Lain orang lain caranya untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Namun bagi instafamous, Aasyallie Ahmad, dia dan suami lebih senang memilih untuk mendekati alam bersama anak-anak.

Video perkongsian Aasyallie yang bercamping bersama suami dan anak-anaknya mendapat perhatian ramai di Tik Tok.

Bagi ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, inilah masanya untuk bersama anak-anak dan suami selepas dilanda kesibukan bekerja setiap hari.

“Tak Sabar Next Camping” Camping Dengan Anak Cara Aasyallie ‘Healing’, Hiasan Super Wow!

“My first time camping. Bagi aku yang selalu sibuk dengan hal bisnes aku, sampai masa pun takde dengan anak anak.

“Dan masa dengan suami pun takde walaupun hari hari bersama, bercamping ni aku dapat masa bersama keluarga aku.

“Aku hanya fokus kepada keluarga aku, kerjasama, komunikasi dan tolong menolong dapat merehatkan kami lagi dan menambahkan lagi kasih sayang dalam keluarga aku. Tak sabar next camping,” kongsinya.

“Tak Sabar Next Camping” Camping Dengan Anak Cara Aasyallie ‘Healing’, Hiasan Super Wow!

Jika sebelum ini pasangan ini memilih untuk berkhemah di kaki gunung, kini ibu kepada tiga orang cahaya mata ini memilih untuk berkhemah di pantai pula.

“Kali kedua camping. This time disebabkan nak camping di pantai so my husband beli lagi 1 khemah yang kecil supaya lagi senang nak setup.

IKLAN

“Cabaran di pantai adalah kena tahan panas terik sambil setup, tapi bila dah siap mashaAllah lega hati dan sedap mata tengok. Puas hati hehehe,” tulis Asya menerusi kapsyennya di Tik Tok.

“Tak Sabar Next Camping” Camping Dengan Anak Cara Aasyallie ‘Healing’, Hiasan Super Wow!

Namun apa yang menarik perhatian ramai pastinya kesungguhan ibu cantik manis ini dalam menjayakan misi perkhemahan itu bersama anak-anak.

Bukan hanya memilih khemah yang besar dan luas bagi memuatkan ketiga-tiga anaknya selesa bahkan Aasyallie juga turut mendekorasikan gayanya tersendiri dengan cukup rapi.

“Tak Sabar Next Camping” Camping Dengan Anak Cara Aasyallie ‘Healing’, Hiasan Super Wow!

Bukan biasa-biasa, bahkan khemah bersaiz besar itu dihias cukup cantik persis dekorasi rumah. Malah lengkap dengan tilam udara bersaiz besar serta sofa udara yang cukup selesa untuk anak.

IKLAN

Menarik: “Macam Fasha Junior” Anak Fasha Sandha Tunjuk Minat Berlakon Macam Ibu, Tak Dapat Green Light Dada!

Kami Masih Belajar, Anak Genap Setahun, Banyak Mengajar Ernie Zakri Jadi Ibu Terbaik!

Tiap Kali Mengemop Kena Berebut, Anak Kedua Shukri Yahaya Suka Mengemas, Ramai Nak Buat Menantu!

Menerusi video yang dikongsikan Asya juga, khemah besar berwarna ‘nude’ itu turut dihias dengan hiasan serta peralatan memasak sepanjang perkhemahan dengan warna serupa. Cantik sekali. Terasa ketenangan yang dibawakan menerusi perkhemahan itu.

“Tak Sabar Next Camping” Camping Dengan Anak Cara Aasyallie ‘Healing’, Hiasan Super Wow!

Malah ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut menyediakan sarapan pagi yang cukup enak buat buah hatinya tersayang. Aksi Asya yang memilih menu barat dengan scamble egg, sosej dan roti buat buat ramai yang tertarik.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya turut meminta tip perkhemahan dari Asya dan suami serta peralatan sesuai dan sebagainya.

“Tak Sabar Next Camping” Camping Dengan Anak Cara Aasyallie ‘Healing’, Hiasan Super Wow!

Berikut antara tip yang dikongsikan suami Asya, Eboy melalui perkongsian videonya di Tik Tok.

* Pilih tempat atau tapak dengan permandangan cantik.
* Paling penting periksa dulu berapa bayaran untuk tapak samada dibayar tapak atau bayaran individu.
* Pilih tapak yang mempunyai kemudahan lain seperti tandas, surau dan kafe.
* Untuk anak-anak pula, pilihlah tapak yang turut mempunyai aktiviti untuk anak-anak seperti denai sungai dan sebagainya.
* Jangan lupa bawa power bank secukupnya untuk perbagai kegunaan terutama di dalam hutan.
* Mahu lebih selesa, jangan lokek untuk membeli peralatan perkhemahan yang berkualiti.

 

@asyallieeahmad08Kali kedua camping. This time disebabkan nak camping di pantai so my husband beli lagi 1 khemah yang kecil supaya lagi senang nak setup. Cabaran di pantai adalah kena tahan panas terik sambil setup, tapi bila dah siap mashaAllah lega hati dan sedap mata tengok 😍 PUAS HATI hehehe♬ Somewhere Only We Know (Remastered 2022) – Adryann Bisara Official

Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI