Perkongsian video yang dikongsi oleh seorang ibu tular apabila anaknya mendakwa tiada siapa yang mahu berkawan dengannya kerana dia bercakap menggunakan bahasa Inggeris.
Perjuangan anak kecil ini untuk berkawan menarik perhatian apabila ibunya, Farahani, menyiarkan video ke TikTok pada Selasa (21 Mac 2023) yang lalu.
Pada awal klip video, anak kecil ini kelihatan gembira dan bersedia untuk ke sekolah. Selepas itu, anak kecil ini menangis teresak-esak ketika pulang.
Ads
Apabila ibunya bertanya mengapa, dia hanya berkata bahawa tiada siapa yang mahu berkawan dengannya kerana dia “berbahasa Inggeris”.
Ibu gadis itu turut menambah dalam video itu bahawa anaknya tidak fasih berbahasa Melayu, justeru itu menjadi halangan bahasa antara anaknya dan rakan sebayanya. Ibu menyalahkan dirinya sendiri atas kesukaran anak perempuannya berkawan.
Melihat anak perempuannya putus asa kerana tidak dapat berkawan membuatkan Farahani sedih.
Dalam kapsyen video itu, dia berkata dia tidak pernah menyangka perkara seperti itu boleh berlaku, dan meminta maaf kepada anaknya.
Ads
Pada (26 Mac), Farahani menyiarkan video susulan sebagai respons kepada wargamaya yang mengulas tentang anaknya.
Pengulas telah mengatakan bahawa dia adalah salah seorang senior anak perempuannya, dan sering melihatnya berehat dan berjalan sendiri.
Farahani boleh dilihat bercakap dengan sebak ketika dia menyatakan rasa bersalahnya terhadap keadaan anak perempuannya.
Dia berkongsi sebagai pengajaran kepada ibu dan keluarga lain dan menasihati walaupun mengajar anak-anak bahasa Inggeris, seseorang juga harus bercakap dengan anak mereka dalam bahasa ibunda mereka — dalam kesnya, bahasa Melayu.
Ads
Ramai yang memberi kata-kata sokongan dan nasihat kepada anak kecil itu.
Sebak! Hanya itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan apabila membaca berita tentang bayi ini. Tidak mampu melawan, hanya senyum apabila dipaksa, cuba menahan sakit dan hidup seperti biasa walaupun setiap hari didera oleh ibu angkatnya. Dia keliru, apakah salahnya? Dia hanyalah bayi yang berusia 16 bulan ketika itu.
13 Januari 2021 perbicaraan pertama sebutan kes yang berlaku di Korea, sebut satu-satu kesalahan apa yang mak angkat baby ni dah buat. Akan ada perbicaraan kedua dan ketiga. 17 Februari 2021 adalah tarikh perbicaraan kedua.
Didera dalam tempoh yang lama (271 hari) sehingga mati. Punca kematian adalah dari pankreas yanang pecah, hanya beban sebanyak 3800-4200 Newtons sahaja yang mampu menyebabkan pankreas dalam abdomen baby pecah dan ini bersamaan berat seorang wanita dewasa yang berdiri dari atas sofa melompat pijak perut bayi yang baring di lantai.
Tempurung kepala retak, tulang bahu patah, tangan kaki patah, tulang rusuk jugak banyak patah dan ada yang tumbuh semula tanpa diberi rawatan sepatutnya.
Baby Jung In didera fizikal dan mental oleh ibu angkatnya, dia juga tidak diberi makan dengan betul sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi. Dikurung dalam bilik gelap dibiarkan menangis sehingga tidur keletihan, disuap makanan panas yang baru keluar dari microwave, diberi makan cili, sering ditinggal bersendirian di dalam kereta, disimbah air panas.
Baby Jung In juga seperti dipukul dengan objek keras dan besar dalam keadaan tangan tergantung sampai ada kecederaan teruk di bahagian ketiak. Jangan pernah kita lupa apa yang terjadi dekat baby ni. Teruskan berdoa moga keadilan berpihak pada Jung In. Moga Allah mendengar setiap satu doa dari hambaNya.
Buat pengetahuan semua, Jung In kene bukan sikit-sikit. Usus dia bocor, ini menyebabkan 90% cecair (bersamaan 600ml air) dalam badan memasuki ususnya yang koyak. Usus Jung in penuh gas, darah dan nanah. Bagitau aku macam mana baby nak terima makanan kalau perut dia sendiri bukan dalam keadaan yang baik.
Bagitau aku macam mana usus budak sampai bocor koyak, kerja siapa kalau bukan mak bapak angkat dia yang zalim. Bila budak tak boleh terima makanan kau salahkan budak tu picky eater katanya, sebab tu tak cukup nutrisi. Ada kau bawak dia jumpa doctor tak check apa masalah??
Tak ada kan? Mak angkat dia tak pernah pun dapatkan rawatan sepatutnya dari hospital untuk baby Jung In, sedangkan tulang bahu patah pun dia letak anduh bodoh macam tu je berbulan-bulan sampai budak tu meninggal dia biarkan je patah! Hujung hayat Jung In, dia kene serangan Jantung sebanyak 3 kali. Bayi sekecil ini, kene serangan jantung 😫
Bila cikgu taska bawak ke hospital mak angkat meroyan mengamuk-ngamuk dekat taska kenapa bawak anak pegi hospital. Kalau kau sejenis mak bapak elok tak ada la cikgu taska kena ambik peranan kau. Aku betul tak boleh digest perangai si Jang Ha Young ni. Yang suami pulak jenis takut bini mengikutttt je!
Masalah semua berpunca dari mak angkat dia tapi hujung-hujung dia tolak semua salah dekat Jung In jugak. Jung In mati jatuh sofa kata nya. Ya Rabbi. Kau nak menipu apa lagi la hai. Berat dia 50kg pegi pijak baby berat 8kg. Bayangkanlah daya yang Jung In kene tanggung!
Gambaran cara ibu angkat Jung In bawak dia, rangkul dekat leher macam tu. Masuk dalam lif dia letak baby dekat tempat pemegang tu dia belek-belek muka dekat cermin 😡😡 ada lagi satu rakaman cctv lif, dia tolak stroller kuat-kuat sampai langgar dinding lif. Berpaut la baby kuat-kuat takut jatuh dari stroller. Time tolak keluar lif pun tolak kasar-kasar sampai terangkat dua tayar depan.
Inilah hari terakhir Jung In di taska sebelum dia pergi buat selamanya..Dia nazak 😢 tak ada siapa pun yang tahu nasib dia untuk esok hari.. dipijak-pijak ibu angkat yang tak ada hati perut, sampai pecah pankreas Jung In. Dua hari tak diberi makan sebelum meninggal, diseksa pulak dengan kejam.
Dia lemah sangat-sangat. tak boleh berdiri.. bergilir-gilir cikgu pegang and peluk dia. Cikgu cuba berdiri kan dia tapi dia Tak larat. Makan pun tak boleh. Perut dia dah tak boleh terima makanan. Walaupun selembut-lembut pisang.
Termenung dia duduk tersandar, mungkin fikir nasib diri. Dia sendiri tak faham apa yang jadi. Gambar last sekali tu masa dia nak balik, cikgu bagitau ayah dia yang dia tak larat jalan ayah dia panggil juga suruh datang. Nampak ketara dia punya langkah tu berat.
Dua hari sebelum meninggal Jung In tak dibagi makan. Macam mana la sampai tak pecah kalau dalam keadaan macam ni ditekan pulak dengan beban yang tinggi. Waktu pagi hari Jung In kritikal tu jiran ada dengar bunyi berdentum kuat macam org baling benda ke lantai, itu pun dia boleh cakap dia tak tau apa jadi dekat Jung In, jatuh sofa je kata nya. 😡😡 dia ada keluar statement Jung In tak banyak menangis, doctor kata baby dah tak boleh nangis dah kalau dia nangis dengan kuat tulang rusuk dia yang patah tu bergerak-gerak boleh sebabkan dia lagi sakit. Antara tahan sakit dengan tahan nangis, baby terpaksa tahan nangis. Perit nya ya Allah
Allah. Kalau teringat Jung In memang tak ada perkataan lagi dah aku dapat sebut. Terlalu perit. Didera 271 hari, anak ini akhirnya pergi tanpa ada siapa pun dapat selamatkan dia. Aku harap si Jang dengan Ahn dapat hukuman setimpal. Harap dia rasa segala apa yang dia buat dekat baby ni. Kejam!
Ada dalam 20org masa dorang shooting (untuk satu rancangan dalam TV di Korea) dekat rumah si Jang mak angkat yang dera baby ni sampai mati dalam video di atas. Mustahil tak ada sorang pun yang nampak keadaan budak ni. Kenapa semua butakan mata!!! Tengok air muka dia pun kita tau dia confused dia tak betul-betul happy.
Aku sendiri dari jauh dalam gambar je pun aku nampak bahu belah kanan dia biru besar, tah apa la perempuan ni buat. Ni baju yang Jung In pakai ni baju anak dia masa umur 4 bulan padahal masa ni Jung In dah umur 14 bulan ye tuan puan.
Macam mana boleh muat?? Sebab perempuan ni tak bagi Jung In makan dengan betul! Dia suapnya makanan panas berasap dari microwave, sumbat nya sos maggie samyang yang pedas tu, dia bagi baby ni makan makanan expired satu tin 7hari berturut-turut.
Betul-betul kejam si Jang Ha Young ni. Tu dahi tu kene shoot dengan pistol mainan siapa buat? Bapak angkat dia yang buat!
Sekarang orang luar dah boleh hantar petitions. Ada yang nak join x ? Boleh hantar ke adibahnazib@gmail.com atau contact sy www.wasap.my/60126864246/JungIn
Nak kumpul banyak-banyak dan hantar sekali terus ke sana.. Saya ada tanya pasal hantar petitions ni melalui email tapi buat masa ni email tak diterima. Benda ni serius, bukan org Korea je marah satu dunia marah termasuk saya sendiri. Tak terbayang penderitaan yang ditanggung.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu bapa mana yang tak risau dan sedih saat dapat tahu anak yang dibawa pulang ke rumah selepas dilahirkan adalah anak orang lain. Tambah lagi ia kelahiran pertama selepas mendirikan rumah tangga Julai tahun lalu.
Tahu bukan anak sendiri selepas hari kedua pulang ke rumah
Namun situasi ini benar-benar meninggalkan trauma kepada Muhammad Khairulazman Moh Pardon dan isterinya, yang hanya menyedari pertukaran itu selepas hari kedua mereka membawa pulang bayi ke rumah.
Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, isterinya melahirkan anak lelaki menerusi pembedahan pukul 3 petang, 10 Jun lalu di sebuah hospital di Shah Alam.
“Dah rasa lain, sebab mata anak tak sama”
Khairul menjelaskan, semasa hari pertama kelahiran anak (10 Jun) memang ada ambil gambar, mata dia bulat dan jelas nampak. Ada juga ambil gambar esoknya (11 Jun), tapi kami tengok muka bayi macam lain.
“Perbezaan ketara adalah pada mata. Kami tidak syak apa-apa kerana mungkin selepas sehari bayi itu banyak tidur, jadi mata dia lebih mengecil,” katanya sambil menambah isterinya dibenarkan keluar dari hospital pada petang 11 Jun sebelum membawa pulang bayi ke rumah.
Cari semula tag nama dalam bekas sampah
Bagaimanapun, menurut Khairul lagi, mereka menerima panggilan mengejutkan daripada pihak hospital pada Sabtu malam (12 Jun) memaklumkan tentang bayi mereka yang tertukar.
“Pihak hospital call tanya sama ada kami periksa tag (tanda nama) di kaki bayi atau tak. Kami kata tak check sebab tag pada stroller bayi di hospital adalah nama isteri saya.
“Kebetulan sampah belum lagi dibuang, jadi kami cari tag tu. Mula-mula tak percaya (bayi tertukar) tapi bila tengok tag tu bukan nama isteri saya, kami terus beremosi lebih-lebih lagi isteri yang baru lepas bersalin,” jelasnya.
Isteri menangis bila dapat tahu anak tertukar
Tambahnya lagi, dia dan isteri tidak mempunyai pengalaman menimang cahaya mata selepas berkahwin pada Julai 2020.
“Kedua-dia belah keluarga kami pula di Johor dan kami hanya tinggal berdua. Kami bawa balik bayi tu dah dua hari, sudah tentu kami dah sayang bayi tu.
“Isteri saya menangis, sampaikan kami tak percaya perkara ni boleh terjadi. Sepatutnya kami dapat servis yang terbaik sebab kami bayar,” ujarnya.
Kecuaian ni sepatutnya tak berlaku
Khairul menambah, dia kesal apabila mendakwa alasan yang diberikan pihak hospital berhubung insiden pertukaran bayi itu adalah kerana ‘terlepas pandang’.
“Kalau sekali mereka terlepas pandang di pihak anak saya, macam mana pula anak saya boleh keluar dari hospital dan dibawa balik ke rumah orang lain.
“Bagi saya kecuaian ini tidak boleh diterima. Kami buat laporan polis berhubung kejadian dan masih belum memikirkan untuk melakukan tindakan selanjutnya, katanya.
“Kami dah sayang bayi tu. Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu.
“Kami dah sayang bayi tu, syukur anak kandung pun selamat”
Khairul tetap bersyukur kerana pasangan suami isteri yang membawa pulang anak kandung mereka tergerak hati untuk memeriksa tanda nama pada kaki bayi yang dibawa pulang sehingga terungkainya kes pertukaran bayi.
“Kalau tanya perasaan, kami dah sayang bayi tu (anak orang lain). Hari pertama dah bawa dia balik ke rumah. Semalam tengok anak kandung kami, teringat bayi yang satu lagi.
“Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu terutama isteri. Alhamdulillah anak kami sihat.
“Alhamdulillah juga kami mempunyai silaturrahim dengan keluarga di sebelah sana apabila kedua-dua bayi telah disusukan oleh isteri saya dan puan tu. Mereka berdua dah jadi adik beradik,” katanya.
Sebelum ini tular kes tertukar bayi apabila ibu kepada salah seorang bayi menyedari anak yang dibawa pulang ke rumah bukan anak kandung selepas mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya.
Wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami menghubungi pihak hospital berhubung perkara itu sebelum bergegas ke hospital pada Sabtu malam (12 Jun) dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertukaran bayi.
Siti Suriani yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall turut membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk tindakan lanjut berhubung kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Assisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan berkenaan dibuat oleh suami Siti Suriani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 9 pagi (Ahad, 14 Jun).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Tular sebuah video memaparkan kegembiraan seorang pakcik apabila dapat mendukung bayi perempuan milik pasangan suami isteri yang makan bersebelahan mejanya.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, suami isteri tersebut iaitu @ameeraida menyatakan bahawa pakcik yang duduk di meja sebelah mereka itu teringin menimang cucu tetapi anaknya belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan zuriat.
Ameera berkata, pada mulanya pakcik berkenaan bersama isterinya tersenyum melihat bayi mereka bernama Aufaa sebelum meminta izin untuk mendukung sementara pasangan muda itu sedang menikmati makanan.
“Tengah sarapan pagi di kedai mamak, ada pakcik makcik sebelah meja senyum-senyum tengok Aufaa. Pakcik tu kata ‘meh atok pegang kejap boleh? Bagi mommy daddy (@ameeraida) makan dulu’.
“Mula-mula macam risau, tapi takpelah. Makcik tu cakap dah lima tahun tunggu cucu daripada anak dia tapi belum ada rezeki,” tulis @ameeraida dalam video tersebut baru-baru ini.
Rakaman berdurasi 22 saat itu meraih hampir dua juta tontonan dan menerima 201,900 tanda suka selain lebih 1,700 komen dalam kalangan netizen.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI