Siapa yang tak mahu anak bijak serba serbi? Satu kebanggaan pastinya bila anak mempamerkan keputusan yang cukup cemerlang dan akademik juga kurikulum di sekolah.
Selain usaha dan tidak putus asa, kejayaan anak perlu diiringi dengan doa dari ibu dan ayah.
Ini yang dikongsikan oleh penceramah bebas, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli ketika mendoakan anak kita setiap hari.
“Sembahyang hajat dua rakaat mintalah pada Allah.
“Ya Allah tolong jadikan anak aku ini anak yang soleh/solehah, ulama lagi cerdik.
Ads
“Minta tiga ni sahaja. Dapat tiga ni bermaksud dapat semua sekali. Sebab yang kita kena minta tiga sahaja.
“Yang pertama minta agama. Doakan anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Doakan anak dalam kandungan kita ini anak yang agamanya kuat.
Yang kedua minta ilmu. Mintalah anak kita jadi ulama. Kalau nak jadi ulama, doranglah dia mengaji ilmu agama, masuk sekolah agama, sekolah pondok, masuk sistem aliran pendidikan Islam, barulah boleh jadi ulama.
Yang ketika pula minta akal. Minta anak kita jadi cerdik dan pandai. Kalau anak kita tak ada kecerdikan, tak boleh dapat ilmu,” kongsinya.
Ads
Doakan anak kita agar menjadi insan yang dapat berjasa kepada agama dan bangsanya. Doakan selalu tanpa henti.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan memang ramai yang rajin ke dapur termasuklah pengacara dan personaliti televisyen Malaysia yang cukup popular, Fedtri Yahya.
Terkenal bukan sahaja kerana kepetahannya mengacarakan setiap program yang ditugaskan, malah dia juga sangat dikenali dengan pengusaan bahasa puitis yang cukup indah.
Mengintai ke akaun Facebook milik ayah kepada empat cahaya mata ini, sepanjang musim PKP dilaksanakan Fedtri rajin masuk ke dapur dan mencuba pelbagai jenis resipi untuk dikongsikan kepada warga net.
Apa yang dikongsikan kebanyakkannya cukup ringkas dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Baru-baru ini sambil menjaga anak dengan berlatar belakangkan suaranya yang cukup petah menyusun ayat, Fedtri berkongsi resipi rempeyek yang rangup buat kudapan waktu petang bersama keluarga.
Fedtri dengan suara lunaknya cuba membuat rempeyek. Menurutnya resipi ringkas ini sesuai untuk dijadikan hidangan ketika Ramadan nanti untuk diberikan kepada jiran-jiran dan sahabat handai.
Resipi Rempeyek Campak-campak Fedtri Yahya
Bahan-bahan:
Tepung Beras
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Jintan Manis
Ikan Bilik – ditumbuk
Bawang Putih – ditumbuk
Telur
Sedikit Air
Serbuk Kunyit
Serbuk Cili
Kacang Tanah (Untuk ditabur kemudian)
Cara penyediaan:
Sempat Fedtri berseloroh rempeyek yang dibuat ini hanya eksperimen pertama dan sesuai untuk makan sendiri dan bukan untuk dijual.
Jadi untuk siapa yang nak cuba dan teringin nak makan rempeyek boleh tengok video yang dikongsikan. Para suami pun boleh cuba buat macam Fedtri Yahya. Terbaiklah!
Sumber: Feidtri Yahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rumahtangga akan bertahan lama apabila suami isteri turunkan ego dan bertindak seolah-olah tak pernah jadi apa-apa yang negatif antara kedua-duanya.
Bertengkar, bermasam muka, merajuk. Semua itu adalah asam garam kehidupan.
Kalau dua-dua pun berkeras. Suami jenis tak endah.
Isteri pula terlebih memendam. Maka masalah pun takkan selesai. Dalam kehidupan perkahwinan ini perlu ada komunikasi dan perbincangan. Semua ini untuk kurangkan ketidakharmonian dan ketegangan.
Terimalah hakikat bahawa hidup berumahtangga tidak selamanya aman damai. Pasti ada pasang surutnya.
Hadapilah dengan berhemah dan bersabar. Mengalah tak semestinya kita bersalah, ia juga tak bermaksud kita jadi lemah.
Namun mengalah itu yang jadi resipi untuk menamatkan sebuah pertelingkahan besar.
Yang penting, suami kembali memeluk isteri dan mengucapkan “maafkan abang.”
Dan isteri pula memeluk suami dan kata “saya pun minta maaf ya bang.”
Kan indah apabila ego suami isteri berjaya diturunkan. Moga semakin harmoni ya rumahtangga kalian di luar sana.
Pernah tak bilaanda nak mop lantai anak pun sibuk nak mop juga? Ya, anda bukanlah orang pertama yang rasa anak mungkin menyibuk. Tapi ketahuilah ia adalah proses yang perlu dilalui untuk menjadi anak yang sukakan kebersihan dan kekemasan. Prosesnya mesti menyeronokkan!
Masa kecil sepatutnya anak didedahkan dengan pelbagai aktiviti mengemas rumah. Jangan rimas dan rasa terganggu dengan kehadiran anak dalam menyudahkan tugas menyusun atur kediaman agar sentiasa bersih.
Yakinlah ia adalah permulaan untuk menerapkan sifat yang sukakan kekemasan dan kebersihan. Perkongsian daripada ibu kepada lima orang anak, Puan Widyana Ali ini boleh dijadikan panduan.
Masa saya kecil rasanya belum umur tujuh tahun, satu hari, ibu saya ada upah seorang lelaki India untuk bersihkan laman dan longkang di halaman rumah. Saya perhati je Uncle tu buat kerja.
Sambil bersihkan longkang, Uncle tu ceramah kat saya.
“Adik.. Adik kena tolong Ibu buat kerja. Ibu sudah tua kesian sama Ibu”
Masa dengar tu saya macam terfikir eh Mak saya muda lagi kot. Kenapa cakap Mak saya dah tua. Hahaha. Sampai sekarang saya ingat pesan Uncle tu. Pesanan yang simple, tapi berbekas di hati.
Sebenarnya Uncle tu nasihatkan supaya kita bantu ibu ayah buat kerja rumah sejak kecil.
Tak perlu tunggu ibu jadi tua pun.
Percaya atau tidak anak seawal umur dua tahun sudah boleh disuruh untuk buat kerja yang mudah macam lap lantai, membuang sampah kecil ke dalam tong sampah di dapur, mengutip mainan dan banyak lagi?
Saya ada nak share sedikit bagaimana saya dan suami latih anak-anak buat kerja rumah. Mudah sangat. Anak-anak kami berumur bawah 12 tahun.
Kita buat dulu nanti setiap hari anak lihat dan perhati.
Dalam mendidik anak, kita tak boleh hanya bagi arahan. Kita kena buat sama-sama ajak mereka cuba buat. Nanti lama kelamaan mereka akan terikut dengan rutin biasa kita buat.
Kena tunjuk kita SERONOK buat kerja.
Bila anak tengok kita happy membersihkan rumah. Mereka juga akan rasa happy nak buat dan nak tolong. Kenapa happy? Sebab mereka mesti tanya.
” Kenapa Mama suka vacuum dengan mop rumah? “ “Supaya rumah kita bersih. Suka tak rumah bersih? “ “Suka!”
Ada ke orang yang tak suka rumah bersih? Fitrahnya mesti anak kecil pun suka bila rumah bersih kan.
Tak ada beza anak lelaki dan anak perempuan.
Selalu saya akan cakap pada Bashir, Dhia dan Fina, Mama kena ajar awak semua buat kerja rumah supaya nanti besar pandai nak urus diri, rumah dan keluarga. Baik lelaki mahupun perempuan.
Kalau tak biasa buat dari kecil nanti besar tak biasa buat kerja rumah. Dulu masa Mama kecil pun Mama suka sangat kemas rumah, rasanya sejak sekolah rendah Mama suka sangat buat kerja rumah.
Mungkin dah biasa tengok mak Mama setiap awal pagi akan sapu dan mop lantai di rumah. Jadi Mama pun membesar jadi suka sangat membersih dan mengemas.
Yes. Semua orang perlu terlibat.
Abah bantu masukkan baju dalam mesin basuh dan mesin pengering, buang sampah, potong buah untuk anak makan, hidangkan makanan, tukar pampers Saeed dan uruskan anak-anak.
Bashir, Dhia dan Fina bantu buang sampah ke dalam tong besar, kemas dalam kereta, simpan mainan, vacuum, mop lantai, lap perabot, sapu laman, susun kasut dan selipar, basuh laman luar dan belakang, basuh dan lap pinggan.
Puji anak-anak bila mereka buat kerja walaupun kerja yang dibuat tak sempurna atau kerja yang mereka buat jadi makin bersepah. Yang penting mereka cuba.
Nisreen (4 tahun) dan Saeed (umur 18 bulan) pun ada tugas mereka.
Nisreen biasanya akan ambil kain microfibre basahkan dengan air di sinki, perah dan lap meja, atas drawer, atas tangga, besi tangga dan mana-mana yang dia sampai. Selalunya Mama tak suruh pun dia buat sendiri. Mungkin dia suka.
Biasanya sebelum kakak-kakak dan abang pulang dari sekolah, Nisreen akan kemas semua yang dia main sampai teratur semula.
Seawal umur 1 tahun setengah Saeed dah boleh ambil mop yang Mama dah siap spin airnya dan dia akan tolak mop tu lap lantai setakat mana kemampuannya.
Kalau Mama sedang vacuum Saeed akan ambil batang vacuum cuba nak buat juga tapi sebab Saeed masih kecil biasanya Mama akan pegang vacuum dan tangan dia tunjuk cara. Nanti dia puas hati sebab dapat cuba. Happy.
Bila dengar arahan mudah macam tolong buang sampah atau simpan mainan. Saeed akan buat dan bantu kemas.
Jadi, seluruh rumah akan jadi teratur dan bersih. Bersih tu bukan kata perfect siang malam macam showroom. Tapi sekurangnya tidak kotor dan selesa.
Alhamdulillah benda yang kita terapkan awal-awal masa mereka kecil ni senang diserap oleh mereka. Sekarang dah jadi rutin, mereka buat tanpa disuruh.
Paling penting, 18 tahun akan datang.. Anak anak akan berterima kasih kepada kita sebab ajar mereka buat kerja rumah sejak kecil.
BILA TUA KITA TIDAK JADI HAMBA KEPADA ANAK
Dan pada masa tua kita, kita tak perlu menjadi hamba kepada anak- anak kita. Nauzubillah.
Saya ada kenal seorang kakak yang setiap beberapa hari, beliau ke rumah ibunya untuk menyapu dan bantu kemas rumah ibu.
Saya ada juga seorang makcik di Johor yang rutin mingguan mereka bila pulang ke rumah ibu, sebelum bertolak kembali ke rumah mereka sendiri. Suami dan isteri akan sama-sama bersihkan semua bilik air, ruang tamu dan dapur siap masakkan untuk si ibu tadi.
Masha Allah.
Anak-anak sebegini yang kita harapkan nanti di usia tua kita.