“Yeay yeay ayah balik” antara ayat yang keluar dari mulut anak-anak saat mendengar kereta atau motor ayah memasuki laman rumah.
Menjerit apabila melihat ayah membuka pintu. Rindu seharian ditinggalkan, tiada teman bermain. Raut wajah anak-anak bertukar ceria!
Ads
Ads
Ads
Kenapa anak kecil gelisah ternanti-nantikan kepulangan atau kehadiran ayah ibu di muka pintu?
Kenapa anak kecil sangat teruja kala melihat kelibat ayah ibu yang ditunggu-tunggu?
Anak kecil bergantung sepenuhnya kepada ayah ibu.
Ayah dan ibu adalah dunia mereka.
Tidak ada orang lain yang anak kecil percayai selain ayah dan ibu.
Si kecil merasa lega apabila insan yang dipercayai muncul di depan mata.
Kehadiran ayah dan ibu menjadikan dunia ini terasa selamat baginya.
Ayah dan ibu jugalah yang diharapkan untuk memenuhi keperluan fizikal, mental dan emosinya.
Tiada orang lain.
Jangan diabaikan kepercayaan si kecil yang baru hendak mengenali dunia dan seisinya.
Peluklah dia.
Senyumlah pada dia.
Sebutlah namanya.
Jadikanlah penantian itu berbaloi bagi si anak.
Bukan gula-gula yang dinantikan.
Apatah lagi mainan beratus harga.
Sekiranya penantian si kecil tidak diendahkan, apabila bertambah setahun dua dia tidak lagi teruja menanti kerana kekosongan itu telah terisi dengan orang atau benda lain yang lebih ‘menghargai’.
Bergetar hati ini saat mendengar panggilan anak kecil pada ibunya. Bukan apa perkataan yang tak patut disebut itu keluar dengan mudah sekali dalam keadaan anak itu menangis.
“Mama babi!”
Telinga ini menangkap suara itu. Cepat-cepat aku kucup dahi dan peluk erat anak lelaki bongsuku.
“Cepat masuk Ihsaan, nanti cikgu marah”
Aku memberi arahan segera. Risau aku dia akan menyoal apa yang telah dia dengar tadi.
“Mama anjing! Mama babi sangat!”
Terus aku palingkan muka melihat siapakah pemilik suara comel itu. Seorang budak lelaki sama usianya dengan anak aku, Ihsaan.
Budak lelaki enam tahun yang aku perhatikan setiap hari menangis apabila ibunya meninggalkannya di sekolah.
Dia akan menangis sambil memaki hamun ibunya di balik pagar sekolah.
“Awak kata apa tadi? Cakap benda tak elok ye?” tegur guru pra sekolah tersebut.
“Masuk!” arah guru tersebut.
Tangisan anak kecil itu makin kuat kedengaran, tetapi masih tidak berganjak. Aku hanyunkan langkah kaki, melintas di hadapan anak tersebut. Aku hadiahkan senyuman.
“Nak mama!” Aku merendahkan tubuh.
“Masuk dulu, nanti mama datang ambil ye. Jangan macam ni, jangan cakap macam tu kat mama”
Anak ini masih berdegil. Aku perhatikan, pintu pagar sekolah sudah di tutup. Gurunya pula sudah mula masuk ke dalam kelas.
Aku tinggalkan anak itu sendirian. Aku kira lama mana anak begini mahu tunjuk kedegilannya, dia pasti akan masuk ke dalam kelas juga.
Dalam perjalanan pulang, aku sempat memikirkan bagaimana anak yang baru berusia enam tahun boleh mengeluarkan perkataan begitu.
Arghh, buat hairan pula. Aku tersenyum. Lantas, kenangan zaman kecilku pula berlegar di dalam fikiran.
“Hah, rasa kan. Pedaih kan? Padan muka hang!” Segengam cili api di tangan mak tadi sudah masuk ke dalam mulut. Pijarnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku menepuk-nepuk mulut yang kepedasan.
“Ha, cakaplah lagi! Aku nak dengaq!” tangannya di cekakkan di pinggang.
“Tak mau dah. Along tak kata dah!” Aku menggogoi. Bibir yang tadi sedap melafazkan perkataan BODOH kepada emak kini sudah menerima akibatnya.
Itulah kali pertama dan terakhir perkataan itu ditujukan kepada emak. Masih terasa pijarnya cili api kampung yang kecil dan bewarna hijau itu di bibirku.
Itu baru perkataan bodoh. Bukan perkataan mencarut yang lain. Huh. Tak dapat dibayangkan.
Kenangan itu beralih kepada gambaran wajah anak yang menangis di sekolah tadi. Perkataan yang aku kira sangat tidak patut diucapkan oleh seorang anak terhadap ibunya.
Anak kecil begini mereka sebenarnya tidak tahu pun apa yang mereka cakap. Kadang mereka hanya mengikut apa yang telah mereka dengar dari perbualan seharian dirumah atau di sekitar mereka.
Jadi, sebagai ibu bapa kita merupakan contoh terdekat untuk anak-anak. Jangan sesekali menggunakan perkataan yang tidak baik dihadapan anak-anak.
Kedua, anak-anak perlu diajar mana perkataan yang baik dan mana perkataan yang buruk serta salah dan membawa kepada dosa. Tegaskan apa yang mereka cakap itu adalah berdosa.
Jika tidak diajar bahawa mencarut adalah perbuatan yang salah sejak dari kecil, bimbang jika bila anak-anak telah meningkat remaja, mencarut menjadi zikir harian di bibir.
Ketiga, jangan bertoleransi dengan anak-anak yang mencarut. Kenakan hukuman agar mereka tahu itu adalah akibat dari apa yang mereka lakukan. Rotan, hadkan perbelanjaan harian, hadkan masa bermain atau sebagainya yang boleh menyedarkan mereka. Jangan ambil remeh anak yang suka mencarut.
Bukankah anak-anak ini saham akhirat kita? Didiklah sebaik mungkin. Mereka juga penentu kita samaada kita di syurga atau neraka. Sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita menjadi asbab kita di tempatkan dikalangan orang yang beriman. In shaa Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Pengarah, dan Selebriti internet Malaysia, Syahmi Sazli berkongsi amalan murah rezeki yang diamalkanya.
Menurutnya, ada ketika perniagaanya diuji dan tak semua perniagaan yang diusahakanya menjadi. Perniagaan yang terbaru diusahkan oleh Syahmi iaitu Air Balang mendapat tempat di hati ramai
Keuntungan Air Balang mencecah RM60,000 dalam masa 3 minggu! Ini perkara yang kita perlu belajar dari Syahmi. Ikuti perkongsian ini.
Alhamdulillah, selama 3 minggu dalam bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.
Mi taknak cerita camna resepi air yang Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live yang Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yang tercetus.
1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”
– Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dengan isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.
2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”
– Kalau macam tu, Shopee pun Mi kena tutup jugak sebab alasan tu. Youtube pun Mi dah tak boleh buat sebab “kesian dekat Youtuber baru, takde orang nak tengok”.
Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..
3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”
– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yang orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.
– Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara macam mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar.
Antara kelebihan istighfar👇
“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)
“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)
Cara diampunkan dosa dengan berzikir👇
i. Zikir 1: Zikir selepas solat.
“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)
ii. Zikir 2
“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
– Selain tu banyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana-mana boleh.
“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).
– Banyak lagi amalan lain tapi tu je yang Mi tahu 😂.. Semoga bermanfaat.. Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tengah hari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru.
Sumber: Syahmi Sazli
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerajaan membenarkan pembukaan semula semua prasekolah dan Tadika di seluruh negara bermula esok, 1 Julai 2020. Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Ismail Sabri, guru-guru dan pelajar perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Menurut laporan Harakah Daily, Pembukaan tersebut merlibatkan sebanyak 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, swasta sebanyak (7,887), sejumlah 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan 8,530 tadika kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Rata-rata ibu bapa mula risau tentang keselamatan anak-anak kecil yang mungkin sukar untuk mematuhi SOP yang ditetapkan. Pa&Ma secara eksklusif mendapatkan nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sekiranya sekolah dibuka semula untuk murid sekolah rendah, bagaimana ibubapa boleh memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat?
1. Menyediakan emosi anak sebelum sekolah bermula:
o Ibu bapa boleh memuat turun Garispanduan Pembukaan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan seterusnya melatih dan membiasakan anak untuk memahami perubahan yang berlaku di dalam sekolah.
o Menterjemahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan oleh KPM dalam bahasa mudah supaya anak memahami dan boleh mematuhi SOP apabila menaiki kenderaan ke sekolah, berada dalam sekolah dan selepas sesi sekolah tamat.
2. Membantu anak untuk menjaga diri sendiri dan orang lain daripada mendapat jangkitan COVID-19
o Mengamalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) sebelum sekolah dibuka seperti mengajar kaedah dan waktu membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun dan air atau hand sanitiser (Wash), membekalkan anak dengan pelitup muka serta mengajar cara dan situasi yang betul memakai pelitup muka seperti semasa berada dalam bas sekolah dan tempat sesak (Wear) dan etika batuk yang betul (Warn);
o Melatih anak memahami lokasi atau perbuatan berisiko iaitu 3C seperti mengelakkan tempat sesak (Crowded place), tidak berada di ruangan
yang tertutup dan sempit (Confined space) serta mengelakkan sembang dalam jarak yang dekat (Close conversation);
o Tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya tidak sihat atau menunjukkan gejala COVID-19; dan
o Mengurangkan kebarangkalian perkongsian peralatan peribadi dengan kanak-kanak lain di sekolah
KKM masih lagi memantau situasi COVID-19 dalam negara. Sepanjang tempoh dua (2) minggu kebelakangan ini kita dapati bilangan kes kurang daripada 20 sehari
dengan kes warganegara Malaysia kurang daripada 10 kes sehari. Kita percaya, statistik kes yang rendah ini adalah hasil daripada pemerkasaan komuniti.
Masyarakat faham tanggungjawab yang perlu mereka galas bagi memastikan mereka bebas kes COVID-19, di samping mengamalkan normal baharu dalam kehidupan seharian dan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Sekiranya kelaziman baharu ini kekal diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, dijangkakan kes dalam kalangan warganegara Malaysia akan kekal satu (1) digit.
Walau bagaimanapun, selagi belum ada vaksin untuk mencegah jangkitan COVID19 atau ubat khas untuk merawat kes COVID-19, Malaysia akan sentiasa berdepan dengan risiko jangkitan. Apatah lagi jika masih terdapat negara-negara yang pendemik COVID-19.
Pergerakan pengembara dari negara tersebut boleh menyebabkan kes meningkat semula dalam negara. KKM akan sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan kami terutama di pintu masuk antarabangsa.
Sumber: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
26 Jun 2020
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!