Ads

Ibu Reda, Tiga Beradik Kemalangan Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad!

Ibu Reda, Tiga Beradik Kemalangan Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad!

Sayu melihat wajah seorang ibu yang terpaksa menerima hakikat kehilangan tiga anak tersayang dalam sekelip mata. Bukan seorang, bukan dua, tetapi tiga permata hati yang selama ini menjadi penyeri kehidupan keluarga pergi buat selama-lamanya.

Tiada kata mampu menggambarkan betapa beratnya ujian yang ditanggung oleh Julaiha Munaji, 44, apabila tiga anaknya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Pontian, Johor, semalam.

Namun, seberat mana pun ujian yang hadir, ketentuan Allah SWT tetap perlu diterima dengan hati yang tabah. Kini, yang tinggal hanyalah kenangan dan kerinduan terhadap tiga anak yang tidak mungkin kembali lagi.

Lebih meruntun hati, ketiga-tiga beradik itu akhirnya disemadikan bersama dalam satu liang lahad, selepas pemergian mereka yang begitu mengejutkan seluruh keluarga.

Ibu Reda, Tiga Beradik Kemalangan Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad!

Tiga Beradik Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Jenazah tiga beradik, Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisha Norlizan, 8, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Siraj, Pontian, petang Khamis.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah dibawa pulang ke kediaman keluarga selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Pontian.

Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian apabila lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara, guru serta penduduk setempat hadir mengiringi perjalanan terakhir tiga beradik berkenaan.

Solat jenazah terlebih dahulu disempurnakan di Masjid Parit Haji Siraj sebelum ketiga-tiganya dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Ads

Ibu Reda, Tiga Beradik Kemalangan Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad!

Sudah Diberitahu Sekolah Tutup, Namun Anak Tetap Mahu Pergi

Terdahulu sebelum kejadian, Julaiha sebenarnya sudah memaklumkan kepada dua anaknya yang masih bersekolah bahawa sekolah ditutup susulan keadaan jerebu yang melanda Johor.

Bagaimanapun, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa Raisha tetap berkeras mahu hadir ke Sekolah Kebangsaan Parit Sapran.

Difahamkan, kedua-duanya tidak percaya sekolah ditutup, malah sudah bersiap dengan pakaian sekolah dan mahu meneruskan rutin persekolahan seperti biasa.

Akhirnya, abang sulung mereka, Nor Daniel Aiman, membawa kedua-dua adiknya menaiki motosikal.

Ads

Namun, siapa sangka perjalanan pada pagi itu menjadi perjalanan terakhir mereka bertiga.

Niat seorang abang untuk menghantar adik-adiknya ke sekolah bertukar tragedi yang tidak pernah dibayangkan oleh keluarga berkenaan.

Ibu Reda, Tiga Beradik Kemalangan Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad!

Kemalangan Tiga Beradik di Pontian Berlaku Sekitar Jam 7.20 Pagi

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussain, kemalangan berlaku kira-kira jam 7.20 pagi di Jalan Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, Pontian.

Ketika kejadian, motosikal yang ditunggang Nor Daniel Aiman bersama dua adiknya terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Ads

Akibat kemalangan tersebut, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa Raisha disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Abang mereka pula mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Pontian.

Semoga Julaiha dan seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi ujian yang amat berat ini.

Semoga roh ketiga-tiga beradik dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Baca: Tiga Beradik Maut Nahas Motosikal, Niat Pulang Ke Rumah Selepas Sekolah Ditutup Berakhir Tragedi

“Saya Dah Beritahu Tak Payah Pergi Sekolah”, Ibu Tiga Beradik Maut Kemalangan Tak Sangka Anak Pergi Buat Selamanya!

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Belanjawan 2027: 20 Bantuan Setiap Keluarga Kena Tahu, No. 10 Bagaikan...

Belanjawan 2027 membawa 20 inisiatif menarik buat keluarga termasuk bantuan SARA, bantuan persekolahan RM200, pelepasan cukai dan insentif rumah.