Dalam penyediaan makanan anak, kebanyakan ibu akan bertanya soalan, apa perlu prepare sebelum masak untuk anak? Ini kerana setiap anak, seleranya tak sama dan memerlukan ibu lebih kreatif dan pandai ‘tackle’.

Menerusi perkongsian Dietitian, Puan Norhafizah M.Sobri dalam E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat anjuran Pa&Ma baru-baru ini perkara penting untuk ibu tahu sebelum masak untuk anak adalah jenis makanan sesuai mengikut usia.

Contohnya fasa usia 6 hingga 8 bulan penting untuk tahu jenis makanan apa, tekstur, banyak mana, kuantitinya dan jenis resipi. Apabila meningkat usia 9 hingga 12 bulan pun sama sehinggalah anak semakin meningkat usianya.

Nak Anak Mudah Makan, Ada Caranya. Jangan Paksa & Marah, Lagi Susah!

Sebab itu ibu perlu tahu serba sedikit asas dalam penyediaan sebelum anak mula makan. Ilmu ini penting dan kita boleh nampak perbezaan ibu yang main redah tanpa ilmu dengan yang mempersiapkan dirinya dari awal.

Mungkin ada sesetengah ibu anggap menu untuk anak ini simple namun sebenarnya silap. Bila ibu ada ilmu, ibu akan tenang hadapi masa anak makan. Contoh anak tantrum, tak mahu makan dan sebagainya.

Berikut ada tiga asas utama ibu perlu tahu dalam bab penyediaan makanan iaitu menu, anak-anak dan diri ibu sendiri.

1) Menu

Dalam bab ini, ibu perlu tahu menu anak 2 tahun ke bawah sebab tempoh ini fasa pengenalan pada makanan selain susu ibu. Masa ni, kita nak tengok anak alergik apa, sama ada mereka suka atau tak makanan tu, selain untuk kenalkan buah dan sayur.

IKLAN

Selain itu, jangan risau kalau anak tak terima makanan masa awal-awal, sebab ada pakar jelaskan 10-15 kali perlu dikenalkan jenis makanan sama sebelum boleh lihat sejauh mana anak terima dengan baik.

Contoh lobak merah – kali pertama buat puri, selepas itu finger food, campurkan dalam bubur dan buat cucur. Sekurangnya satu jenis makanan itu, dipelbagaikan dalam bermacam resipi. Jangan fokus pada satu jenis sahaja.

Melalui cara ini, baru kita boleh nampak anak akan makan lebih berselera. Tak kira dari usianya 6 bulan sehinggalah besar. Paling penting penyediaan makanan itu mesti sihat dan seimbang.

Bukan itu sahaja, apabila anak usia 2 tahun ke atas pula, ibu boleh ajak anak sediakan makanan bersama-sama. Bila mereka buat sendiri, mereka akan cuba nak merasainya. Tak perlu beriya buat makanan yang susah penyediaannya. Ringkas pun tak apa janji lengkap nutrisi, sihat dan seimbang!

Nak Anak Mudah Makan, Ada Caranya. Jangan Paksa & Marah, Lagi Susah!

IKLAN

2) Anak

Apabila melibatkan anak kecil, mood memainkan peranan penting. Jika mood anak tak ok, waktu makan akan buat mereka rasa tak gembira. Masak sedap sekalipun, hias cantik-cantik, jika mood anak tak ok, tetap tak mahu makan.

Contoh waktu anak mengantuk paksa dia makan, memang tak akan habislah. Lepas tu jika anak sakit atau terjatuh, selesai masalah itu dulu. Bila anak sedih atau takut pun ia akan mempengaruhi mood.

Selain mood anak, waktu makan dan minum susu yang terlalu dekat juga boleh jadi anak dah kenyang untuk menikmati makanan. Oleh itu, ibu disarankan tidak memberi susu 2 jam sebelum makan.

Seandainya anak merengek lapar tetapi makanan belum siap, nak bagi boleh tapi kurangkan kuantiti daripada biasa. Contoh 8 auns anak minum, bagi dulu 4 auns.

IKLAN

Tip seterusnya juga, jangan paksa makan dengan cara memarahi anak. Anak kecil lagi kita marah, lagi memberontak dan susah makan. Kalau anak tak mahu makan lagi, letak siap-siap dalam pinggan dan cakap elok-elok pada mereka. Pasti dengan sendirinya anak lihat makanan itu, dia nak makan. Berbeza pula kalau anak leka dengan gajet, sebaiknya bagi masa dia perlu ‘stop’ sebab bila menghadap gajet, yang lapar pun boleh jadi kenyang.

Nak Anak Mudah Makan, Ada Caranya. Jangan Paksa & Marah, Lagi Susah!

3) Ibu

Emosi ibu memainkan peranan penting. Jika ibu stres, penat, mengantuk itu yang menyebabkan ibu tiada mood. Memasak ini perlukan mood yang happy. Jadi kalau ada ‘gajet’ untuk cepatkan masa memasak lagi mudah.

Nak mudah lagi, set menu untuk seminggu. Ini sesuai untuk ibu bekerja untuk jimatkan masa. Ambil masa hujung minggu untuk sediakan beberapa menu dan bekukan. Bila ada perancangan ini baru ibu ada masa rehat dan uruskan anak setelah balik kerja.

Untuk dapatkan perkongsian lanjut daripada panel jemputan mengenai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat boleh tonton video di bawah ini:

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI