Tidak hanya makanan berat, adakalanya anak-anak kita memerlukan menu lain dari kebiasaannya. Barulah seleranya lebih bangkit. Cucur atau roti antara gabungan yang mudah disediakan buat anak sebagai menu sarapan. Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Mas Ayu Ibrahim ini boleh dicuba.

Ringkas dengan roti bawang putih serta telur hancur yang disadur dengan mentega ini rasanya lain daripada yang lain. Paling menarik, scramble turut dicampurkan dengan dua bahan yang membuatkan telur jadi lebih gebu. Cukup sedap! Confirm anak berselera untuk makan.

Sarapan Anak Paling Ringkas, Garlic Bread Dengan Scramble Egg Dicampur Susu, Cukup Sedap!


Menu breakfast cik Adwa pagi ni. Roti habis sekeping setengah, scramble egg habis dia makan. Alhamdulillah kena dengan selera anak. Saya sertakan resipi ya, mana tau ada mommies yang nak cuba untuk anak tersayang.

GARLIC BREAD & SCRAMBLE EGG

BAHAN-BAHAN:

GARLIC BREAD:
Roti – potong 4
Unsalted butter – 1sdb
Bawang putih – 1 ulas (cincang halus)
Daun sup (cincang halus)

IKLAN

SCRAMBLE EGG
Telur – 1 biji
Unsalted butter – 1sdk
Susu segar – 2sdb
Cheddar cheese – 1sdb

Sarapan Anak Paling Ringkas, Garlic Bread Dengan Scramble Egg Dicampur Susu, Cukup Sedap!

Bagi garlic bread, campurkan kesemua bahan kecuali roti. Kacau sebati semua bahan kemudian sapukan pada permukaan roti. Bakar atas non-stick pan.

Untuk scramble egg pula, panaskan pan, masukkan unsalted butter. Tunggu butter cair, kemudian masukkan telur. Kacau-kacau sedikit. Tambahkan susu segar dan cheese. Kacau sebati dan masak sehingga telur betul-betul masak.

IKLAN

Sedia dinikmati bersama garlic bread.

Sarapan Anak Paling Ringkas, Garlic Bread Dengan Scramble Egg Dicampur Susu, Cukup Sedap!

Noted:
– Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
– Pastikan anak tiada alergik terhadap telur, gluten & produk tenusu.

Selamat mencuba Mommies.

IKLAN

EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

Sarapan Anak Paling Ringkas, Garlic Bread Dengan Scramble Egg Dicampur Susu, Cukup Sedap!

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Resipi wajib cuba: Kering Idea Nak Masak Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni Sedap Hingga Menjilat Jari!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI