Kekalkan hubungan yang baik dengan bekas pasangan hidup selepas penceraian ialah sesuatu yang sukar. Namun apa yang dilakukan oleh Farah Lee ini wajar diberikan pujian.
Farah Lee yang berkahwin dengan selebriti Ally Iskandar pada 2012 dan berpisah pada Ogos 2016. Anak mereka, Maream Esabel kini mencecah usia 4 tahun nampak gembira dengan kehadiran kedua-dua ibu ayah di hari sambutan hari lahirnya.
Video sambutan tersebut telah dikongsikan Farah di Instagram menyaksikan keceriaan Maream terutamanya apabila daddy nya tiba. Manjanya dia dengan Ally! Ternyata silaturahim antara anak dan ayahnya tidak putus dek penceraian.
Ads
Apa yang dilakukan oleh Farah Lee ini wajah dicontohi semua pasangan yang bercerai. Bersikap profesional dan kekalkan hubungan baik dengan bekas pasangan hidup tentunya bukan mudah, tapi demi anak-anak tanggungjawab mendidik dan menjaga anak dipikul dan tidak diabaikan.
Ads
Netizen memuji sikap Farah yang bertoleransi dan menjaga hubungan baik dengan Ally demi Maream.
Lumrah orang perempuan memang suka beli tapi sayang nak guna. Bila suami tanya “kenapa tak guna barang yang dibeli tu?” Jawapannya “yang lama elok lagi, sayanglah nak guna yang baru..”
Bukan saja pinggan mangkuk, kasut, beg tangan, baju atau apa saja mesti simpan dulu. Kadang bila mengemas baru perasan barang yang dibeli beberapa tahun lepas masih tak guna dan elok je dalam kotak atau plastik.
Sama juga set pinggan mangkuk atau tupperware kebanyakan ibu-ibu rela simpan dalam almari. Hanya guna sesekali jika ada tetamu datang, majlis tertentu ataupun ketika Hari Raya.
Kalau diikutkan, barang-barang yang kita beli jika disimpan saja dan tak guna, kita akan berat saat dihisab nanti. Na’uzubillahi min zalik. Ingat bukan tak boleh membeli, boleh tetapi jangan mengumpul harta.
Seperti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor, ada tiga perkara yang dia belajar dari arwah maknya sehingga buatkan diri tersedar dan cuba ubah untuk jadi lebih baik.
1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan keluarga dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam.
Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami atau anak-anak dapat merasa guna pinggan cantik kan. Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata abah,
“ Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..”
2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila mak meninggal saya wakafkan telekung-telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Encik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang ibu, dunia kita seringkali dipenuhi dengan tanggungjawab yang tidak berkesudahan. Dari pagi hingga malam, ibu-ibu sibuk menguruskan keluarga – memasak, mengemas, membantu anak-anak dengan kerja sekolah, dan pelbagai lagi.
Namun, ada satu waktu yang sering kali menjadi ‘satu-satunya’ kesempatan ibu untuk mendapatkan ruang sendiri, iaitu apabila anak-anak sudah terlelap dan malam sudah larut.
Me Time Ibu-Ibu Waktu Tengah Malam Jadi Pilihan
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Psychology menunjukkan bahawa ibu yang mempunyai anak kecil atau berusia bawah 12 tahun sering berhadapan dengan kekurangan masa untuk diri sendiri.
Oleh kerana tanggungjawab yang tinggi untuk menjaga anak-anak, banyak ibu yang hanya dapat menikmati masa “me-time” mereka selepas anak-anak tidur. Dalam kajian ini, lebih daripada 60% ibu mengakui mereka hanya mempunyai waktu untuk diri sendiri pada lewat malam.
Kenapa agaknya? Untuk kebanyakan ibu, waktu selepas anak tidur adalah satu-satunya masa untuk mereka merasakan kebebasan – tanpa gangguan. Mereka mungkin menggunakannya untuk menonton TV, membaca buku, atau hanya berehat sejenak. Ada juga yang menggunakan waktu ini untuk kerja atau hobi peribadi, demi menjaga keseimbangan hidup.
Kepentingan Me Time untuk Ibu-Ibu
Walaupun nampak seperti waktu yang sedikit, sebenarnya me-time sangat penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal ibu-ibu.
Menurut American Psychological Association, ibu yang tidak memberi ruang untuk diri mereka berisiko tinggi mengalami tekanan, keletihan mental, dan masalah kesihatan lain. Ketiadaan masa untuk diri sendiri boleh menyebabkan burnout, yang akhirnya memberi kesan buruk kepada hubungan dengan anak-anak dan pasangan.
Kajian Mengenai Pengaruh Me Time terhadap Ibu
Satu kajian yang dijalankan oleh University of Michigan menunjukkan bahawa ibu yang meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri menunjukkan peningkatan dalam tahap kebahagiaan, kesihatan mental, dan hubungan keluarga. Ini kerana ibu yang dapat merehatkan minda mereka akan lebih sabar, positif, dan lebih mampu memberi perhatian kepada keperluan anak-anak dengan lebih baik.
Walaupun jelas me time itu penting, cabaran besar bagi ibu adalah untuk mencari masa. Ada ibu yang merasakan rasa bersalah apabila meluangkan waktu untuk diri sendiri, seolah-olah mereka mengabaikan keluarga. Hal ini boleh menyebabkan mereka merasa terperangkap dalam satu kitaran tanpa henti, yang akhirnya memberi kesan negatif kepada kesejahteraan diri mereka.
Selain itu, kebanyakan ibu juga sering berhadapan dengan kekurangan waktu kerana bebanan tugas rumah tangga yang tidak pernah selesai. Mereka merasa bahawa apabila anak-anak tidur, itulah satu-satunya masa untuk menyiapkan kerja rumah atau menyelesaikan tugasan lain yang tertunda. Maka, walaupun me time itu penting, seringkali ia terpaksa dikorbankan demi tanggungjawab yang lain.
Apa pun, setiap ibu perlu mengingatkan diri bahawa mereka juga berhak untuk mendapatkan rehat dan masa untuk diri sendiri. Me-time bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan untuk memastikan ibu sentiasa dalam keadaan terbaik untuk menjaga keluarga.
Dengan sedikit perancangan dan sokongan dari pasangan, ibu dapat menemukan keseimbangan yang lebih baik antara keluarga dan masa peribadi. Me-time bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan yang boleh membantu ibu untuk menjadi versi terbaik diri mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Petra berkongsi cara didikan buat putera sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra yang kini berusia 3 tahun.
Menurutnya, walaupun anak lelakinya masih kecil namun bukan bermaksud untuk dia membiarkan anak lelakinya tanpa didikan yang betul malah Rihana turut mencari ilmu keibubapaan. Ikuti perkongsian yang dikongsi Rihana.
Apabila membesarkan anak saya, saya selalu berfikir bahawa saya ingin membesarkan seorang anak yang baik dan seorang lelaki sejati. Tetapi seperti yang anda tahu, jangan hanya mendidik anak, mulakan dari mendidik diri sendiri dahulu. Kerana kanak-kanak seperti span, mereka akan menyerap semua yang mereka lihat.
Dalam membesarkan diri saya dan Leo, saya mengumpulkan beberapa peraturan mudah yang saya pelajari lama dahulu daripada beberapa buku psikologi. Saya ingin berkongsi dengan anda semua.
✅ JANGAN PERNAH MEMPERLEKEHKAN ANAK ANDA.
Bagi seorang lelaki, ejekan wanita selalu menjadi trauma, ejekan ibu adalah trauma yang sangat mendalam. Tidak kira anda mengejeknya secara tidak sengaja.
✅ SENTIASA JAWAB SEMUA SOALANNYA.
Pada usia berapa pun! Dan bukan hanya menjawab “anda akan mengetahui apabila anda dewasa”. Jika ibu tidak tahu jawapannya, katakan sahaja. Cari jawapan kemudian – dan jawab.
✅ MINTA NASIHAT ANAK ANDA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.
Saya kadang-kadang kagum dengan cara kanak-kanak yang boleh menyelesaikan masalah sukar .Minta nasihat anak, inilah cara anak akan belajar menjadi seorang lelaki – untuk menyokong, dan membuat keputusan.
✅ LUPAKAN PERKATAAN “SAYA SUDAH KATAKAN!”
Tidak perlu bersaing dengan anak dalam apa-apa situasi, contohnya “Saya memberitahu anda supaya begitu” ini adalah jenis persaingan di mana ibu nak “menang”.
✅ PUJI!
Mengagumi tindakanya, tanpa sebarang alasan.
✅ SOKONGAN SETIAP IMPIANNYA.
“Saya mahu menjadi angkasawan” – hebat! Beli buku mengenai subjek tersebut. Dan tiba-tiba bertukar minat “Saya mahu menjadi seorang bomba”. Hebat juga! Anda boleh membeli buku mengenai subjek itu.
✅Jika anak anda menangis, bermakna masalah besar telah berlaku. Ia mungkin kecil untuk anda, tetapi ia besar untuk anak anda! Sebarang masalah adalah besar untuk kanak-kanak. Tidak kira berapa umur anak itu.
✅ ANDA SENTIASA BERADA DI SISINYA.
Bukan hanya dengan kata-kata. Tetapi juga dalam tindakan.
Apabila masa berlalu dan anak anda menjadi remaja, dia akan mempercayai anda dan akan datang kepada anda, kerana anda telah melakukan segala-galanya dengan baik ketika zaman kanak-kanaknya.