
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa
melaksanakan inisiatif bersepadu dan mempelbagaikan pendekatan mesra pelanggan
untuk membantu serta memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman.
Antaranya dengan mengadakan kempen-kempen yang memberi manfaat istimewa
kepada peminjam PTPTN.
PTPTN dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)
menganjurkan Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat bertujuan untuk
menggalakkan peminjam membuat bayaran balik melalui saluran tanpa tunai sekaligus
dapat mendidik orang ramai mengenai kelebihan bayaran tanpa tunai yang lebih cepat,
mudah dan selamat melalui aplikasi myPTPTN.

Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang menggunakan aplikasi myPTPTN.
Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai
berjumlah RM120,000 untuk 120 orang pemenang. Setiap pemenang akan menerima
hadiah berjumlah RM1,000 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Tempoh
kempen adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Julai 2024 sehingga 30 September 2024.
Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum
RM100 dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat 10 cabutan dan
penyertaan adalah secara automatik. Selain itu, pengguna myPTPTN yang baharu
mendaftar dalam tempoh kempen layak mendapat 20 cabutan.

Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, “Sebagai
peneraju tabung pendidikan tinggi negara, PTPTN akan terus komited dalam agenda
pendigitalan untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik.”
“Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat adalah kempen untuk
menggalakkan lebih ramai peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka agar
kesinambungan pinjaman PTPTN dapat diteruskan untuk generasi akan datang.
Selain itu, melalui kempen ini juga peminjam PTPTN yang memenangi hadiah wang tunai akan menerima tambahan kewangan yang secara tidak langsung membantu mereka
membayar balik pinjaman,” ujar beliau lagi.
PTPTN berharap dengan penganjuran kempen ini akan meningkatkan kesedaran
peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui aplikasi
myPTPTN.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen myPTPTN Mudah, Cepat &
Selamat layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi
myPTPTN untuk mendapatkan notifikasi dan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila dan di
mana sahaja dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak Mustahil Hidap Kanser Waktu Hamil, Penyusuan Mampu Rendahkan Risiko!

Penyakit kanser menjadi ketakutan bagi sesiapa pun. Kanser payudara dan kanser serviks semestinya menjadi satu igauan ngeri bagi semua wanita. Namun kanser, penyakit tanpa faktor dan sebab ini boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa ketahui apa punca sebenarnya.
Namun kenyataan daripada doktor pakar ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada wanita, lebih-lebih yang menyusukan anak.
Menurut Dr Sarinah Basro, Consultant Breast & Endocrine Surgeon, Avisena Specialist Hospital, memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.

Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan, lebih kecillah risikonya untuk mendapat kanser payudara. Menyusu badan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.
Walaubagaimanapun, pengurangan risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan ada wanita yang menyusu bayi lebih dari setahun pun tetap mendapat kanser payudara.
Malah Dr Sarinah Basro turut merungkai permasalahan kanser payudaya yang turut berlaku kepada ibu hamil.
“Secara umum, faktor sebenar penyebab kanser payudara tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah:

- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara (terutamanya ibu atau adik-beradik perempuan)
- Sejarah telah mendapat kanser pada satu payudara.
- Terdedah kepada kesan hormon estrogen yang berpanjangan seperti
– peningkatan usia
– mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
– tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
– pengambilan pil hormon gantian yang berpanjangan di kalangan wanita- wanita keputusan haid ( menopause)
- Obesiti atau kegemukan
Walaubagaimanapun, faktor risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan mereka yang tidak punya faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara.

Wanita yang menghidap kanser ketika hamil adalah insiden atau satu kebetulan. Tiada punca dan kesan yang jelas yang dapat dikaitkan antara kanser dengan kehamilan. Beberapa kajian kanser payudara mendapati majoriti kanser payudara yang didiagnosis ketika hamil adalah reseptor hormon yang negatif. Ini bermaksud, ia tidak bergantung pada kadar tinggi hormon wanita yang hadir ketika mengandung.
Oleh itu, tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam wanita mengandung yang mendedahkan mereka kepada pembentukan kanser.
Risiko Rawatan Kanser Pada Ibu Hamil
Adalah berbahaya bagi ibu hamil untuk menjalani setiap rawatan kimoterapi dan sebagainya namun menurut Dr Sarinah lagi, setiap pesakit perlu menjalani rawatan yang sama seperti pesakit kanser yang lain.
Ibu hamil yang disahkan mengidap kanser payudara perlu mendapat rawatan sepertimana pesakit-pesakit yang lain. Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kanser payu dara itu. Walaubagaimanapu ia perlu disesuaikan dengan peringkat kehamilan untuk mengurangkan risiko terhadap bayi dan kandungan.
Antara risiko kemoterapi kepada janin adalah keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kecacatan dan merencat perkembangan bayi atau kurang berat badan.
Oleh itu, rawatan kemoterapi ketika trimester pertama (< 12 minggu) cuba dielakkan kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan. Kemoterapi yang dilakukan ketika trimester kedua (12-24 minggu) dilaporkan selamat untuk pesakit hamil. Doktor juga akan cuba tidak melakukan rawatan kemoterapi pada penghujung trimester ketiga supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran.
Teknik Penyusuan Perlu Tepat

Terdapat pelbagai aspek yang seharusnya diberikan perhatian ibu bagi memastikan kesihatan ibu terjamin. Antara hal yang perlu diberikan keutamaan adalah ketika proses menyusukan anak serta menjaga payudara itu sendiri agar dapat memberikan susu berkualiti disamping menjaga kesihatan ibu. Jangan lepas pandang, wajib berikan perhatian kepada teknik penyusuan misalnya supaya dapat mengelakkan sebarang risiko.
Penyusuan ibu juga perlu dilakukan secara berterusan sebagai salah satu langkah mengelakkan daripada kanser payudara. Hal ini perlu diketahui oleh semua wanita.
Satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai teknik penyusuan yang tepat agak ibu terhindar daripada permasalahan ketika menyusu. Malah pelbagai risiko bakal mengundang jika penyusuan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Menurut Puan Suriayana Mohd Said, Nurse Manager Nursery dan Kaunselor Laktasi, Avisena Women & Children Hospital, ibu sering berdepan dengan masalah ketika menyusukan anak. Antara permasalahan yang sering dihidapi ibu adalah masalah merekah dan melecet.

“Jika merekah/melecet, ibu masih boleh meneruskan penyusuan. Sekiranya ibu merasa sakit atau terdapat luka berdarah dari puting, boleh rehatkan payudara tersebut daripada menyusu dan melakukan perahan sekurang-kurangnya 8 kali sehari dan mulakan penyusuan semula apabila puting sudah sembuh.
Jika susu perahan mengandungi darah adalah selamat diberikan tapi ada beberapa pengecualian dan perlu dielakkan memberi susu ibu jika dalam masa terdekat ibu pernah menghidapi jangkitan seperti hepatitis, sepsis atau penyakit bahaya yang lain. Bincang dengan doktor sebelum memberi anak susu bercampur darah.
Selain itu, ibu juga boleh dikaitkan dengan tiga permasalahan lain yang mengundang bahaya kepada ibu ketika menyusu.

Jangkitan kulat
- Jangkitan kulat mudah terjadi kepada puting atau kulit yang luka dimana medium yang lembab yang sesuai untuk pertumbuhan kulat.
- Tanda-tanda jangkitan kulat seperti merasa sakit semasa dan selepas penyusuan yang tidak pernah dialami sepanjang penyusuan. Sakit seperti pisau yang menusuk/ bersifat panas serta terbakar pada payudara. Puting dan kawasan areola menjadi keruping dan kemerahan. Terdapat tompokan putih pada mulut bayi yang menunjukkan si bayi mungkin terkena jangkitan.
- Jika ibu ada jangkitan kulat pada puting adalah selamat untuk menyusukan bayi dengan syarat ibu dan anak mendapat rawatan. Susu ibu mengandungi pelbagai antibody, anti-bacteria dan juga anti-kulat. Ibu perlu berjumpa doktor untuk mendapat ubat anti kulat dan bayi perlu diberikan oral anti-kulat sebagai pencegahan.

Bengkak susu
- Payudara yang bengkak, rasa sakit, nampak berkilat, merah. Terjadi disebabkan lewat memulakan penyusuan selepas bersalin, pelekapan salah, tidak menyusu dengan kerap. Ia boleh dicegah dengan menyusukan bayi seawal mungkin selepas kelahiran, dengan kerap mengikut permintaannya dengan posisi dan pelekapan yang betul.
Mastitis
- Mastitis keadaan dimana payudara mengalami keradangan dan boleh menjadi jangkitan. Ibu akan merasa sakit, demam dan tidak sihat. Sebahagian payudara bengkak, keras dan merah.
- Beza bengkak dan mastitis: bengkak berlaku pada keseluruhan payudara dan biasanya kedua-dua belah. Mastitis berlaku sebhgian payudara dan selalunya sebelah sahaja.
- Mastitis boleh berlaku kepada payudara yang bengkak/akibat saluran tersumbat.
- Boleh dirawat dgn antibiotik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermalam Dalam Suasana Sejuk Ala Oversea, Ini 5 Destinasi Yang Wajib Dikunjungi Bersama Anak!

Percutian dalam suasana sejuk memang menjadi impian setiap anak kecil. Mana tidaknya setiap kali tengok cerita Krismas pasti anak tertanya-tanya dekat mana turunya salji? Memandangkan Malaysia beriklim panas dan sejuk sepanjang tahun, hanya tempat-tempat tertentu sahaja anda boleh merasai kesejukan luar biasa.
Cuti sekolah kali ini apa kata mama papa bawa anak ke tempat-tempat menarik dalam Malaysia sambil menghayati keindahan alam ditambah pula dengan cuaca sejuk dan nyaman! Anak-anak pasti seronok jika dapat bermalam di tempat yang dikongsi di bawah ini:
- Menginap di Glamz at Genting Glamping. Rasai pengalaman bermalam dengan khemah mewah. Pilihlah antara Dome Room yang membolehkan anda melihat bintang-bintang pada waktu malam atau VIP Dome with Private Jacuzzi di mana anda boleh berendam dalam ketenangan sambil menghirup udara segar. Jika anda mahu berkhemah dengan keluarga besar, pilihlah Family Dome yang pastinya menjanjikan keselesaan!

Selain itu, anda sekeluarga juga boleh buat aktiviti di Genting SkyWorlds Outdoor Theme Park, Ripley’s Adventure (5 Attractions), Jungle Gym. Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
- Menginap di Copthorne Hotel Cameron Highlands sambil buat aktiviti di The Sheep Santuary, Mossy Forest. Salah satu tarikan di tanah rata Cameron Highland adalah The Sheep Sanctuary yang pastinya akan memberi satu pengalaman indah apabila anda sekeluarga berpeluang untuk melihat kambing biri-biri yang comel dan memberinya makan. Mesti anak-anak suka!

Bagi yang nak melawat sekitar Cameron Highlands boleh ambil pakej Cameron Highlands Day Tour. Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
- Menginap di Blue Mountain Lodge Kundasang sambil buat aktiviti di ATV Adventure Kundasang. Bercuti sambil buat buat aktiviti lasak pun ‘best’ juga! Tingkatkan adrenalin anda sekeluarga dengan merasai sendiri pengalaman menaiki ATV di pelbagai laluan mencabar yang telah ditetapkan.

Menariknya, anda sekeluarga dapat melihat betapa indahnya pemandangan di Kundasang. Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
- Janda Baik, Tiarasa Escape Glamping yang menjanjikan percutian seronok dan menenangkan! Bagi anda yang sukakan alam sekitar, sesuai sangatlah bercuti di sini. Selain pemandangan indah, anda pastinya teruja dengan ketenagan yang ada di sini.

Juga ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti merentas hutan dan melihat burung, berpiknik di tepi sungai, menonton wayang sambil diterangi cahaya bulan serta banyak lagi!
Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
5. Percutian di rumah colonial Green Acres Fraser’s Hill, yang jauh dari hiruk-pikuk kota dengan cuaca yang redup dan menenangkan. Boleh bercuti dengan keluarga besar dan masak sendiri makanan kegemaran anda.

Boleh bawa anak-anak menunggang kuda di The Paddock atau berada dekat dengan alam sekitar di Allan’s Water, berkunjung ke The Edible Garden atau Sanyi Orchid Farm. Anda pastinya atidak akan merasa bosan di sini!
Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
Tawaran Istimewa Hanya Di Klook

Bagi yang pertama kali menggunakan aplikasi Klook pasti anda tertanya-tanya apa kelebihan yang ditawarkan di aplikasi ini bukan? Tetapi bagi pengguna setia Klook semestinya anda akan membuat pembelian tiket melalui aplikasi ini kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding harga yang terdapat tiket di kaunter malah anda juga mendapat keistimewaan untuk ‘potong Q’ dan tidak perlu untuk beratur panjang. Hanya tunjuk sahaja tiket yang telah dibeli secara dalam talian kepada penjaga kaunter.
Selain itu, melalui aplikasi Klook, juga anda boleh mendapatkan tawaran secara kombo seperti penginapan dan juga aktiviti dalam satu tiket. Lebih jimat dan lebih mudah! Tiket yang ditawarkan juga bertarikh terbuka, bila-bila masa sahaja yang anda dan keluarga ingin lawati. Yang paling penting di musim endemik ini kemasukan adalah secara tanpa sentuhan (contactless).

Diskaun 15% Untuk Pengguna Baru!
Bagi pengguna baru anda boleh nikmati penjimatan dan diskaun sebanyak 15% di seluruh tapak dengan menggunakan kod NEWTIOKLOOK15 (diskaun dihadkan pada RM50) dan tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk tarikan terpilih.

Untuk lebih banyak tawaran istimewa untuk percutian anda seterusnya boleh layari laman sesawang klook.com atau muat turun segera aplikasi Klook di Apps store telefon mudah alih anda!

Untuk anda dan keluarga yang suka tempat sejuk, bawalah anak-anak melawat ke sini dan nikmati percutian yang menyeronokkan bersama Klook! Jangan lupa untuk mengambil gambar serta video untuk kenang-kenangan bersama keluarga tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilema Ibu Bekerja: Mencari Pengasuh ‘Serasi’ Dengan Anak

Tidak dinafikan, salah satu dilema ibu yang bekerjaya adalah untuk mencari pengasuh yang serasi dengan anak. Antara yang menjadi kegusaran ibu adalah untuk mendapatkan pengasuh yang bertanggungjawab, penyayang dan sentiasa ikhlas ketika diberi amanah untuk menjaga anak.
Seboleh-bolehnya sebagai seorang ibu, sudah tentulah kita mahu menjaga sendiri anak kesayangan. Namun, bukan semua ibu berpeluang untuk fokus menjaga anak di rumah kerana terikat dengan tanggungjawab kerja.

Oleh itu, sangat penting untuk ibu ayah untuk menjaga pengasuh yang diyakini dan mempunyai kemampuan untuk menjaga anak. Bukan sahaja cekap namun pengasuh juga perlu ada keupayaan yang kukuh untuk menjaga anak serta menguruskan rumah.
Kena Cari Betul-Betul, Jangan Tersalah Pilih Pengasuh
Banyak faktor yang perlu diberi perhatian ketika mencari pengasuh yang paling baik apabila berkata tentang perwatakan pengasuh. Adakah bakal pengasuh mempunyai perwatakan yang mudah didekati? Kebiasaannya, anak-anak lebih mudah tertarik kepada pengasuh yang mempunyai sifat peramah dan penyayang.
Antara cara untuk mencari pengasuh yang tepat untuk anak adalah:
1. Bertanya kepada orang lain
Sekiranya ada ahli keluarga mahupun rakan-rakan yang mempunyai kenalan pengasuh, bolehlah bertanya kepada mereka. Dengan itu, ibu ayah boleh mengetahui lebih banyak tentang bakal pengasuh. Sebaik-baiknya elakkan untuk terus memilih pengasuh yang tidak dikenali kerana dikhuatiri mereka tidak serasi untuk menjaga anak anda.

2. Buat survey
Sekiranya ibu mahu memilih pengasuh, buatlah survey terlebih dahulu. Ambil kira tentang perwatakan bakal pengasuh serta persekitara rumahnya. Pastikan kawasan rumahnya selamat bagi memastikan keselamatan anak sekiranya dihantar kepadanya.
3. Gunakan aplikasi yang sesuai dengan anda
Cara paling mudah mencari pengasuh yang boleh dipercayai adalah dengan menggunakan Sitly – sebuah platform dalam talian yang menghubungkan ibu bapa dan pengasuh. Dengan cara ini, anda dapat memilih bakal pengasuh mengikut kriteria yang diingini.
Aplikasi yang mengetengahkan pengguna telah ditubuhkan pada tahun 2009 di Belanda oleh seorang bapa sendiri apabila Jules van Bruggen menghadapi kesulitan untuk mencari khidmat jagaan anak untuk keluarganya sendiri. Beliau membuat keputusan untuk mencipta penyelesaian alternatif yang fleksibel dan boleh diakses.
Sitly kini aktif di 14 buah negara berbeza dengan lebih daripada 7 juta pengguna berdaftar, lantas menjadi platform antarabangsa yang pesat membangun dalam menghubungkan ibu bapa dan pengasuh.

Tahniah! Sitly juga merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 yang menerima anugerah Apps Pengasuh Anak Pilihan Pa&Ma.
Ibu bapa dapat mengawal dan menguruskan sepenuhnya proses pencarian serta pemilihan pengasuh yang bersesuaian dengan cara hidup dan kos mereka tanpa terikat dengan syarat dan komisen daripada syarikat agensi.
Pelbagai kelebihan yang boleh ibu bapa dapat daripada Sitly antaranya ibu bapa mempunyai fleksibiliti untuk mencari pengasuh pada bila-bila masa mengikut ketetapan dan keutamaan sendiri dan berdekatan dengan rumah.
Dengan cara ini, ibu ayah lebih yakin kerana dapat memilih pengasuh yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Dibandingkan dengan aplikasi pengasuh lain di pasaran, Sitly membolehkan kita memilih sendiri pengasuh yang diingini. Sebagai contoh, ibu ayah boleh memilih pengasuh yang pandai memasak, boleh memandu untuk menghantar dan menjemput anak dari sekolah dan banyak lagi.

Selain itu juga ibu bapa dapat menguruskan sendiri proses pemilihan pengasuh dengan mengadakan temu duga atau mencuba dulu khidmat pengasuh mengikut cara dan keselesaan ibu bapa itu sendiri.
Boleh dikatakan pengasuh yang ada di dalam senarai aplikasi Sitly bukan sembarangan! Semuanya berkelulusan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai pengasuh dengan banyak lagi kelebihan lain.
Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi ini, and boleh layari www.sitly.my atau ke laman Facebook SitlyMY atau Instagram sitly.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


