Sepanjang kehamilan, pelbagai kesukaran akan dialami oleh wanita yang sedang sarat hamil. Ini ekoran pelbagai perubahan drastik yang berlaku terhadap tubuh badan mereka. Anemia semasa hamil adalah antara masalah kesihatan paling kerap dialami oleh wanita berbadan dua.

Kerap Letih, Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi! Bahaya Untuk Kesihatan

Kondisi membimbangkan ini sebenarnya mungkin boleh dicegah dengan lebih awal jika wanita hamil mengambil suplemen zat besi yang disarankan oleh doktor atau makanan tambah darah yang juga telah dicadangkan oleh pakar pemakanan.

Persoalannya, apakah contoh-contoh makanan tambah darah tersebut yang boleh diambil sebagai cara atasi anemia semasa mengandung? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Mengapa zat besi penting semasa kehamilan dan kesan kekurangannya dalam tempoh ini
Sebelum mengetahui cara atasi anemia semasa mengandung, kita perlu tahu terlebih dahulu apa itu sebenarnya anemia kekurangan zat besi.

Ia adalah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah yang sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Anemia sebenarnya mempunyai banyak jenis, namun anemia kekurangan zat besi adalah yang paling kerap terjadi di kalangan wanita hamil.

Anemia semasa hamil akibat kekurangan zat besi akan terjadi apabila tubuh badan individu mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu.

Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah.

Kekurangannya akan mengakibatkan badan tidak mampu menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu sejenis protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Gejala kekurangan zat besi semasa kehamilan

Kondisi ini seterusnya mengakibatkan tubuh badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami pelbagai gejala yang membimbangkan seperti:

  • Kerap letih
  • Mudah marah
  • Pening kepala
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Kurang selera makan
  • Keinginan untuk makan ais atau bahan bukan makanan
  • Mata putih kelihatan kebiruan
  • Kuku rapuh dan senang patah
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Kulit pucat
  • Lidah pedih
  • Berasa pusing kepala apabila berdiri dari posisi duduk
  • Degupan jantung menjadi cepat
  • Sesak nafas

Tidak dinafikan ada sesetengah gejala anemia semasa hamil hampir menyerupai simptom kehamilan. Usah bimbang, kerana anda akan menjalani ujian darah secara rutin semasa pemeriksaan pranatal.

IKLAN

Walau bagaimanapun, sekiranya wujud kerisauan mengenai tahap keletihan yang dialami atau sebarang gejala lain, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.

9 sumber makanan semasa hamil untuk tingkatkan pengambilan zat besi

Cara paling mudah untuk mencegah anemia semasa hamil adalah melalui diet pemakanan harian anda.

Antara makanan yang disarankan untuk diambil adalah seperti:

#1. Daging merah, makanan tambah darah terbaik
Seperti yang kita tahu, zat besi daripada sumber daging merah seperti lembu dan kambing adalah sangat mudah diserap ke dalam tubuh badan kita berbanding sumber makanan yang lain. Pastinya ia cara atasi anemia semasa mengandung yang paling mudah.

#2. Hati ayam, bantu tambah kepekatan darah
Menurut pakar pemakanan, makan hati ayam dapat menambah kepekatan darah dalam tubuh badan kita, sekali gus bantu mengatasi anemia semasa hamil.

Pun begitu, anda disarankan untuk tidak mengambilnya terlalu kerap kerana organ dalaman haiwan adalah tidak baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.

#3. Kerang, makanan laut yang kaya dengan zat besi
Selain makanan darat, ada juga makanan laut yang merupakan cara atasi anemia semasa mengandung.

IKLAN

Makanan laut tersebut adalah kerang. Namun begitu, anda harus memastikan ia dimasak sepenuhnya terlebih dahulu kerana makan kerang secara mentah adalah tidak bagus.

#4. Pisang, buah yang kaya dengan zat besi
Buah pisang dapat membantu menambah sel darah merah dalam tubuh badan wanita hamil.

Oleh itu, anda perlu makan sekurang-kurangnya 2 biji setiap hari kerana asid folik yang terkandung di dalamnya dapat menghasilkan sel baru dan membantu perkembangan janin.

#5. Delima, buah berkhasiat dan tinggi dengan mineral semula jadi
Selain pisang, buah delima juga sebenarnya mampu mengurangkan gejala-gejala anemia. Ini sekali gus dapat membantu wanita hamil mempertahankan jumlah sel darah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.

#6. Bayam, sayur terbaik tambah sel darah merah
Sayur bayam merupakan sayur yang paling bagus dimakan berbanding sayur-sayuran yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk mencegah anemia semasa hamil.

#7. Brokoli, kaya dengan antioksidan dan mineral
Selain sayur bayam, brokoli juga merupakan antara contoh sayur-sayuran yang mampu mencegah anemia ketika hamil.

Ini kerana brokoli mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan, sekali gus melindungi kehamilan.

IKLAN

#8. Kuning telur, makanan berkhasiat yang sering disisihkan
Kadangkala, kita akan rasa pelik jika ada individu yang hanya makan kuning telur sahaja.

Pun begitu, ia perlu dilakukan sebagai cara atasi anemia semasa mengandung kerana kuning telur mengandungi nutrien yang dapat menambah dan mengekalkan sel darah merah serta haemoglobin.

#9. Kekacang, bantu wanita tambah sel darah merah sepanjang kehamilan
Selain daging, sayur dan buah, kekacang juga adalah antara jenis makanan yang mampu membantu mencegah anemia semasa hamil. Anda boleh ambil sebagai snek dan ia dapat membantu menambah sel darah merah.

Konklusi

Konklusinya, anemia kekurangan zat besi sering berlaku terhadap wanita hamil. Ini mungkin disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

Disebabkan itu, anda sebagai wanita hamil perlu lebih berhati-hati dalam mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Sebaiknya, tidak perlu tunggu sehingga anda hamil kerana setiap individu juga perlu menjalani kehidupan dengan lebih sihat agar sentiasa hidup dalam kesejahteraan dan kebahagiaan.

_

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Kerap Letih, Sesak Nafas Antara Tanda Ibu Hamil Kurang Zat Besi! Bahaya Untuk Kesihatan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI