mencuba dengan yakin. Jom cuba!
Sejak PKP ni ada sahaja permintaan anak-anak nak makan itu ini. Kena bijak bajet bahan untuk sekeluarga makan dan bahan paling penting ialah ‘rajin’. Lz kongsikan resipi lempeng gulung. Mudah ja kuih ni, kita tengok step by step di setiap gambar ye.
Bahan-bahan bancuhan tepung: (dapat sehingga 25 biji)
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 + 1/2 cawan air masak
2 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Bahan-bahan inti kelapa manis:
1 biji kelapa parut
2 kerek gula Nise (gula merah pun boleh)
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
Daun pandan disimpul
Ads
Mula mula didihkan air. Masukkan gula nise, gula pasir, daun pandan. Biar gula larut.
Kemudian masukkan kelapa. Gaul rata hingga kering air.
Akhir sekali taburkan sedikit tepung gandum. Tujuan supaya inti melekat satu sama lain. Tutup api.
Sejukkan dahulu.
Ads
Bahan adunan tepung semua blend. Pekat dan cair macam ni ye bila kita angkat adunan tu ia sedikit melekat di senduk. Kalau pekat tambahkan sedikit demi sedikit air.
Panaskan kuali non stick. Kalau kuali biasa sapukan sedikit minyak. Boleh lah mula melenser adunan tepung. Api kecil. Biarkan hingga buih buih tu berhenti terus angkat. Tak perlu diterbalikkan.
Susun macam ni, buat adunan sampai habis.
Ads
Kemudian, boleh lah sudukan sedikit inti macam ni atas lempeng tadi.
Lipat kiri kanan. Mula digulung. Gulung sampai habis.
Agak-agak dah boring tak tahu nak masak apa untuk sarapan, apa kata ibu-ibu cuba resepi roti puri yang sangat mudah ni. Bagi yang belum pernah cuba, mesti cuba sebab roti puri ni memang sedap sangat. Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar.
Roti Puri homemade ni memang sesuai jika dijadikan hidangan sarapan keluarga. Cicah dengan sardin atau lebihan gulai atau kari, memang layan. Nampak susah tapi rupanya sangatlah mudah. Jom lihat resipi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Lubuk Resepi.
RESEPI ROTI PURI
Bahan- bahan:
– 1/2kg tepung gandum + 2 sk baking powder – 1/2 paket yis mauripan (campur dalam air suam) – 3 sudu besar minyak masak – 2 sudu besar gula+ sedikit garam (satukan ngan air suam)
Cara- cara:
1. Masukkan minyak, air gula dan garam tadi dalam tepung. Kacau sampai semua sebati. 2. Ramas- ramas tepung hingga menjadi macam serbuk roti. 3. Kemudian masukkan yis yang telah kembang dalam tepung tadi. 4. Kacau sebati. Tambah air suam secukupnya untuk adunan yang lembut. 5. Uli doh sampai tak melekat dekat tangan. 6. Dah siap masukkan dalam bekas dan tutup dengan tudung atau kain lembab. 1/2 jam adunan akan kembang. 7. Pukul- pukul adunan untuk keluarkan angin. Pastu boleh bulatkan adunan dan bolehlah canaikan nipis. Goreng dalam minyak yang betul- betul panas. 8. Sewaktu menggoreng curahkan minyak panas atas adunan bila dah mengembang balikkan cepat- cepat supaya tak merekah.
Anak–anak ni ada yang susah nak suruh makan nasi. Kalau bagi makanan lain laju je makan. Cuba tengok apa kecenderungan anak kita suka makan. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget.
Jika tengok anak kita jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali cara membuat nuget nasi campur ayam pasti menyelerakan anak anda yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran. Sekali-sekala olah resipi apa salahnya kan?
Bahan-bahannya:
Nasi putih Isi ayam Carrot Lada putih Garam pink himalaya secukup rasa Sedikit bawang putih Sedikit daun sup
Cara buat
Bahan untuk salut
Lepas ni, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.
Menu-menu ringkas selalunya menjadi pilihan kita. Masa yang tidak cukup selepas pulang bekerja membuatkan kita terpaksa mencari menu ringkas untuk sajian keluarga.
Apa kata kali ini kita cuba satu lagi resipi paling ringkas tapi super power untuk anak-anak dan suami. Ikan bilis sahaja tapi dipadankan dengan tempoyak yang buat nasi bakal bertambah-tambah. Nak buat macam mana? Jom cuba resipi padu ini.
Bahan-bahan:
Ikan bilis – goreng garing kemudian ketepikan
Cili api – ditumbuk
Bawang kecil – ditumbuk
Bawang putih – ditumbuk
Petai – dihiris
Bawang besar – dihiris
2-3 sudu besar tempoyak
Asam keping
Sos tiram
Untuk buat sambal tempoyak, cili api dan garam ditumbuk kemudian gaulkan.