Kentang Kalau Dah Rupa Macam Ni, Terus Buang. Jangan Fikir Bazir, Kesannya Tu Bahaya!

Share

Kentang kalau dah rupa macam ni, terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid.

Kalau tak nak buang, tanam pun boleh. Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang.

Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur kita, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid, berbanding kentang baru tidak bertunas.

Glycoalkaloid ni, takpe je kalau kandungannya tak banyak bila kita makan. Tapi kalau berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang datang tau.

Terutama untuk ibu mengandung dan anak-anak. Lebih hati-hati, kalau rumah kita ada 2 golongan ini.

Muntah.
Cirit.
Sakit perut.

Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid.

Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih merisaukan kita sebenarnya.

Rendahkan tekanan darah. Tinggikan denyutan nadi. Demam. Sakit kepala.
Malah, boleh juga bawa kepada kematian.

Boleh ya, sama-sama kita cuba k. ❤️

Kredit: Mazliana Mazlan

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

IKLAN