Bila sebut kek Indulgence terus terbayang kesedapan kek ini di kedai kek ternama. Rasanya yang creamy ditengah seperti ice cream memang layan habis! Kek Indulgence antara kek yang terlaris kerana anak-anak pun suka dengan rasa coklatnya yang premium.

Kali ini pengusaha kek terkenal, Azlina Ina sudi berkongsi resipi Nutella Indulgence Premium Cake buat semua. Selamat mencuba!

Kek Terpaling Laris, Azlina Ina Kongsi Resipi Rahsia Nutella Indulgence Premium

Asalamualaikum.Ade sudi like resepi mak pagi ni?? Antara hot sales dan sentiasa habis xkira pkp ke ape ke kek ni tersangat laris.Mungkin sbb harga murah kek ni besar😂 jd rebutan sentiasa.

Nutella Indulgence Premium

Bahan-bahan; (khas loyang 8 dapat 2 biji ya)

6 biji telur
1 cawan gula halus
1sb ovalate
sedikit emolco coklat
(mix sampai gebu)

IKLAN

Sementara tu ayak
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder,
1/2 sk soda bikarbonat
sedikit garam halus
1 cawan serbuk koko

Ok bahan yang di mix tadi dah kembang kan..so masuk kan 1 cawan susu pekat taknak manis kurangkan sikit, dan 1 cawan minyak masak. Matikan mixer dan masukkan tepung dan kacau sebati kemudian masukkan 3/4 cawan air panas dan kacau sebati

Loyang sapu butter dan masukkan adunan kukus 40 minit..tutup permukaan dengan wraping plastik ye..Nak bakar boleh tapi kek kurang moist. Dah sejuk belah kepada 3 atau 4 bahagian..Boleh buat lepas habis dan kek disejuk kan dalam chiller masa tu start buat ganace

Ganace;

IKLAN

300g coklat blok atau coin dark beryls
1 cawan whipping dairy(250g)
2sb butter
Masukkan dalam pengukus atau oven dah lembut coklat ambik whisk kacau je done rehatkan dia sekurang-kurangnya sampai dia jadi agak pekat sikit bila bia di suhu bilik

Cream lepa(untuk sebiji kek)
250g cream cheese
6 hingga 7 sb susu pekat atau gule ising sukatan sama

Mix smpai sebati masukkAn 2 cawan whiping cream non dairy mak gune vivo sejuk-Sejuk suka ada ais-ais sikit cepat gebu..mix smpai dia fluffy gebu

IKLAN

Bahagi dua satu bahagian letak 3sb ganace coklat dan 3 sb nutella serta emolco coklat untuk warne kacau kan. kalau nak gantikan cheese dgn white cocolate pn boleh juga.

250g white coklat beryls coin cair kan dan masuk kan dalam cream. baik lepa kek beselang warna..dah siap sejuk kan 2 jam wajibbbb sejukkan kalau nak tuang ganac tu nanti cantik..
Tuang coklat dr tgh2 atas kek.rata kan atas die baru rata kan bahagian tepi.guna spatula atau scrapper je ya.dah siap .sejuk kan balik 30 mnt bg coklat kukuh…ok setel dah..

Hiasan boleh yang korang rasa menarik.Nak tiru mak pn boleh. Kek mcm ni nampk je susah tp bile dah buat senang nye la.korg try la dulu baru tau🥰🥰 Kek ni mak jual saiz 8/9 rm89.90 berat 1.7kg++ boleh di dapati di Red houze Bakery setia alam

Kredit:AZLINA INA FANS

Kek Terpaling Laris, Azlina Ina Kongsi Resipi Rahsia Nutella Indulgence Premium

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI