Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi pendidikan di Sekolah Berasarama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA).
Beliau memaklumkan, kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran kedua institusi berkenaan kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan mengenakan baju Melayu berwarna kelabu menegaskan bahawa kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40.
Ads
Untuk makluman, Belanjawan ini juga adalah yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Ads
Sebelum ini, Anwar membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ membabitkan peruntukan RM388.1 bilion.
Ads
Pada Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ pula memperuntukkan RM303. 8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.
Permainan lato-lato antara permainan yang kini menjadi trending dalam kalangan anak-anak. Mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali, pemain perlu menghayun kedua-dua pemberat ini. Pemain yang menghayun laju dianggap hebat.
Namun, permainan lato-lato ini jika tak dikendalikan secara berhati-hati boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak kerana boleh menyebabkan kecederaan. Berikut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebooknya.
Kebelakangan ni selalu nampak video permainan yang dipanggil lato-lato ni. Awalnya nampak video kebanyakan dari Indonesia. Sekarang dah masuk Malaysia. Mana saya tahu?
Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato.
Lato-lato ni ada dua (ladung) pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.
Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung.
Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibubapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Sepertimana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibubapa perlu memantau anak-anak bila bermain.
Kemunculan Muhammad Bilal, anak pasangan selebriti Neelofa dan PU Haris senantiasa dinantikan peminatnya di Instagram.
Begitu juga dengan beberapa perkongsian Neelofa di Insta Storynya. Semuanya yang berkisarkan Bilal akan menjadi perhatian ramai.
Berkongsi perkembangnya anaknya itu, Neelofa berkata dia bersyukur dan beruntung kepada dapat melihat anaknya membesar di hadapan mata malah berkongsi perkembangan Bilal, sama seperti kanak-kanak lain seusianya.
“Diusia Bila sekarang ini, terlalu cepat sangat membesar. Dari minggu ke minggu, dia dah pandai usik kita, dah pandai menyorok dan dah boleh main,” ujar Neelofa berkongsi.
Bahkan menerusi video yang dikongsikan di Tik Tok itu, Neelofa turut berkongsi gelagat Bilal ketika mereka solat berjemaah.
Menurutnya sejak kecil lagi hingga kini, Bilal akan duduk bersama ketika solat.
“Satu perkara yang saya macam suka sangat bila saya dan Haris solat jemaah misalnya, daripada Bilal tak boleh jalan lagi, kita selalu letak dia di tepi sejadah.
“Dan sekarang apabila dia sudah boleh berjalan pun, Bilal takkan lari pergi tempat lain, dia akan stay around dekat kaki ayah dia yang sedang solat.
“Lain orang lain caranya tapi bagi saya its a good thing untuk anak-anak berada dalam suasana solat jemaah itu.
“Sebab everytime ajak solat, sekali dia mungkin akan excited untuk solat sekali,” kongsinya lagi.
Baru-baru ini Fizo Omar ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Fazeera Nazri yang hamil anak kedua. Ketika mengumumkan berita gembira itu, kandungan Fazeera sudah pun berusia 5 bulan dan telah nampak baby bumpnya.
Sebelum itu, Fizo dan isteri baru beberapa bulan menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Wan Khaleeda.
Menurut Fizo, beza Wan Khaleeda dengan adiknya nanti adalah 11 bulan dan mereka menganggap walaupun jaraknya sangat dekat, dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah.
Menerusi perkongsian terbaru Fizo di instagramnya, dia ada menunjukkan satu video pendek yang memaparkan Fazeera sedang membuat ultrasound baby.
Dalam video itu kelihatan Khaleeda juga dibawa bersama namun apa yang menarik perhatian adalah ekspresi muka Khaleeda yang seolah-olah kelihatan terkejut.
Fizo sempat berseloroh dalam video itu apabila menulis kapsyen “alaa sekejap jer pegang title bongsu ni. Tak sampai setahun pun.”
Malah di ruangan kapsyen juga Fizo ada menulis yang Khaleeda sudah ada kawan.
“Saya zoom zoom gambar scan belakang tu..”
Daripada ayat yang ditulis oleh Fizo ini, seolah-olah bagi hint macam akan dapat baby girl lagi.
Tapi apa-apa pun tunggu pengumuman rasmi yang dikongsikan pasangan suami isteri nanti. Sama ada baby girl atau baby boy yang penting membesar dengan sihat dalam perut umi.
Diharapkan segala urusan Fazeera sepanjang hamil kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga selamat bersalin. Amin