Berbanding kek mentega atau kek-kek lain, kek pandan antara kek yang cukup harum baunya. Ketika kek di masak di dalam oven, anak-anak pastinya tak sabar dan menantikan kek yang satu ini. Baunya cukup membuatkan seisi rumah rasa tak senang.

Bagi peminat kek pandan, jangan abaikan kek yang satu ini. Air tangan cikgu masakan yang popupar di internet iaitu Puan Azlina Ina Fans ini tak pernah menghampakan kita. Semuanya sedap-sedap belaka. Jadi bagi peminat kek pandan, anda wajib cuba kek ni!

Musim PKP ni teringin nak kek mudah-mudah, jimat bahan kan. Siapa peminat pandan macam mak. Mak memang suka gila apa-apa yang berkaitan pandan.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!

Resipi wajib cuba: Tak Pandai Buat Kek, Wajib Cuba Burnt Cheese Cake Ni, Confirm Jadi!

Kek Pandan Gebu Mudah

Bahan A:
Marjerin cairkan dan sukat secawan bila suam

Bahan B:
1/4 cawan susu segar + 1 sk cuka + 1/2 sk soda bikarbonat -campurkan
(Kalau korang suka guna daun pandan, susu segar tu blend dengan daun pndan 1 cawan then tapis. Korang boleh ambik 1/4 je selebih nya simpan nak buat kuih-kuih lain nanti senang boleh pakai lagi.)

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!

IKLAN

Bahan C:
Ayak tepung gandum
2 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk cream off tartar (skip kalau tak ada, fungsi dia cuma nak bagi kek lagi ringan, kalau bakar tak ada pun tak apa, kalau kukus je tak ada kek kurang ringan tapi tetap jadi)

Bahan mix:
5 biji telur
1 cawan gula
1 sb ovalate
2 sb pandan coconut pasted (setakat ni yang paling sedap)
1 sb pewarna hijau aple
Mix gebu kemudian masukkan bahan B. Kemudian A sampai habis. Dah sebati masuk c sampai habis. Siap.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Step campur susu dan cuka. Cuka tu cuka masakan bagi yang tak pernah tengok lah. Kang korang beli cuka getah dah begelimpangan pulak.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Mix bahan tadi sampai gebu macam gini.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Korang angkat kepala mixer tu adunan tak jatuh dari mata mixer maknanya dah gebu la tu.

IKLAN

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Masuk susu plus cuka tadi. Tak payah kacau tak apa, perlahankan mixer tu kang tetiba banjir rumah.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Lepas sebati baru masuk majerin cair tadi sampai habis.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Last masuk tepung, mixer masih slow.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Ok adunan gebu macam ni. Ni mak buat 2 adunan sekali 10 biji telur, tu nampk banyak.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Masuk bekas tak kisah kalau kukus bekas macam ni pun boleh. Kalau loyang saiz 9×9 sebab kek ni akan naik gebu ye. Kalau saiz 8 mesti tuang sikit kat loyang 5.

IKLAN

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Ok kukus 40 minit api sederhana. Kalau bakar suhu 170 masa 50 minit api atas bawah.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!Terbalikkan la kat board lepas siap je masak, tak kira kukus ke bakar.

Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!

Alhamdulillah gebu moist dan wangi sangat. Sesuai untuk korang cuba tau.

Gebu sungguh lah ha..

Resipi wajib cuba: Resipi Tepung Pelita Tak Perlu Kukus Guna Sukatan Cawan Je, Confirm Sedap Dan Wangi

Resipi sedap menyengat: Ayam Goreng Cili Kering Macam Di Restoran Cina Muslim, Resipi Mudah Sedap

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI