Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda, malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang.
Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan seawal 3-4 tahun dengan tugasan mengemas mainan mereka, membuang sampah, memasukkan baju dalam mesin basuh dan mengemas katil.
Anak anak yang melakukan tugas di rumah akan mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih baik dan ini penting untuk kestabilan mental dan emosi mereka.
Ads
Ia juga penting untuk memupuk rasa tanggung jawab dan kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran. Sikap menjaga kebersihan bermula dari rumah. Jika dirumah mereka sudah biasa dengan persekitaran bersih, tidak membuat semak dan membuang sampah, menggunakan tandas dengan bersih, sikap ini akan dibawa apabila mereka berada di luar rumah.
Ads
Paling penting, perkara ini perlu ajar untuk anak lelaki dan perempuan. Jangan latih anak lelaki untuk menjadi “Raja” di rumah, kasihan bakal isteri nanti!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan sayur dan ulam-ulaman yang dijual dengan kuantiti yang agak banyak membuatkan kita terpaksa menyimpan lebihan bakinya di dalam peti ais. Lama disimpan, sudahnya sayur dan ulam layu dan terpaksa dibuang begitu saja.
Apa kata kali ini cuba petua mudah ini yang dikongsikan oleh Areini Hezry. Boleh tahan sampai empat minggu.
Saya nak share tips dan cara saya simpan ulam dan dedaunan kehijaun untuk tahan lama. Amat berguna untuk suri yang malas nak ulang pergi kedai macam saya.
Tambah pulak kalau jenis kirim daun sup, daun bawang kat suami dia beli banyak macam nak buat kenduri. Berguna sangat la tak membazir.
Untuk yang stay kat rumah tak ada tanah nak bercucuk tanam pun helok sangat la boleh guna cara ni, kita bertani dlm peti ais ja.
DAUN KARI
Dah 2 minggu masih fresh. Cara simpan tak payah basuh terus letak dalam bekas kering dan tutup rapat. Letak tempat beku. Nak guna nanti baru basuh. Boleh guna kaedah sama untuk simpan DAUN LIMAU PURUT.
DAUN BAWANG DAN SERAI
Nampak segar kehijauan kan. Masih segak bergaya walau dah dekat 4 minggu. Cara simpan cuma letak air dalam bekas paras akar simpan peti sejuk. Kena rajin tukar air. Pastu trim ujung daun yang layu. Trim takat yang layu ja macam dalam gambar. Kaedah sama jugak kalau nak simpan DAUN SUP.MENARIK:
PETAI
Dah banyak hari tapi masih handsome fresh dan rapuh biji petai. Cara simpan, simpan terus tempat beku dengan kulit, tak payah kopek biji. Kalau kopek ambik biji simpan beku nanti lembik. Tak caya buat la.
PELAM, ULAM ULAMAN
Masa ni pelam ni dah dekat 3 minggu, tapi masih fresh dan rapuh macam baru petik dari pokok! Sama jugak dengan pucuk pegaga tu mak bagi bekal dari kampung daun masih elok tak layu.
Cara simpan: rendam dalam air pastu letak peti sejuk. Kalau pelam yang dah masak pun sama jugak, beli banyak tak habis makan boleh simpan cara sama tak mau bagi buruk. Rekod saya simpan 2 bulan masih elok.
BUNGA KANTAN
Jiran bagi bunga kantan dah seminggu. Elok molek dia mekar dalam peti. Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras batang. Simpan peti sejuk.
KANGKUNG
Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras akar smpai batang sikit. Rajin-rajin tukar air 3 hari sekali. Nanti kalau ada daun kuning macam dalam gambar kutip la buang. Lagi kita petik lagi naik pucuk muda bercambah. Syokk tak payah tanah nak tanam kangkung. Guna jug ja. Yang ni tak payah letak peti ais, letak luar ja.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
“Mika ni lagi bijak dari Arisa kan, pandai betul dia” “Mika ni lebih putih dari Arisa” biasanya perbandingan ini dibuat apabila kedua-dua mereka bermain bersama, si ibu yang mendengar perbandingan ini pastinya kecewa, terasa hati dan sedih.
Tak kurang juga ada ibu bapa sendiri yang kerap membanding-bandingkan kelebihan anak-anak mereka. Yang kurang dalam segala hal pasti dimarah-marah. Yang pandai, cantik pastinya dipuji si ibu dan ayah. Namun semuanya memberikan kesan dalam kehidupan anak-anak.
Perbandingan yang sering dilakukan dalam keluarga:
Ibubapa membanding-bandingkan
Antara anak dengan anak
Antara anak dengan anak saudara
Antara anak dengan anak jiran
Antara anak dengan anak rakan
Antara anak dengan rakan anak
Antara anak dengan diri ibubapa ketika seusia anak
Datuk nenek membanding-bandingkan
Antara cucu dengan cucu
Antara cucu dengan cucu orang lain
Sebarang bentuk perbandingan tidak membantu anak dan cucu untuk memperbaiki kelemahan diri. Apabila perbandingan dilakukan, apa yang dilihat hanyalah kekurangan anak berbanding kelebihan orang lain sedangkan anak juga mempunyai kelebihan tertentu yang semestinya tidak dimiliki oleh orang lain.
Perbandingan adalah cara yang paling tidak kreatif dan tidak produktif dalam proses keibubapaan. Ia hanya mewujudkan rasa “I am good for nothing” dalam diri anak-anak.
Dan anak akan mula menjauhkan diri dan memberontak.
Beri peluang dan bantu anak untuk menjadi versi terbaik dirinya sendiri.
Puteri Sarah Liyana, 33, mempunyai cara tersendiri menjadi ibu yang baik untuk anak lelakinya, Syaikhul Islam, 11 bulan.
Pelakon yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah filem KL Special Force, Syamsul Yusof, 34, lebih senang menguruskan sendiri anaknya walaupun mempunyai pembantu.
Sebagai ibu, Sarah berusaha menjadi ibu yang baik untuk anaknya kerana tahu dia memainkan peranan penting dalam kehidupan Syaikhul.
Pada peringkat usia 0-6 tahun, ibu lebih berpengaruh pada si anak. Jadi ibu kena main peranan penting memberi contoh terbaik kepada anak.
Berikut antara cara didikan yang dilakukan oleh Sarah bagi memberikan contoh terbaik untuk anaknya.
Baru-baru ini tular video yang Sarah muat naik dalam insta storynya ketika keluar berjalan-jalan bersama rakan pelakon Sabrina Ali ke pusat beli belah The Curve. Walaupun bergelar selebriti popular, dia memberikan layanan baik terhadap pembantu anaknya dengan turut menyuruh pembantunya duduk makan semeja bersama mereka.
Ramai pengikutnya memuji layanan baik yang diberikan oleh ibu muda ini tanpa mengira darjat dan pangkat. Secara tak langsung dia telah menunjukkan teladan yang baik kepada anak yang pasti akan memerhati dan meniru setiap perbuatan yang ditunjukkan oleh si ibu.
Sebagai ibu yang menjadi pengaruh terbesar kepada anak, Sarah menanamkan rasa keyakinan diri pada anak lelakinya. Walaupun belum mencecah usia setahun, Syaikhul sudah pun dihantar belajar berenang. Ini salah satu cara untuk mendidik anak lebih berkeyakinan diri.
Walaupun anak masih kecil tapi Sarah sudah membiasakan Syaikhul berdikari terutama ketika dirinya sibuk dengan urusan di rumah. Sebagai anak lelaki, Syaikhul kena kental dan berani serta tak mudah menangis.
Antara cara mudah nak ajar si kecil berdisiplin adalah mengajarnya duduk dalam car seat semasa dalam kereta. Kalau dia boleh duduk diam tanpa masalah dan meragam, mudahlah untuk mendisiplinkannya. Itu cara Sarah buat untuk disiplinkan Syaikhul!
Sarah biasa dedahkan anaknya untuk explore dunia sekelilingnya kerana percaya anak lelaki perlu dibiarkan belajar menjadi berani dan lasak supaya menjadi pemimpin yang baik satu hari nanti.
Tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak sering disalah anggap sebagai penyakit biasa. Ketahui simptom penting, punca leukemia dan rawatan yang perlu ibu bapa fahami.