Kemalangan di Mesir, 8 pelajar Malaysia cedera, dapat bantuan Wisma Putra. Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau rapi situasi membabitkan lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir.
Kemalangan Di Mesir, 8 Pelajar Malaysia Cedera, Dapat Bantuan Wisma Putra
“Pegawai Education Malaysia Egypt segera melawat pelajar itu di Hospital As Salam Port Said untuk memberikan bantuan dan menilai keadaan mereka,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
“Tiga lagi yang sedang dalam pemerhatian akan dipindahkan ke Hospital Sayed Galal di Kaherah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Wisma Putra memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sudah memberikan sokongan kepada pelajar itu dan akan terus memantau keadaan dengan teliti mereka bagi memastikan kesejahteraan mereka.
Bagi bantuan konsular, pihak terbabit boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di 10, Street 261, Maadi, Kaherah, Mesir.
Ads
Selain itu, pihak kedutaan boleh dihubungi melalui talian +20 225174210 dan kecemasan (selepas waktu pejabat) di +201 200276388 atau melalui e-mel mwcairo@kln.gov.my.
“Kementerian akan terus menyediakan maklumat terkini sekiranya perlu,” menurut Wisma Putra.
Education Malaysia Egypt dalam satu catatan di akaun Facebook miliknya menyatakan kemalangan kereta yang menimpa lapan orang pelajar Malaysia itu berlaku kira-kira 12 tengah hari semalam.
Ads
LIMA PELAJAR ITU IALAH MUHAMMAD FIRDAUS YACOB, MUHAMMAD ADLI FITRI MOHD ANUAR, SHAHRUL AIMAN JAAFAR, MUHAMMAD ZULFIQAR AHMAD TARMIZI DAN MUHAMMAD HAZIEQ BADRISYAH NORHAMEDON MENGALAMI LUKA-LUKA RINGAN DAN DIRAWAT SEBAGAI PESAKIT LUAR.
Selain itu, tiga lagi pelajar, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi telah dibawa ke hospital Sayed Galal untuk rawatan lanjut.
Siapa sangka, gurauan Bella jadi kenyataan! Syed Saddiq akhirnya akur dan tunaikan ‘permintaan manja’ Bella untuk buat rawatan lasik mata. Katanya, Bella pernah berseloroh tak sanggup nak tengok muka Syed kalau masih pakai cermin mata.
Lepas ni dunia akan nampak lebih terang dan Bella la orang pertama yang dia nampak jelas tanpa bingkai di mata!
Melalui satu hantaran di Instagram, Bella Astillah berkongsi beberapa foto yang menunjukkan Syed Saddiq dalam pakaian hospital dipercayai saat-saat sebelum beliau menjalani prosedur lasik mata.
Bella yang juga ibu kepada dua cahaya mata, jelas teruja melihat perubahan besar dalam hidup Ahli Parlimen Muar itu. Lebih menggembirakan, selepas ini Syed Saddiq tak perlu lagi bergantung kepada cermin mata dalam menjalani rutin harian.
“Dia bakal nampak dunia dalam 4K lepas ni. Bye-bye cermin mata!” tulis Bella berseloroh dalam kapsyen.
Perkongsian tersebut meraih lebih 40,000 tanda suka, dengan ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan ucapan tahniah kepada Syed Saddiq. Ruangan komen turut dibanjiri reaksi lucu dan tak sabar menantikan wajah baru Saddiq tanpa cermin mata.
Ramai yang menganggap Bella sangat bertuah kerana menjadi orang pertama yang akan dilihat Saddiq dengan ‘penglihatan baru’ selepas prosedur itu.
Terdahulu, sebelum ini, di media sosial Syed Saddiq berkongsi kisah lucu bagaimana Bella pernah “ugut manja” untuk tidak mahu menatap wajahnya jika masih memakai cermin mata.
“Sebab tu lah dia paksa saya buat lasik. Dia cakap, kalau pakai cermin mata lagi, dia tak nak tengok muka saya dah,” katanya sambil tergelak.
Sepanjang bulan-bulan terakhir bagi tahun 2024 ini, pastinya ibubapa berusaha untuk membekalkan ilmu buat anak-anak bagi persediaan peperiksaan akhir tahun.
Ujian akhir sesi akademik (UASA) iaitu ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik.
Gred markah UASA ini biasanya dibahagikan kepada beberapa gred dan ini panduan untuk ibubapa.
Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik.
Pelajar yang terlibat dalam UASA adalah seperti di bawah:
Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
Senarai mata pelajaran untuk sekolah rendah tahap dua adalah:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Sains
* Sejarah
Bagi sekolah menengah tahap satu, terdapat 20 mata pelajaran iaitu:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Pendidikan Islam/Moral
* Sejarah
* Sains
* Geografi
* Asas Sains Komputer
* Reka Bentuk dan Teknologi
* Bahasa Arab
* Maharat al-Quran
* Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
* Al-Syariah
* Usul Al-Din
* Bahasa Cina
* Bahasa Tambil
* Bahasa Punjabi
* Bahasa Kadazandusun
* Bahasa Iban
* Bahasa Semai
Pelaporan prestasi murid bagi PBD berterusan dan pencapaian ujian dijana dalam satu pelaporan.
Berikut adalah gred markah UASA:
82% – 100% = Gred A = Cemerlang 66% – 81% = Gred B = Kepujian 50% – 65% = Gred C = Baik 35% – 49% = Gred D = Memuaskan 20% – 34% = Gred E = Mencapai tahap minimum 0% – 19% = Gred F = Belum mencapai tahap minimum
Sesungguhnya wabak COVID-19 satu ujian buat kita semua. Banyak yang berubah sejak ia melanda Malaysia. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan, tahap kesihatan yang terjejas malah sesi persekolahan juga terpaksa dihentikan seketika sehingga masalah ini reda.
Kini kita bersyukur, hasil kerjasama seluruh rakyat Malaysia dengan kerajaan, kita dapat melihat keadaan semakin pulih. Banyak hikmah yang berlaku di sebalik ujian ini. Melalui penulisannya, Siti Suryani Yaakop berkongsi tentang perkara yang dipelajarinya sepanjang dua tiga bulan ini.
Ikuti perkongsi menarik ini.
Covid ni menjadikan saya semakin kuat percaya pada janji Tuhan…bila DIA hantar sesuatu musibah, pasti DIA hantar bersama dengan hikmah.
Hikmah ni begitulah. Tak dapat dibaca dan disedari dalam sehari dua. Kadang makan bulan baru kita rasa manisnya.
Saya simpan sini sebagai kenangan. Benda-benda yang telah saya dapat selama dua tiga bulan.
1. Saya rasa selama berpuluh tahun kita jadi rakyat Malaysia, ini pertama kali kita punya Perdana Menteri dan barisan menteri yang sangat baik, ambil berat, menenangkan, kool dan tak candu dengan politik. Orang lain sibuk nak buat apa pun, mereka sikit tak risau dan tak terjejas.
2. Malaysia Boleh! Selama ni kita laung, tapi kadang kita tak berapa yakin. Kali ni terbukti kita memang boleh. Dari negara kecil yang orang tak pandang, sekarang satu dunia kagum dengan kita.
Saya belajar begitulah. Letakkan satu benda walau tak nampak nilainya pada tangan yang betul. Ia mampu jadi luar biasa.
3. Saya belajar beratur dan bersabar walaupun saya orang yang tak boleh sabar menunggu sebelum ini. Masuk kedai, sabar. Tunggu barang pos, sabar. Ikut prosedur, sabar. Roti Gardenia habis, sabar….
4. Saya belajar buat kek dan kuih. Dua benda yang saya tak pernah buat seumur hidup. Saya rasa leceh, banyak kerja, banyak nak kemas. Beli kan senang. Sama je modal dia. Tapi, masa PKP jangan kata kek, cekodok pisang pun takda orang jual. Nak taknak, kena belajar buat sendiri. Rupanya, seronok!
5. Selain dari buat kek, saya belajar buat kabinet dengan suami. Bakat terpendam suami selama ini. Rupanya boleh tahan juga hasil kerja dia. Itu lah orang kata, benda kalau terdesak ni apa pun jadi.
6. Saya belajar kenal kawan. Masa sulit ni lah orang kata masa mengenal kawan yang benar-benar kawan. Yang susah saya lah susah dia. Senang saya dia pun gembira. Sungguh, sabahat-sahabat begini ni mahal nilainya.
7. Saya belajar buat baik. Jadi baik. Macam Ustaz Ebit Lew. Macam semua orang yang tak berhenti bagi bantuan. Apa pun orang kata, buat je baik. Bukan untuk orang lain. Untuk kita sendiri.
8. Saya belajar jangan menilai orang. Masa hot kes artis nak bantuan dulu, tiba-tiba kita dapat tahu Zarina Anne Joulie tak berhenti bagi bantuan pada orang susah. Sebelum tu macam-macam orang cakap dia. Judgmental is never good!
9. Saya belajar rupanya kalau tak keluar berjalan, saya hidup je lagi! Dulu masa takda PKP, habis duit entah buat apa. Asal hari minggu je, berjalan. Ukur pasaraya. Saya kata tak bolehlah tak keluar. Stress. Dan rupanya, langsung tidak. Tak ada apa pun. Helok je ha.
10. Saya belajar yang hidup ini sentiasa kena bersedia berubah dengan pantas untuk survive. Bila gaji suami kena potong masa PKP, kami belajar erti redha. Redha tu rupanya membuatkan kita boleh fikir dengan tenang dan matang. Nak stress pun buat apa. Masalah tu tetap tak hilang.
11. Saya belajar memberi itu sangat membahagiakan walau kita sendiri pun sebenarnya juga sedang susah juga. Oleh sebab anak saya bersekolah di sekolah swasta, yuran tetap kena berjalan. Disana ada ‘keluarga’ yang telah menjaga anak anak saya sejak sekian lama. Kita kongsilah apa yang ada bersama. Moga berkatnya sampai pada anak saya.
12. Saya belajar bahawa manusia yang baik itu sangat ramai sekali. Selama saya dan kawan-kawan buat Covid, bekalan makanan tak pernah putus. PPE cukup. Ramai orang buatkan. Malah ada yang sedekah macam-macam. Yang terbaik saya pernah dapat, Quran dengan tafsir perkata. Dah lama betul mengidam!
13. Saya belajar solat yang selama ini mudah sebenarnya berat. Surau tutup. Tempat solat tutup. Tuhan uji kita bagaimana susahnya untuk kita terus menjaga solat dalam keadaan begini.
14. Yang paling penting. Saya belajar nilai keluarga. Jangan ‘take for granted’. Selagi ada, kena selalu berjumpa. Dulu boleh berjumpa, takda masa nak jumpa. Sekarang banyak masa nak boleh jumpa, ‘tak dibenarkan’ jumpa. Allah tarik nikmat itu untuk kita sedar. Rindu orang yang ada pun dah sakit. Apalagi bila orangnya pun dah tiada.
Begitulah.
Allah Maha Baik. Tidak akan sia-sia tiap satu perkara walau kita nampak ia buruk pada awalnya. Sentiasa Tuhan hantar pengajaran supaya kita jadi makin kenal DIA dan faham erti hidup di dunia.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.