Isteri mana yang tak gembira kalau suami ‘belanja’ barang kemas. Tambah pula, tular pelbagai jenis gelang atau cincin emas dengan nama yang pelbagai. Habis semua nama makanan atau haiwan keluar. Pulut dakap, latok, biji anggur, biskut tawar, ekor kucing, lintah, tapak gajah dan sebagainya!
Harga setiap satu pun boleh tahan, tapi kalau ada keinginan untuk belikan untuk isteri pasti para suami sanggup menyimpan sikit-sikit kan? Lagipun pembelian emas ni berbaloi, harganya akan naik. pelaburan terbaik!
Ikuti perkongsian dari seorang suami, Akhtar Syamir tentang keterujaan para isteri bercerita tentang emas.
Jenis-jenis dan nama emas yang korang patut tahu.
Perhatian kepada para suami. Hari ini saya telah berjaya memecahkan kod rahsia yang digunakan para isteri selama ini.
Telah sekian lamanya kita terpedaya dengan mainan mereka. Rupanya dalam diam minda kita dimanipulasi dengan teknik menanam idea sambil berkias.
Jika tiba-tiba si isteri asyik bercerita pasal kenangan makan biskut tawar, ketahuilah yang dia sedang menyuntik bayangan biskut tawar di dalam minda kita. Apabila tiba saat dan ketika yang sesuai, cincin atau gelang biskut tawar yang akan ditunjukkan.
Pada ketika itu, kita akan menjadi lemah dan terpedaya. Kita akan berkata “ye lah sayang, sama dengan biskut tawar”. Pada waktu itu, sebenarnya kita sudah pun tewas dan gelang emas biskut tawar sudah di pergelangan tangan mereka.
Ads
Jika si isteri asyik meminta air boba, berhati-hatilah. Informasi mengenai bayangan biji boba sedang diserap dalam minda kita. Tak lama lagi kita akan nampak biji boba yang berkilauan pula.
Kalau bab petai ni memang kita bila-bila masa sahaja boleh dikejutkan. Sebab isteri saya sendiri selalu makan petai. Kalau suatu hari dia minat kat emas biji petai tu, mungkin saya tak mampu nak menahannya.
Roti bun? Licik kan? Siapa la yang cipta bendealah design ni. Dalam kepala kita terbayang roti Sweety tu. Dalam kepala isteri rupanya bun yang lain. Siapa sangka?
Ads
Pulut Dakap. Tak perlu saya cakap lagi. Merata-rata keluar nama ni. Padahal kuih tu suya tak pernah rasa pun. Hari ni baru tau kuih tu macam mana rupanya.
Kena perhatikan, kalau si isteri jenis yang jarang sangat makan Coco Crunch, tapi sejak sebulan yang lepas asyik minta belikan Coco Crunch je, bersedialah. Adalah tu.
Jagung, biji sawi, biji ketumbar, anggur dan latok pun sama. Tak cukup dengan itu, kalau isteri berborak dengan kawan-kawan dia pasal gajah la, kucing la, lipan la, lintah la, diorang tu bukan tengah cerita pasal serangga atau binatang, tetapi pasal emas. Percayalah.
Ads
Akhir sekali, kalau isteri tebiat ajak pergi main takraw kat KLCC, sebenarnya diorang nak 2 jenis gelang. Hahaha..
Jadi, sekarang dah tahu kod rahsia diorang kan? Berhati-hatilah dan bersedialah. Buatlah simpanan emas sama ada RM3 atau RM5 sehari. Jadi bila isteri minta, duit pun dah sedia ada. Betul tak? Takdelah pening-pening.
Kalau korang nak ikut saya, saya ada buat cabaran simpan sendiri RM3 sehari untuk beli emas. Setiap hari saya akan ingatkan. Jom join.
Kongsikan nama-nama emas ini untuk maklumat semua. Senang nak pilih jenis apakah yang akan diusahakan nanti.
Untuk dekorasi sesuatu ruang dalam rumah, kita perlu menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan look yang cantik. Tidak semestinya menggunakan bahan-bahan bermodal besar, kadang-kadang barang murah pun boleh nampak mahal jika kena pada caranya.
Untuk membuat dekorasi dinding dengan modal kecil, bolehlah ikut cara yang dikongsikan oleh Nani’s Makeover ini. Boleh ajak anak-anak buat bersama untuk digantung dalam bilik mereka.
Benarlah kata orang, menjaga anak perempuan ini tidak mudah. Banyak yang perlu dipertanggungjawabkan kita sebagai mak ayah dalam membesarkan mereka.
Penuh cabaran namun penuh kemanisannya. Perkongsian @muallimahzaharah ini sememangnya tepat. Banyak yang perlu kita ingatkan anak perempuan kita. Jangan terlepas pandang.
Bila ada anak perempuan. Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan. Jujur masa dia kecil kecik dulu tak rasa sangat cabarannya. Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya.
Mak sentiasa pesan, ada anak perempuan jangan ambil mudah. Jangan buat tak endah. Tanggungjawab nya berat, tugasnya amat besar.
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki. Bila ada anak perempuan, anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi.
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan. Tidak terdedah sana sini, tidak ketat menonjol. Ajarkan mereka erti malu. Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak. Bila ada anak perempuan tak boleh dibiar tidur sana sini.
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik. Bahayanya ada dimana mana. Jangan percaya kepada sesiapa.
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka sentuhan selamat. Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan, sentiasa temani mereka.
Biar kita susah hari ini dari menangis dikemudian hari.
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri kerena diri mereka sangat berharga.
Bila ada anak perempuan, terangkan kepada mereka tentang haid dan kehamilan bila mereka sudah baligh. Usah malu untuk memberi ilmu. Bimbang mereka cari di tempat salah.
Bila ada anak perempuan, pilihlah rakan untuk mereka Kenali juga siapa kawan mereka Rakan yang baik menjadi penguat Rakan yang nakal menjadi pemusnah Bila ada anak perempuan Selalu lah diperiksa handphone mereka Apa yang dikongsi Apa yang ditulis Ambil tahu Bila tiba saat kau lepaskan mereka-hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka, jagalah diri baik baik, jagalah maruah diri. Jagalah maruah keluarga
Biarlah orang kata kita kolot Biarlah orang kata kita syadid Bila ada anak perempuan Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka. Mohon dijaga keselamatan mereka. Moga moga Allah jaga dan lindung.
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dekat sini Selasa lepas yang hanya turun di pangsapuri rumahnya untuk mengambil makanan dipercayai turut dicabul kehormatan selain cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.
Malah menurut kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, kanak-kanak itu pada mulanya diajak menaiki sebuah kereta oleh empat suspek, dengan seorang daripada mereka merupakan wanita yang memang dikenalinya.
Hussein berkata kanak-kanak itu kemudiannya ‘ditahan’ di sebuah pangsapuri yang disewa di Setia Alam, di sini selama empat hari dan sepanjang tempoh itu dia dipercayai dicabul oleh dua suspek berumur 13 dan 23 tahun.
“Suspek utama berusia 23 tahun itu juga telah berurusan dengan sindiket pelacuran di Chow Kit, Kuala Lumpur bagi urusan menjual kanak-kanak tersebut,” katanya.
Ketua Polis Selangor itu berkata tindakan pantas polis menguar-uarkan berita kehilangan kanak-kanak itu menyebabkan sindiket enggan meneruskan proses jual-beli yang dirancang, dan suspek kemudiannya bertindak menempah kenderaan e-hailing dan meminta kanak-kanak itu pulang ke rumah pada 12 Okt.
“Siasatan mendapati kanak-kanak itu juga dikhayalkan oleh suspek menggunakan rokok elektronik (vape) selain dipercayai turut didera, namun dia diberikan makanan sepanjang tempoh ditahan,” katanya.
Sabtu lepas polis menahan empat lelaki dan dua wanita di sekitar Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran yang disyaki terlibat dalam kes itu, selain merampas kereta yang digunakan suspek.
Hussein berkata polis akan meminta lanjutan reman bagi semua enam suspek berumur 13 hingga 23 tahun yang tempoh tahanan mereka berakhir esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.
Beliau berkata polis juga sedang memburu dua lagi individu berkaitan sindiket pelacuran bagi membantu siasatan kes tersebut yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik orang daripada penjagaan sah.
Beberapa media sebelum ini melaporkan kehilangan kanak-kanak itu pada malam 8 Okt, dan Ahad lepas Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong mengesahkan kanak-kanak yang dipercayai diculik itu ditemukan selamat kira-kira 2.30 petang pada 12 Oktober.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.