Kerap Ke Tandas & Kurang Makan ‘Hiasi’ Trimester Pertama. Kehamilan Kedua Yang Cukup Mencabar Buat Scha Alyahya!

Share

Baru-baru ini suami kepada pelakon, Scha Alyahya, Awal Ashaari berkongsi berita gembira tentang kehamilan kedua isteri tercinta yang kini sudah berusia empat bulan.

Lumrah buat ibu mengandung mengalami alahan pada trimester pertama, namun menurut pelakon Awan Dania ini dia mengalami alahan teruk yang dianggap sangat mencabar buatnya pada trimester pertama kehamilan

Menurut laporan Harian Metro, Scha berkata, fasa pertama kehamilan membuatkan dirinya kerap ke tandas malah mahu ‘membersihkan’ media sosial.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga.

“‘Trimester’ pertama sedikit mencabar yang mana setiap masa ke tandas, pembersihan media sosial dan kurang makan. Namun, kami gembira keluarga akan bertambah lagi, insya Allah.

“Sekali lagi, terima kasih kerana sentiasa mengambil berat kami sekeluarga. Begitu banyak ucapan diterima daripada anda. Insya Allah, semoga kita semua sentiasa mendapat banyak keberkatan. Saya dan keluarga juga mendoakan semoga apa yang anda hajati dikurniakan,” katanya.

Terdahulu, suami Scha yang juga pengacara, Awal Ashaari mengumumkan pelakon drama Awan Dania itu hamil anak kedua.

Lebih istimewa perkongsian Awal dibuat sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39, pada Jumaat yang lalu.

Scha dan Awal yang berkahwin pada 4 Mei 2012 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Hmetro

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

IKLAN