Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Aqil Zulkiflee dan isterinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 12 September yang lalu.
Aqil menerusi Instagramnya berkongsi perkhabaran gembira itu buat semua pengikutnya malah amat bersyukur kerana kelahiran anak perempuan yang sihat dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah terima kasih semua yang doakan. Harini 12/9/2025 baby girl kita selamat dilahirkan berat 2.4kg.
“Aqil dah jadi papa, Iliya dah jadi mama,” tulisnya ringkas.
Ads
Semalam Aqil yang kini bergelar papa juga turut berkongsi wajah buah hati tersayangnya malah sempat berkongsi pilihan nama zuriat pertama mereka.
“Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur kami menyambut kelahiran puteri kecil kami, Ayana Aqila.
“Namanya membawa maksud “cahaya yang indah, bunga yang mekar, berakal dan penuh hikmah”.
Ads
“Semoga Ayana membesar dalam iman, sihat tubuh badan, menjadi anak solehah serta penyejuk hati mama & papa 🤍.
“Kami mohon doa yang baik-baik daripada semua,” tulisnya lagi.
Ads
Menerusi video itu, Aqil juga turut berkongsi wajah Ayana yang cukup comel malah memiliki raut wajah gabungan ibu dan ayahnya.
Isu autisme kini bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat moden. Dengan kemajuan dalam bidang perubatan dan psikologi, semakin ramai ibu bapa dan pendidik mula memahami spektrum ini dengan lebih mendalam. Menariknya, jauh sebelum istilah autisme diperkenalkan oleh dunia Barat, konsep seumpamanya telah pun disentuh dalam khazanah keilmuan Islam sejak berabad-abad dahulu dikenal dengan istilah al-‘atah, sebagaimana dibahaskan oleh para ulama klasik dalam karya mereka.
Sebagaimana perkongsian Ikon Anak Istimewa Selangor merangkap pelajar Doktor Falsafah di Jabatan al-Quran dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Arif, menjelaskan menerusi pengamatannya, peningkatan kes autisme hari ini bukan semata-mata kerana bilangan penghidapnya bertambah, tetapi disebabkan kemajuan dalam aspek diagnosis serta kefahaman yang lebih mendalam terhadap spektrum gangguan ini.
Namun menerusi posting terbarunya, ikon tersebut mengeluarkan kenyataan yang agak ‘keras’ dan menyentuh sensitiviti ramai pihak terutama ibu bapa yang membesarkan anak autisme dengan penuh pengorbanan.
“Saya harap Allah tarik nyawa anak-anak autisme ini lebih awal sebab peningkatan dan kehadiran mereka ini tambah beban dan tiada manfaat untuk tamadun manusia. Saya simpati pada ibu bapa khususnya dan masyarakat umumnya. Anda semua terpaksa menanggung bala autisme ini daripada Tuhan.”
Kenyataan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang setuju dan ada juga yang mengecam keras pandangan itu. Sebahagian netizen berpendapat kenyataan tersebut sangat tidak wajar kerana anak-anak autisme juga adalah anugerah dan ujian Allah yang perlu diraikan dengan kasih sayang, bukan dihina.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian berasingan beliau menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kes autisme. Katanya, era 80-an, autisme difahami sebagai keadaan yang sangat berat, iaitu apabila seseorang kanak-kanak tidak bercakap dan duduk dalam dunia sendiri. Kini, definisi autisme makin meluas kanak-kanak yang boleh bercakap tetapi pelik, tidak faham emosi orang, ada isu sensori dan masalah rutin turut termasuk dalam spektrum autisme.
Maknanya, lebih ramai orang dahulu yang tidak dikira autisme, kini dikategorikan sebagai penghidap autisme. Alat saringan juga semakin canggih, dan kini ramai doktor terlatih dalam diagnosis autisme.
Sungguhpun begitu, Islam sebenarnya telah mendahului dunia Barat dalam memahami kelainan ini. Dalam Islam, terdapat satu istilah yang disebut sebagai al-‘atah yang sangat mirip dengan autisme. Ciri-ciri ini telah lama dihuraikan oleh fuqaha’ Islam.
Para fuqaha’ mendefinisikan al-‘atah sebagai seseorang yang kurang kefahaman, pertuturan bercampur aduk dan kurang jelas serta pengurusan diri yang tidak efisien secara semula jadi (Abdul Qadir Awdah, Al-Tasyri’ al-Jinaiy al-Islamiyy).
Imam al-Jurjani dalam al-Ta’rifat mentakrifkan al-‘atah sebagai kekurangan pada akal, tetapi tidak sama seperti gila. Sebahagian pertuturannya seperti orang waras dan sebahagian lagi seperti tidak waras — sama seperti individu autisme yang mampu bercakap, tetapi pelik dalam tindak tanduknya.
Ulama terkemudian seperti Dr Abd Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-‘atah ini adalah kelainan akal yang menyebabkan seseorang sukar memahami arahan dengan jelas, dan pertuturannya tidak dapat difahami sepenuhnya. Dari sudut hukum, mereka disamakan dengan kanak-kanak dalam hal akal.
Dari sudut perubatan pula, sebahagian penghidap autisme mempunyai jurang antara usia biologikal dan usia mental. Sebagai contoh, badan 30 tahun tetapi mental setara dengan usia 10 tahun. Walau bagaimanapun, tahap ini berbeza mengikut fungsi dan kemampuan individu autisme itu sendiri.
Ibnu Nujaym turut menjelaskan dalam kitabnya Al-Bahr Al-Raiq tentang keadaan orang dewasa tetapi berakal seperti kanak-kanak. Menurut beliau, al-‘atah mempunyai dua hukum: bila melibatkan akal, mereka dihukum seperti kanak-kanak; tetapi jika melibatkan syahwat, hukum mereka seperti orang dewasa. Oleh itu, walaupun akalnya seperti kanak-kanak, hukum-hakam berkaitan aurat dan wuduk tetap terpakai.
Kesimpulannya, walaupun pada era 80-an seseorang yang mempunyai ciri autisme tidak dikira sebagai autistik kerana kriteria diagnostik masih sempit, namun dalam Islam mereka sudah termasuk dalam kategori al-‘atah. Jelas bahawa Islam telah lama mendahului dunia Barat dalam memahami fenomena ini.
Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat pena daripada tiga golongan: kanak-kanak sehingga baligh, orang tidur sehingga dia terjaga, dan orang al-‘atah sehingga dia faham.”
Perbahasan ini menunjukkan bahawa individu autisme bukan bebanan, tetapi ujian dan amanah yang memerlukan kefahaman dan kasih sayang, sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam sejak dahulu lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak mahu membebankan cikgu malah mahu anaknya terurus dengan baik, usahawan kosmetik, Madammu melantik seorang pembantu peribadi (PA) atau ‘babysitter’ untuk menguruskan anaknya, Ahmad Kayden di sekolah.
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid, berkata dia membuat keputusan untuk mengambil PA kerana tidak suka anaknya dipegang dan diuruskan oleh orang yang tidak dikenali.
Dalam masa yang sama tidak mahu membebankan guru di sekolah. Tambah Madammu lagi, PA yang dipanggil Kak Ria itu juga akan mengikuti Kayden ke sekolah untuk menguruskan segala kemahuan dan keperluannya.
“Kak Ria yang jaga Kayden dari A hingga Z, sampai ke sekolah pun ikut sekali. Itu cara saya.
“Bibik pun saya tidak bagi sentuh anak saya.
“Saya pun tidak bagi orang ramai untuk sentuh Kayden,” katanya menerusi perkongsian video.
Kata Madammu, dia tidak akan mengambil pengasuh baharu namun akan mencari mereka yang mahu melakukan kerja sambilan untuk menjaga anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meninggalkan pelbagai reaksi dan komen. Malah ada juga yang memahami keadaan Madammu yang berjuang lama untuk mendapatkan anak.
Tidak kurang juga yang berterima kasih kerana mengurangkan beban guru di sekolah untuk menguruskan anak-anak kecil yang ramai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membahagiakan pasangan. Ada suami yang bawa isteri pergi melancong, belikan barang kemas, belanja isteri perkakasan dapur atau banyak lagi. Kadang-kadang, bukan wang ringgit yang buat isteri bahagia tetapi layanan baik dan penghargaan dari suaminya.
Lihat sahaja kecomelan pasangan ini. Si isteri buat kejutan dengan membeli baju tidur bercorak dinosaur, suami pula tak kisah untuk ‘ikut tema’. Selamba dia pun pakai sekali!
Tak memikirkan tentang ego, suami ikut melayan kerenah isteri untuk membahagiakannya. Jom tengok perkongsian suami ini.
CINTA ITU PENGORBANAN
“Bang!! Baju kita dah sampai” Aikkkk.. Bila aku beli baju? “Cuba laaa pakai… Mesti comey” Yer laaaa.. Yer laaa… Berjalan masuk bilik dan salin pakai baju dinosor. Lepas tarik nafas 3 4 kali… Aku buka pintu bilik… Taaadaaaaaaaaaaaaaa…. Saat tuu aku tgk bini aku dah tertiarap berbuih mulut sbb gelak kat aku.. Cuuihhhhh… Dia xpernah tgk citer dinosor ke? TRex semua ganas2 tau.. Ceeiiitttt.. Ko gelak pehal? Tak pernah tgk dinosor gemok? 😆😆😄😄
Paling Penting, Rendahkan Ego Kita!
Kita sebagai lelaki.. Persiapan paling penting untuk hadapi alam perkahwinan adalah rendahkan ego kita supaya kita dapat bergaul sebati dgn anak2 dan isteri kita. Melihat mereka bahagia adalah puncak pencapaian tertggi kita sebagai seorang suami. “Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya”.
Mewahkan dan lambakkan mereka dgn harta bukanlah satu2nya jalan untuk bahagia. Adakah mereka impikan rumah banglo sebesar istana? Tidak… Adakah mereka impikan kenderaan mewah bagaikan raja? Tidak… Adakah mereka inginkan makanan sedap bagaikan santapan si putera? Tidak… Mereka hanya perlukan KITA… Yaaa.. KITA.. Kita hanya perlu jadi seorang suami yang wujud melayani mereka sehendaknya… Sayangi keluarga kita..
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.