“Kenapa bahagian belakang kepala bayi saya ni meleper?” Ramai ibu yang bertanya soalan ni semasa di klinik. Ini antara kerisauan ibu-ibu bila melihat kepala anak menjadi leper.
Ada bayi yang bentuk kepala mereka semasa lahir cantik bujur, tapi selepas beberapa bulan mula menjadi leper terutama di bahagian belakang kepala. Inilah yang dipanggil sebagai Flat Head Syndrome.
Salah satu puncanya disebabkan oleh bayi banyak diletakkan dalam posisi menelentang semasa tidur di atas tilam dan juga semasa mereka berjaga.
Bayangkan, mereka sentiasa ada dalam posisi menelentang dari pagi sampai ke malam. Jadi tekanan pada tulang kepala bayi yang lembut tu menyebabkan bentuk kepala berubah.
Ada 3 jenis aktiviti ni untuk kurangkan Flat Head Syndrome ni. Kalau diamalkan, bila bayi tu berumur 1-2 tahun, bentuk kepala insyaAllah jadi cantik semula yang dikongsi oleh Dr. Redza Zainol.
Tummy to tummy
Lepas bayi lahir dah boleh letak bahagian perut bayi bersentuh pada perut/dada ibu yang sedang baring.
Sambil tu boleh pandang mata anak lama-lama. Bonding time antara ibu dan anak. Ayah pun boleh buat juga.
Lap time
Baringkan bayi pada peha kita dengan bahagian perut bayi menyentuh peha ibu.
Kita support sikit kepala bayi dengan tangan atau kaki kita. Boleh teruskan sampai bayi tertidur.
Side lying
Kita letakkan bayi dalam posisi mengiring. Letak gulungan kain di belakang bayi supaya bayi kekal dalam posisi mengiring.
Boleh juga letak alas kepala supaya bayi selesa. Tangan dan kaki bayi berada di depan badan bayi.
Setiap aktiviti boleh dibuat selama 10-15 minit untuk setiap sesi. Lepas tu, bayi selalunya dah mula menangis sebab penat. Setiap kali buat aktiviti ni, ibu bapa perlu pantau dengan rapi ya.
Handphone letak jauh, fokus hanya pada anak. Pegang dan belai dia. Tengok mata dia. Peluk dia, sayang dia. Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai ibu ayah yang tahu. Kita mesti nak anak kita sihat dan comel kan.
Adakah ibu kepada bayi kembar akan berdepan masalah saat penyusuan? Tidak semestinya, kerana ada cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba untuk memudahkan proses penyusuan.
Cara menyusu anak kembar
Sekiranya anda seorang ibu bayi kembar, penyusuan susu badan boleh menjadi 2 kali ganda mencabar pada permulaannya. Ini kerana terdapat 2 mulut perlu diberikan susu, 2 badan kecil untuk diseimbangkan dan 3 individu harus mengetahui cara penyusuan yang betul.
Semestinya, manfaat susu badan yang banyak menjadikan segala usaha berbaloi. Apabila anda berjaya untuk mengetahui rentak dan cara menyusu anak kembar, pasti segalanya akan dirasakan mudah. Malahan, anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mencuci botol susu, kan?
Jadi adakah ibu-ibu sekalian sudah bersedia untuk mengetahui rahsia cara menyusu anak kembar?
Jadual penyusuan bayi kembar
Umumnya, untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran, bayi perlu menyusu 8 hingga 12 kali dalam sehari. Jika dipecahkan, ia dikira sebagai sekali setiap 2 hingga 3 jam, siang dan malam.
Setiap sesi penyusuan akan berlangsung sekitar 20 hingga 30 minit. Tetapi disarankan untuk ibu menunggu bayi memberi isyarat bahawa mereka sudah selesai sebelum menghentikan sesi menyusu badan.
Bagi permulaan cara menyusu anak kembar, ibu dinasihatkan untuk melakukan penyusuan mengikut jadual yang sama. Namun, harus diingatkan bahawa setiap bayi kembar mempunyai personaliti, selera makan dan corak penyusuan yang berbeza.
Jadi ibu perlu cuba menyesuaikan cara menyusu anak dengan keperluan mereka; di mana seorang anak mungkin perlu lebih kerap menyusu berbanding yang lain. Ada sesetengah ibu yang akan membiarkan bayi menentukan jadual penyusuan mereka.
Bagi yang lain pula akan menyusu mengikut permintaan bayi kembar pada waktu siang dan kekal dengan jadual penyusuan pada waktu malam. Terpulang pada apa pun cara dan jadual penyusuan bayi yang dipilih, pastikan anda memastikan setiap anak menyusu dengan baik. Jika mahukan lebih teratur, anda boleh mencatatkan setiap sesi penyusuan susu badan yang dilakukan.
Tip & cara menyusu anak kembar
Anda mempunyai pilihan untuk melakukan cara menyusu anak kembar bersama atau secara berasingan. Tiada masalah langsung untuk anda memberikan bayi kembar menyusu pada waktu yang sama, jika boleh.
Tetapi selalu kebanyakan ibu yang pertama kali belajar cara menyusu anak kembar, akan melakukan sesi penyusuan bayi kembar mereka secara seorang demi seorang pada permulaannya.
Penyusuan bayi kembar pada masa yang sama
Apabila seorang bayi terjaga untuk menyusu, bangunkan juga anak yang lain. Ini akan membantu anda meluangkan masa sebanyak mungkin antara tempoh penyusuan dengan waktu berehat atau tidur. Bagi melakukan penyusuan secara serentak, anda mungkin memerlukan pertolongan semasa menyusu untuk menyesuaikan posisi atau sokongan kepada si kembar.
Menyusu anak seorang demi seorang
Jika tiada sokongan yang diterima semasa sesi penyusuan, atau mungkin salah seorang anak lebih kecil, ia boleh menyukarkan untuk melakukan penyusuan secara serentak.
Dalam situasi sebegini, anda mungkin mahu menyusukan anak seorang demi seorang pada 1 masa. Tetapi jika boleh, ia pasti akan lebih memudahkan jika anda dapat melakukan sesi penyusuan bersama.
Posisi menyusu badan untuk bayi kembar
Sebenarnya, terdapat banyak cara menyusu badan untuk anak kembar yang boleh dilakukan. Namun ia akan bergantung kepada tahap usia mereka. Umumnya, tiada cara boleh diklasifikasikan sebagai ‘kaedah yang betul’ atau sebaliknya. Tetapi ia lebih kepada memilih posisi yang dapat memberikan keselesaan kepada anda dan si manja.
Antara contoh cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba adalah seperti:
#Underarm
Posisi yang paling praktikal ini dikenali sebagai twin, football, clutch atau underarm. Ia dianggap sebagai kedudukan paling mudah untuk dilakukan jika bersendirian atau mempunyai bayi kecil. Cara ini juga dikatakan sebagai posisi paling menyelesakan jika anda menjalani pembedahan C-Sec, kerana tidak memberikan langsung tekanan pada bahagian perut.
#Front V
Posisi yang digelar front v ini membolehkan anda menyusu sambil bersandar dengan lebih selesa. Ini terutamanya jika waktu penyusuan bayi kembar dilakukan pada waktu malam. Anda juga boleh melakukan kaedah menyusu badan ini dengan cara duduk yang lebih selesa, jika mahu.
#Parallel
Penyusuan yang dikenali sebagai parallel ini lebih mudah dilakukan kepada bayi yang lebih berusia. Ini kerana anda akan kurang mengawal bahagian kepala mereka. Dalam posisi menyusu ini, kedua-dua bayi akan dibaringkan dalam arah yang sama.
Untuk melakukan penyusuan badan untuk bayi kembar, antara peralatan yang paling berguna adalah bantal penyusuan. Terdapat bantal yang direka khas untuk membantu penyusuan anak kembar. Kegunaan bantal tersebut sudah tentu untuk memberikan sokongan dan memudahkan bayi menyusu ke payudara ibu.
Dapatkan bantuan jika perlu
Pada permulaan, anda mungkin berasakan cara menyusu anak kembar adalah sukar, tetapi elakkan daripada berputus asa. Jika mengalami sebarang masalah, dapatkan rundingan dengan pakar. Berbincang dengan wanita lain yang berpengalaman menyusukan bayi kembar juga boleh membantu anda.
Usah malu meminta pertolongan pasangan atau ahli keluarga dalam menguruskan keadaan rumah. Ini membolehkan anda lebih fokus untuk menyusukan anak-anak. Paling penting, perbanyakkan bersabar, okay?
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Media sosial dihebohkan dengan saiz bayi yang sangat besar bernama Muhamamad Kenzie Alfaro, berusia 16 bulan yang mengalami obesiti kerana diberi susu pekat manis oleh ibunya.
Bayi tersebut sering diberi susu pekat manis oleh ibunya kerana lebih murah dan difahamkan si ibu tidak mampu membeli susu formula secara ekonomi.
Akibat rutin memberi bayinya minum susu pekat manis, bayi yang berusia 16 bulan itu kini mencapai berat 27 kilogram.
Fakta menarik buat ibu menyusu. Sebenarnya ibu yang menyusu anda tak perlu takut pun badan naik kerana dengan hanya menyusukan anak sahaja sebanyak 300-700 kalori terbakar.
Macam tak percaya kan tapi itulah hakikatnya. Sebab itu ada ibu menyusu badannya slim walaupun anak dah lebih dua. Lagi satu mereka tak perlu fikir nak kurus dengan makan apa-apa produk kerana lemak-lemak dah terbakar pun masa menyusu.
Perkongsian dari Sam Abdul Rahman mengenai perjuangan seorang ibu menyusukan anak tak sia-sia dan sangat berbaloi.
Hampir 300-700 kalori terbakar sahaja apabila menyusukan anak (macam berlari atas treadmill 30-45 minit kelajuan antara 9-12mph) …untung bf mom
Kita yang acah acah fit pun, tak mampu nak main treadmill hari hari tapi BF mom tenang je bakar kalori hari-hari. Melainkan BF mom yang melantak lapar tak jadi la. Hehehe
Menjadi Bf mom ni memang jadual agak hectic, memenatkan, belum masuk mental… mental doe kadang tu nak bf kadang sampai 6-10x sehari.. tu belum kira lagi kalau baby dah start meragam tengah malam.
Kalau yang masih dalam pantang, memang satu KESEMPATAN.. nak makan clean ‘maklum la singgang, rebus.. berapa kalori la sangat’
Ditambah dengan tenaga yang dibakar usaha menyusukan baby cute tu.. perghhh
Memang boleh turun berat badan asal tau nak manfaatkan konsep pembakaran lemak time breestfeeding ni.
Kerana nak perah susu 100ml sahaja memerlukan 66 kalori… tu kalau dah dapat 1-2 botol (200ml setiap sebotol) dah berapa kalori guna?
Kalau kata contoh keperluan kalori minimima (bmr) anda : 1500 kalori max (2000)
Dengan Bf ni.. kalori max anda boleh ditambah dengan 300-700 lagi.. (kira jua berapa ml susu keluar la).. katakan nak selamat.. tambah lagi 300 kalori daripada 2000..
2000 + 300 = 2300
Tapi anda makan hanya 1800..nak buat defisit 500
Dalam masa 15 hari anda akan kehilangan 1Kg
So buat defisit ni.. jangan lebih lebih.. takut susu terjejas pula
So target mudah 1 bulan 2kg.. then cukuplah
So husband.. supportlah wife menyusukan baby demi kebaikan tumbesaran baby dan kelangsingan para isteri! Bila tengok isteri penat dari start melahirkan anak sampai bf..kadang tak cukup tdo.. mata lebam.. then masih fikir pasal family..buat rasa sebenarnya terharu..jua.. thanks mommy ‘amru Nabilah Abdul Wahab