Kek raya dengan santan? Macam mana tu? Bosan dengan kek marble biasa, apa kata kali ini ada ubah pula dengan kek marble bersantan, air tangan cikgu Azlina Ina yang cukup popular di media sosial.

Bukan sahaja sedap dan berlemak bahkan paling mudah hendak di sediakan. Jom cuba!

Kek Raya Lagi Sedap Tambah Santan, Kek Marble Bersantan Air Tangan Azlina Ina Ni Paling Senang!

Bahan-bahan:
5 biji telur gred A (suka pakai nutriplus)
1 cawan gula halus
1 sb ovalate
1 sk esen vanila
1/2 kotak kecil santan kara
2 cawan tepung self rising
1 cawan/180g butter yg di cair kan
1 sb emolco pandan coconut
1 sb pewarna hijau apple

Mix sebati sampai gebu telur, gula, ovalate, esen vanila, santan serta tepung self rising.

Last sekali masukkan butter yang di cairkan. Kacau rata.

IKLAN

Bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian ori satu bahagian letak 1 sb emolco pandan coconut dan 1 sb pewarna hijau apple.

Kacaukan dan lapik loyang dengan baking paper.

Letak satu-satu senduk adunan sampai habis.

Kek Raya Lagi Sedap Tambah Santan, Kek Marble Bersantan Air Tangan Azlina Ina Ni Paling Senang!

IKLAN

Panaskan oven 5 minit dan masukkan kek. Set masa 160-170 selama 45-55 minit, api atas bawah. Gunakan rak no 2 dari bawah.

Bila dah masak, terbalikkan atas redai dan biarkan 1 jam baru terbalik kan semula ya. Masa terbalikkan tu tak yah bukak loyang ok. Dah nak letak board baru bukak loyang ok.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

Kek Raya Lagi Sedap Tambah Santan, Kek Marble Bersantan Air Tangan Azlina Ina Ni Paling Senang!

IKLAN

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: Azlina Ina Fan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI