Sebelum ini Doktor Say Shahzril pernah berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya, Ace di sosial media miliknya. Walalupun pada awalya dia meluahkan rasa kurang bersemangat selepas mendapat laporan perkembangan putera sulungnya sehingga terasa berat.
“Kena duduk dan dengar progress Ace dah lalui sepanjang 4 bulan EIP (early intervention program), bukan saya tak suka dengar progress Ace tapi bakal berat lah otak jadinya”
Doktor selebriti itu sering berkongsi kisah Aezriel (Ace) yang disahkan menghidapi mild autism. Dalam pada masa yang sama doktor Say mengharapkan yang terbaik buat anaknya itu.
Semalam doktor Say Shahzril atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin memuatnaik gambar dia memegang kad OKU anak sulungnya. Menurutnya, dia merasakan pilu dan sedih apabila terima kad OKU anaknya. Tambahnya lagi, dia merasakan sedih bukan kerana malu tetapi kerana dia mengambil sedikit masa untuk menerima bahawa anaknya memang secara ‘rasmi’ berbeza.
“sy tahu kad inilah yg boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya sy atau wife tiba2 tiada di dunia ni”
Ads
“Nak kata sy sedih anak sy OKU juga tak sebab OKU doesnt mean dia tak boleh enjoy the world like other kids do. Sy serius taktahu kenapa sy sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now “OFFICIALLY” different.”- tulis doktor Say.
Walaupun dia tahu ada segelintir individu yang tidak bersetuju atas tindakan membuat kad OKU untuk Ace, doktor Say tetap dengan pendiriannya. Di posting yang lain, doktor say berkongsi kebaikan kad OKU dari akaun @pwlearningcentre
Rata-rata ibu bapa akan belikan anak-anak mereka mainan dan perhiasan tanda kasih sayang. Anak-anak ini suka sangat kalau mainan mereka ni warna-warni…ada bling-bling..bahagia rasanya bila tengok anak gembira.
Tapi ibu bapa kena hati-hati ya..sekarang ni kes kanak-kanak autisme dah jadi macam wabak. Sains belum menemui punca sebenar penyakit ini. Maka perkara kecil seperti ini harus diberi perhatian serius.
Tahu tak mak ayah yang prihatin, amatlah tinggi risiko bahan toksik PLUMBUM di dalam mainan anak- anak kita.
BAHAN MAINAN TERCEMAR PLUMBUM
Menurut Centre for Disease Control (CDC), sumber utama keracunan plumbum ialah:
1) Mainan kanak-kanak plastik.
– Plumbum digunakan untuk melembutkan dan menjadikan plastik lebih fleksibel.
– Apabila terkena cahaya matahari, udara dan detergen, plastik ini akan menjadi debu mengandungi plumbum tercemar.
2) Warna pada mainan kanak-kanak.
– Walaupun sudah diharamkan, pewarna tercemar plumbum masih lagi boleh didapati di pasaran.
– Pada tahun 2014, Kementerian Perdagangan mendapati banyak barangan mainan kanak-kanak yang diseludup masuk daripada China tercemar dengan logam berat plumbum ini.
BAHAN TOKSIK PLUMBUM
– Plumbum merupakan logam berat yang tidak mempunyai nilai paras yang selamat di dalam badan.
– Ia sangat toksik kepada sistem saraf, sistem darah dan organ hati dan buah pinggang.
– Keracunan akut (emergency) adalah jarang dan berkait pekerjaan.
– Keracunan biasanya adalah dalam dos rendah secara jangka masa panjang (kronik).
– Penyerapan dan keracunan pada kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding dewasa.
– Kesan paling merisaukan ialah kepada sistem saraf yang mana kesan keracunan plumbum boleh menyebabkan KEROSAKAN KEKAL.
– Kajian saintifik merumuskan bahawa logam berat plumbum memberi KESAN BURUK YANG SIGNIFIKAN PADA DOS YANG RENDAH dan setakat ini rawatan secara “chelation” tidak dapat memulihkan kesan kerosakannya.
– CDC mengesahkan kanak-kanak dengan paras lebih rendah daripada 10 mcg/dL boleh menderita masalah:
1) Rendah IQ
2) Lambat bercakap
3) Hilang pendengaran
4) Masalah pembelajaran
5) Lambat atau kurang membesar
6) Masalah tingkahlaku seperti ADHD, agresif dan ganas.
Selain itu, kajian menunjukkan plumbum boleh mencemari susu badan dan juga bayi dalam kandungan.
Paras plumbum darah yang tinggi pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, bayi kurang berat, bayi pramatang dan juga masalah perkembangan kemudiannya pada zaman kanak-kanak.
Menurut PROF. MADYA DR. MOHD. HASNI JAAFAR, Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi, Pusat Perubatan UKM:
(Diterbitkan oleh Utusan Online, Jun 2017)
“Kajian darah pusat bayi baru lahir di Kuala Lumpur menunjukkan hampir 30% daripada mereka mempunyai paras plumbum
melebihi 10 mikrogram per desiliter, tahap yang dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Satu kajian lain turut mendapati ibu-ibu hamil di kota ini mempunyai paras plumbum yang agak tinggi.
Kajian-kajian tersebut telah dilakukan pada awal tahun 2000, yang secara tidak langsung boleh meramalkan
akan berlaku peningkatan kes-kes juvana seperti buli, vandalisme, dadah dan kerosakan akhlak dalam jangka masa 15 tahun selepas itu.
Kini, pada 2017, kita dapat mendengar pelbagai masalah salah laku dalam kalangan remaja kita.”
SIMPTOM BERKAITAN KERACUNAN PLUMBUM
Semua sistem di dalam badan boleh terjejas kerana keracunan plumbum ini. Antaranya:
1) Hilang selera makan
2) Sakit perut
3) Muntah
4) Kurang berat badan.
4) Sembelit
5) Kurang darah merah.
6) Kerosakan buah pinggang.
7) Mudah marah/tersinggung.
8) Lesu
9) Masalah pembelajaran
10)Masalah tingkahlaku
11)Kebas hujung kaki dan tangan
12)Hilang memori
Dahsyat bukan kesan plumbum kepada kesihatan kita..semua sistem kita mungkin terjejas..perlahan demi perlahan.
Ini bukan bermakna tak boleh beli mainan. Cuma kita perlu lebih berhati-hati dan ambil langkah pencegahan.
4 LANGKAH PENTING PENCEGAHAN
1) Pilih mainan yang berlabel MC
( Malaysian Conformity).
Mainan ini mematuhi piawaian keselamatan termasuk bebas plumbum insha Allah.
2) Plumbum sangat minima kesannya jika bersentuhan berbanding melalui sedutan pernafasan ataupun mulut.
Maka jauhkan pewarna atau permainan yang mungkin tercemar plumbum daripada anak kecil yang suka masukkan mainan dalam mulut.
3) Elakkan mainan lama terdedah matahari . Buang sahaja jika plastik sudah mengeras dan luluh warnanya.
4) Sepertiga mainan daripada China didapati tercemar plumbum. Elakkan jika mampu. Jika tidak, mungkin perlu lebih penekanan tentang 3 point penting di atas.
Jika anda berminat mengetahui mengenai bahan mainan toksik plumbum, boleh rujuk katalog menarik dikeluarkan oleh badan jaringan NGO pembasmi bahan toksin POPs iaitu IPEN…
Barangan mainan ini mungkin sudah berada di rumah kita. Semoga kita dijauhi daripada bahaya logam berat toksik ini.. Jangan biarkan anak-anak kita menjadi mangsa kealpaan kita..
Anak tak ketagih gadget ni lasak dia memang luar biasa. Aduhai, letih sebenarnya jaga anak cara begini. Dari celik mata sampai dia tutup mata, tak boleh nak berehat. Ada sahaja akal dia nak improvasi segala benda kat rumah jadi mainan.
Tapi lebih baik anak lasak bermain daripada anak lasak tantrum. Ini yang sepatutnya ibu bapa kena fikirkan tanpa mengeluh.
Perkongsian dari Mohd Fhais yang banyak menulis mengenai ilmu keibubapaan dan kekeluargaan ini sangat tepat dalam keadaan hari ini.
Apa saya perasan, “self control” anak yang tak ketagih gadget ni lebih tinggi daripada anak yang dah ketagihan gadget.
Sekali cakap je anak mudah faham. Walau tak dapat pun apa yang di minta, bila kita pujuk senang masuk ke hati baik dia.
Berbeza sangat buat yang dah ketagih ni, pujuk memujuk ni tak mudah jalan. Selagi tekak tak sakit selagi itu dia akan tantrum, mengamuk dan meronta-ronta.
Bila tantrum dah mula lasak mula la “raksasa” dalam diri anak tu akan keluar.
Seboleh-bolehnya apa yang dia minta tu kena dapat. Perkataan “tak boleh” tu seolah-olah tak ada dalam kamus hidup diorang. Tak peduli la orang sekeliling, kat tengah shopping mall pun jadi dia buat perangai.
Oleh itu semuanya bermula dari rumah, dari anak masih kecil.
Jika di rumah anak tak boleh duduk diam, lasak kemain, habis semua barang di rumah dia jadikan alat permainan, maka bersyukurlah kerana anda sedang membesarkan anak yang bijak “self control” dan bijak bermain.
Jangan pandang enteng masalah ketagihan gadget ni, di negara barat ketagihan gadget ni dah di anggap sama “bahaya” dengan ketagihan arak dan dadah tau.
Sumber: Mohd Fhais
Sama-sama kita beringat demi anak-anak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi bayi, setiap hari ialah penuh dengan perkara baru yang menyeronokkan dan perlu diteroka. Tahukah anda, menetapkan rutin berjadual rutin kepada bayi akan menjadikan mereka anak yang lebih tenang dan mudah diurus?
Rutin juga membantu bayi untuk melalui perubahan-perubahan besar dalam hidup mereka. Teruskan rutin bayi walau pun dalam situasi yang berlainan seperti dalam pertukaran pengasuh, perpindahan rumah dan sebagainya.
MENETAPKAN JADUAL RUTIN
Bagi bayi baru lahir, mereka masih belum tahu tentang siang dan malam. Maka rutin akan membantu mereka menetapkan circadian rhythm iaitu jam biologi yang terdapat pada bayi baru lahir yang membantu mereka mengenal pasti siang dan malam.
Namun ia tidak bermakna anda perlu menyusukan mengikut masa yang tetap walau pun dia sudah menangis kelaparan atau mengelakkan dia tidur di luar waktu tidur yang dijadualkan. Bayi terlalu kecil untuk mengikuti jadual seperti remaja yang tinggal di asrama!
Jangan mulakan terlalu awal. Susukan dan tidurkan mereka mengikut keperluan. Mulakan sedikit demi sedikit. Apa yang boleh anda lakukan pada sebulan pertama ialah dedahkan bayi kepada cahaya matahari selepas dia bangun dan gelapkan bilik apabila tiba waktu tidur pada waktu malam supaya dia boleh mengenal siang dan malam.
USIA 4-6 MINGGU
Pada usia empat hingga enam minggu, mama dan papa boleh mula perkenalkan rutin tidur kepada si manja. Caranya ialah dengan memandikan, memberikan susu dan malapkan pencahayaan dalam bilik dan biarkan bayi tidur. Jangan bimbang bila bayi bangun tiga jam kemudia kerana ia mengambil masa dan bayi masih kecil. Sekurang-kurangnya mereka belajar tentang rutin atau cue yang berkaitan dengan waktu tidur mereka.
USIA 3 BULAN-5 BULAN
Pada usia ini, bayi sudah mula bermain dengan permainan dan masih menyusu. Jadi, untuk membantu anda menetapkan masa tidur, menyusu dan bermain. Misalnya selepas mandi pagi, bayi disusukan dan tertidur seketika sebelum bangun semula selepas satu jam untuk bermain. Anda boleh membuat catatan waktu dan mood bayi ketika melakukan aktiviti ini. Ini membantu anda menetapkan rutin jika bayi kelihatan selesa dan mempunyai mood yang baik.
USIA 7 BULAN
Apabila rutin semakin tetap, menguruskan bayi menjadi lebih mudah. Anda juga tidak perlu berteka-teki. Rutin menyusu, makan dan tidur hampir tetap. Keadaan seperti susah tidur malam/ berjaga, bangun semula selepas tidur malam boleh dielakkan kecuali untuk menyusu. Adakalanya bayi yang sudah dibiasakan dengan rutin juga tidak bangun untuk menyusu sehingga ke pagi!
Apabila anda memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, anda bolehlah mencipta rutin makan dengan memperkenalkannya pada waktu yang sama setiap hari dan duduk pada kerusi yang sama.
KEBAIKAN RUTIN KEPADA ANAK
Membantu mengikuti jadual
Dengan rutin, bayi lebih mudah untuk memahami tentang had masa yang perlu diikutinya. Jadi dia tahu, ini waktu tidur dan dia tidak akan bermain.
Tahu urutan
Apabila dia terbiasa dengan rutin, bayi yang mencecah usia setahun akan tahu apa yang perlu dilakukan. Misalnya selepas memakai stoking, mereka perlu memakai kasut atau selepas mandi, mereka akan makan malam sebelum bed time story.
Berdikari
Apabila bayi membesar menjadi kanak-kanak prasekolah, rutinnya menjadi semakin kukuh. Dia menjadi lebih berdikari dalam struktur rutin yang telah diciptakan sejak bayi lagi.
Lebih konsisten
Anak akan lebih konsisten dalam melakukan sesuatu perkara atau rutin yang perlu dilakukan setiap hari.
Tenang dan Mudah Menyesuaikan Diri
Si manja juga lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dia menjadi tenang dan kurang meragam.
PERUBAHAN RUTIN SUPAYA LEBIH FLEKSIBEL
Walau pun rutin sudah kukuh, berikan ruang supaya ia fleksibel. Tetapi bab penyusuan, tidur dan makan, ia adalah beberapa rutin penting yang tidak patut berubah dan perlu diusahakan seboleh-bolehnya pada masa yang sama untuk mengelakkan bayi tidak selesa atau menangis.
Jangan terlalu tegas dengan bayi kecil, penyesuaian dan perubahan adakalanya dan sedikit perubahan memberikan keselesaan kepada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.