Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Nina Nadira yang mengumumkan kehamilan anak keduanya baru-baru ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nina menerusi laman Instagramnya. Malah Nina juga menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.
Bekas peserta Akademi Fantasia yang juga pengacara itu juga turut memuat naik gambar keluarga kecilnya bersama baby bump yang semakin jelas kelihatan.
“Keluarga kecil kami semakin bertambah.
Ads
“Lima bulan,” tulis Nina ringkas menerusi Instagramnya.
Nina memuat naik dua koleksi foto dengan baby bump yang jelas kelihatan ketika bercuti bersama keluarga.
Ads
Gambar percutian keluarga yang cantik itu tambah manis dengan anak pertama Nina, Nina Lilyanna Ahmad Farhan yang kini berusia hampir empat tahun mencium perut ibunya yang semakin membesar.
Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Nina turut mengucapkan tahniah di atas kehamilan itu.
Terdahulu, Nina dan suaminya, Ahmad Farhan Rusman mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Nina Lilyanna.
Wanita lebih sensitif semasa sedang hamil. Ini kerana, perubahan dalam hormon mereka membuatkan mereka kadangkala berkelakuan tidak rasional. Semasa hamil, ibu perlu menanggung kesakitan, kerap berjumpa doktor, dan juga sering keletihan. Justeru itu, sebagai suami, anda perlu menunjukkan sokongan anda kepada pasangan.
Bercakap dengan isteri anda tentang keinginannya semasa bersalin nanti. Anda perlu melakukannya sepanjang masa. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa isteri yang hamil ini adalah lebih sensitif dan emosi kerana mereka perlu menangung pelbagai kerisauan dan ketakutan untuk menghadapi hari bersalin mereka. Biarkan isteri anda berkongsi dan bercerita tentang perasaan dan kegusaran mereka kepada anda.
Menemani isteri ke kelas kelahiran
Pergi ke kelas antenatal bersama isteri dengan pandangan terbuka. Anda akan mendapat informasi asas dan padu tentang proses bersalin. Jika anda bersama-sama dengan isteri semasa kelas tersebut, anda boleh belajar untuk membantu isteri anda menyelesaikan masalahnya.
Buat perancangan masa depan bersama
Ibu hamil mempunyai banyak benda yang perlu mereka lakukan, seperti memilih nama bayi, membeli pakaian bayi, menyiapkan tempat tidur bayi dan peralatan tidur, perabot, serta banyak lagi. Jadi, bantu isteri anda melaksanakan tugasan ini. Terutamanya, dalam mencari nama bayi perlulah menggunakan pendapat anda juga.
Temani isteri berjumpa doktor, atau sekurang-kurangnya mengambil tahu tentang kunjungan isteri ke klinik
Jika boleh, temani isteri anda dalam temu janjinya berjumpa doktor. Semasa kunjungan tersebut, anda berpeluang mendengar denyutan jantung bayi atau melihat imbasan ultra bunyi pada usia kandungan 20 minggu. Ini bukan sahaja akan menimbulkan perasaan bertanggungjawab anda untuk menerima kehadiran bayi baru dalam keluarga, tetapi juga cara ini dapat menunjukkan sokongan emosi anda terhadap isteri. Jika anda terlampau sibuk dan tidak dapat menemaninya, ambil berat akan jadualnya ke klinik dan bertanyakan tentang perkembangannya dan kandungan.
Memahami simptom mengidam isteri
Jangan terkejut jika anda lihat kadangkala isteri hendakkan sesuatu makanan, dan ada hari dia tidak mahu makanan tersebut. Jangan marah kepadanya, sebaliknya anda boleh bertanyakan mengapa keinginannya berubah-ubah. Cuba untuk faham perangai mengidam isteri. Walau bagaimanapun, jangan paksa isteri untuk makan makanan yang tidak disukai kerana boleh membuatkannya bertambah sakit.
Semasa awal proses bersalin, isteri anda masih mampu untuk duduk dan berborak-borak dengan anda. Namun, ketika sudah tiba masa bersalin, anda akan lihat isteri anda mengerang dan merintih. Dia juga mungkin akan menjerit dan mahu menanggalkan pakaiannya yang tidak menyelesakannya. Tidak mustahil juga dia mahu mendengar muzik ataupun ingin senyap-sunyi sahaja.
Isteri anda mungkin mahu anda memegang tangannya ataupun memeluknya – atau mungkin juga meminta anda meninggalkannya bersendirian. Ketika ini, usahlah anda mengambil hati akan kata-kata isteri yang sedang menanggung kesakitan untuk melahirkan anak anda. Sebaik sahaja bayi anda lahir, isteri anda akan ‘kembali’ seperti asal.
Sumber: Hello Health
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman setiap ibu untuk bersalin lain-lain. Walaupun pernah melalui proses melahirkan sebelum ini namun setiap kali nak dekat due perasaan berdebar, takut tetap akan dirasai.
Jadi macam-macam petua dan pandangan orang biasanya ibu akan ambil kira bagi memastikan proses kelahiran lancar tanpa sebarang komplikasi.
Bagaimanapun ibu kena betul-betul tahu tanda-tanda awal nak bersalin bagi memudahkan proses bersalin lancar dan tidaklah kelam kabut.
Perkongsian dari Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Dan Kehamilan (O&G), Dr Muhammad Izzat cukup mudah dan boleh membantu ibu yang sedang menunggu hari nak bersalin.
TANDA-TANDA NAK BERSALIN
🌸Keluar tanda atau ‘show’
Tanda tu maknanya lendir likat bercampir darah yang kluar dari faraj. Kluar tanda bukan bermakna bayi akan kluar dalam beberapa minit lagi, mcm dalam drama Melayu tu. Kluar tanda ni mungkin amaran awal yg memberitahu pangkal rahim ibu da mula matang dan mula menipis sebagai persediaan awal untuk kelahiran. Bukan nya confirm-confirm akan beranak kalau kluar tanda, ada yg kluar tanda arini minggu depan baru dia bersalin. Jadi tak perlu melompat-lompat untuk segera ke hospital jika turun tanda sikit-sikit. Tapi kalau dah ada tanda bersama sakit contraction maka cepat cepat ke hospital, dikhuatiri suami anda pulak yg jadi bidan nanti. Ha mampoo?
🌸 Sakit contraction
Mengeras-ngeras atau contraction kadangkala biasa berlaku pada hujung-hujung kehamilan. Contraction tanpa rasa sakit ini dinamakan Braxton Hicks. Ini belum lagi nak bersalin
Rahim mengeras disertai rasa sakit tu adalah tanda-tanda awal nak bersalin. Semakin kerap sakit kontraksi tu, semakin panjang kontraksi itu semakin dekat dgn masa bayi dilahirkan. Kontraksi penting untuk menjadikan pahal rahim menipis dan membuka pintu rahim untuk proses kelahiran.
🌸 Turun air ketuban
Selaput yang menyelaputi bayi dalam rahim boleh pecah secara tiba-tiba dan ibu mengalami turun air yang banyak, ingatkan kencing tapi rupanya air ketuban. Lazimnya ibu akan memberitahu air suam mengalir dengan laju secara tiba-tiba pada peha nya sehingga membasahkan seluar dalam atau kain. Kalau air turun masa tgh tidur mungkin cadar atau tilam akan basah juga. Air yg kluar sedikit sedikit dan tak mmbasahkan seluar dalam lazimnya bukn air ketuban, mungkin hanyalah lendir biasa sahaja.
Sakit kontraksi yang semakin kerap menyebabkan selaput bayi ini pecah dah mengeluarkan air mentuban tersebut – juga adalah tanda-tanda nk bersalin.
Walau bagaimanapun lain orang lain pengalamanya. Ada yang turun tanda tapi takde kluar air ketuban. Ada yang sakit sikit-sikit, terbatuk sikit baby pun keluar.
Jika anda khuathir atau kurang pasti dengan tanda-tanda yang anda alami segeralah dapatkan pemeriksaan doktor.
Lain kehamilan lain caranya, lain sakitnya dan berbeza tanda-tanda nak bersalinya.
Hanya dengan izin Allah sahaja proses bersalin ini bermula dan dipermudahkan. Doa dan keredhaan suami dan mak ayah yang diperlukan, bukan atas keizinan siapa-siapa.
“Sudah hujung-hujung.” Demikian perkongsian selebriti popular, Neelofa, 32, mengenai usia kandungannya, sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi.
Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu, dia juga kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.
“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisioterapi yang dilakukan dua kali seminggu.
“Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory baru-baru ini.
Difahamkan, senaman fisioterapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.
Terdahulu, sejak Julai lalu khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial.
Khabar angin tersebut semakin bertiup kencang selepas tersebar beberapa keping foto dia kerap memegang bahagian perut yang semakin membesar.
Namun, sehingga kini pasangan tersebut mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut dan tidak berkongsi lanjut mengenai berita kehamilan tersebut.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!