Pada hari ini penggunaan gajet yang terdiri daripada telefon pintar dan juga tablet bagaikan menjadi satu keperluan buat semua peringkat umur. Bukan sahaja orang dewasa malah anak-anak yang masih kecil juga turut didedahkan dengan penggunaan gajet.
Anak-anak pula bila dah dapat gajet kat tangan, mereka boleh jadi senyap dan diam untuk beberapa jam dan kesempatan tersebut banyak digunakan oleh ibu bapa untuk mengalihkan perhatian si kecil ataupun sebagai salah satu cara untuk memujuk supaya anak-anak tidak meragam.
Namun memberikan gajet kepada kanak-kanak sebagai salah satu sumber hiburan buat mereka sebenarnya sangat tidak baik untuk kesihatan si kecil terutamanya pada penglihatan mereka. Menonton dengan kerap dalam kegelapan boleh mengundang kepada masalah penglihatan yang teruk untuk mereka.
Ads
Kerap tonton kartun di telefon bimbit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di China mengalami masalah penglihatan selepas tinggal bersama datuk dan neneknya. Ini kerana mangsa kerap diberi bermain dengan telefon pintar dan menonton kartun setiap hari.
Tong Tong, hanya akan duduk diam jika diberi menonton kartun di smartphone oleh penjaganya.
Ads
Namun, apabila dia dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum masuk ke tadika, ahli keluarganya terkejut bila dimaklumkan tahap pengelihatannya terjejas, iaitu rabun jauh (200 degree) dan terpaksa memakai cermin mata.
Kalau tak pantau, masalah penglihatan akan lebih teruk
Doktor pakar oftalmologi memberitahu ibu bapa Tong Tong yang mereka sepatutnya memantau aktiviti anak mereka ketika masih kecil atau anak mengalami masalah penglihatan (rabun) bila usia meningkat dewasa.
Ads
Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata untuk memperbetulkan semula pengelihatannya. Tetapi jika mereka terus membenarkan Tong Tong menggunakan smartphone dengan kerap, dia berisiko mengalami masalah mata yang serius termasuk buta penglihatan.
Isteri teringin nak hias rumah tapi bajet kecil, apa kata suami boleh realisasikan impian isteri dengan buat rak TV yang simple. Hanya guna PVC saja dan modal tak sampai RM100, cukup berbaloi tau!
Sementara nak beli yang mahal, DIY rak TV PVC ni pun dah elok sangat.
Perkongsian Mohd Akmal Azizi melalui page Facebook Tukang Apa Hari Ini cara untuk diy rak tv. Mungkin dari asal nampak seperti rak tv buruk, tetapi setelah dicat kembali pasti anda pun ingin menggunakannya.
INSPIRASI RAK TV MODEN GUNA PVC
Perkara ini mungkin digemari ramai lebih-lebih lagi orang bujang kerana rak tv yang di buat oleh Akmal ini sangat lah senang dan tidak menelan belanja yang banyak dan paling menarik, ia dibuat hanya menggunakan paip pvc!
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
– PVC class 7
– Join 3-way & 4-way
– Aerosol Spray flat black
– Rubber wood
CARA MEMBUAT
– Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
– Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
– Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
– Paip class 7 modal dalam RM19 x 3 batang, cat RM20, join dalam RM20 gitu.
– Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong. Guna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni dalam RM30
– Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.
Idea yang menarik ini sangat sesuai buat semua. Bagi yang kekurangan idea boleh cedok idea ini untuk dijadikan inspirasi perabot rumah anda. Kos dan bajet pun tidak banyak. Selamat mencuba!
Bapa kepada kanak-kanak tersebut yang terkejut melihat keadaan dan mendengar cerita anaknya telah berkongsi gambar dan rententan kisah anaknya dipukul di media sosial sehingga menjadi tular.
Bagaimanapun tidak diketahui atas kesalahan apa anak tersebut dirotan sampai berbekas. Hanya guru dan murid tersebut sahaja yang mengetahuinya.
Ekoran tularnya kes tersebut, ramai netizen turut meminta pandangan daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh atau kini lebih dikenali dengan panggilan ‘Cikgu Korea’ yang postingnya di media sosial sering dikongsi ribuan netizen.
Tularlah kisah seorang murid berumur 7 tahun dirotan tanpa belas ihsan sehingga berbekas sebegini rupa. Sehingga anak ini tidak larat nak berpuasa.
Bertalu-talu orang tag aku dan pm, minta aku ulas hal ini dari pandangan aku.
Baiklah. Aku tulis la sepatah dua tentang hal ini. Moga masing-masing berlapang dada dan baca dengan matang, bukan dengan emosi dan dendam.
Aku ini, memang nakal dari kecil. Cubitan, pelempang dan rotan itu ibarat makanan di alam persekolahan dulu.
Kebanyakan hukuman dulu, memang patut aku terima atas kenakalan aku. Namun ada juga beberapa hukuman yang tidak setimpal aku terima.
Contohnya aku pernah ditampar hingga pecah bibir. Berdarah. Kesalahan? Tidak pakai stoking.
Pernah dilibas dan dirotan seperti anak ini. Masa tu aku di tingkatan lima dah. Besar dah pun dan mampu tahan sakit.
Tapi tak ubah seperti gambar inilah. Kulit tersiat. Luka dan ada sedikit lelehan darah.
Nak mandi perit tak terkira. Mulut asyik meratib memaki hamun dan menyumpah seranah pada guru yang menghukum.
Benar aku nakal. Benar aku ada kesalahan, hukumlah; aku sedia terima. Namun biarlah berpada. Biarlah hukuman tersebut mampu mendidik. Bukan hukuman dengan nafsu syaitan untuk menyakiti dan mendera.
Silapnya dulu, aku (dan generasi kita anak-anak 80an) hanya mendiam. Akur dan patuh sahaja. Hanya pendam dendam dalam dada.
Sepatutnya, dari awal dulu bawa mak ayah datang bersemuka dengan guru sebegini. Minta penjelasan mereka, dan minta pula permohonan maaf dari mereka jika benar mereka salah.
Biar pentadbir pun tahu dan maklum dan biar guru itu berjanji tidak ulangi lagi. Bukan hanya pada aku, bahkan pada generasi berikutnya juga.
Namun dulu, aku dan kawan-kawan biarkan sahaja. Maka generasi seterusnya juga merasa peritnya oleh guru yang sama.
Dalam mendidik, menghukum itu perlu. Perlu ada denda agar murid degil dan nakal takut dan patuh pada undang-undang. Agar murid lain rasa selamat bila ada hukuman untuk murid yang nakal.
Hukuman sebenarnya bukan hanya untuk menakutkan murid nakal, lebih penting lagi mewujudkan perasaan selamat pada seluruh warga sekolah.
Aku tahu, nanti ramai warga guru akan mula komen,
“Jika anak tidak boleh disentuh, ajar sendiri la anak-anak kau orang.”
Pasti ada yang akan komen begitu. Seolahnya perbuatan mereka tidak boleh dipertikai. Amboih! Maksum macam nabi dah ni.
Ayat itu diguna pada tempat yang salah. Sangat salah!
“Jangan lawan cikgu, nanti tak berkat ilmu.”
“Budak ini nanti besar jadi sampah masyarakat.”
“Elok lah tu. Sikit-sikit mengadu. Patut anak jadi manja dan tak boleh disentuh. Esok-esok anak ini yang belasah ibu bapa.”
Ini reaksi yang dijangka dari segelintir guru. Inilah ayat yang diulang-ulang setiap kali ada isu melibatkan guru dan murid.
Ayat itu ada benarnya. Namun bukan benar pada setiap masa. Bukan benar pada setiap situasi dan keadaan. Tolong faham itu wahai pak guru.
Ayat ugutan seperti itu sebenarnya menjatuhkan martabat seorang guru. Mempertahankan kesalahan yang nyata adalah tindakan yang memalukan seluruh profesion pendidikan itu sendiri.
Benarlah kerjaya guru itu kerjaya yang mulia. Menyampaikan ilmu dan memanusiakan manusia.
Sungguh tugas ini tidak mudah. Sungguh tugas ini sangat banyak cabaran.
Namun guru bukan malaikat. Masih melakukan salah silap. Jika salah, akui saja dan mohon maaf.
Bukan terus ego menegakkan mereka saja yang betul. Bahkan, ada segelintir guru yang langsung tiada jiwa. Golongan inilah yang menjadi nila mencemarkan susu sebelanga.
Kisah yang tular ini, aku sendiri tak pasti sahih atau tidak. Tidak juga dengar dari dua-dia belah pihak.
Namun satu aku nak cakap. Jika ini berlaku pada anak aku, tindakan pertama ialah aku akan ke sekolah berhadapan dengan pentadbir dan guru tersebut.
Minta penjelasan yang munasabah dan tindakan yang perlu dari pelaku. Jika puas hati dan jelas, selesai sahaja di situ.
Namun jika penjelasan dan tindakan itu tidak memuaskan hati, maka tindakan lanjutan perlu diambil. Bawa ke pihak yang lebih tinggi; malah mungkin akan jadi kes polis.
Kerana luka itu bukan kecil. Kerana hukuman ini disengajakan. Bukan kemalangan.
Lebih penting lagi, anak itu baru tujuh tahun umurnya. Jika umur 17 tahun, boleh lagi tutup mata dan diam.
Anak darjah satu, senakal mana pun mereka hukuman seperti ini adalah tidak patut sama sekali.
Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah.
Usah berselindung disebalik mulianya tugas untuk menghalalkan perkara yang tidak sepatutnya.
Aku merupakan seorang guru. Dan aku tidak sokong hukuman melampau seperti ini. Maaf jika ada coretan mengguris hati sesiapa.
#MFS
– Berlakulah adil dalam tindakan dan bicara. –
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggunting rambut anak kecil di bawah usia dua tahun memang mencabar. Kelincahan mereka dan istilah tak duduk diam buat mak ayah jadi makin sukar.
Idea pelakon, Emma Maembong dan suaminya yang menggunting rambut anak mereka, Shariq Gabriel semasa tidur ini memang pilihan paling tepat.
Malah paling kreatif, Emma dan suami menggunakan tip mudah dengan pita pelekat untuk meluruskan rambut hadapan anaknya. Memang kreatif.
“Potong rambut @shariqgabriel 😂,” tulis Emma ringkas.
Paling menarik, si comel Shariq Gabriel bukan saja tidak terjaga dari tidurnya bahkan hasil rambutnya juga comel dan sekata bila menggunakan pita pelekat.
Melalui perkongsian videnya, Emma terlebih dahulu menyelimuti anaknya dengan kain dan kemudian meletakkan pelekat di rambut hadapan mengikut ukuran yang diinginkan.
Lantas kemudiannya dengan berhati-hati, suami Emma, Muhammad Shazli Azhar menggunting rambut si comel kesayangan mereka hingga selesai. Memang mudah dan senang.
Sehingga kini video comel perkongsian Emma itu menerima lebih 84 ribu tanda suka dari pengikutnya di Instagram.
Dalam pada itu, wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi malah memuji cara kreatif Emma menggunakan pita pelekat itu yang sememangnya memudahkan. Terbaiklah Emma!