Rumahtangga akan bertahan lama apabila suami isteri turunkan ego dan bertindak seolah-olah tak pernah jadi apa-apa yang negatif antara kedua-duanya.
Bertengkar, bermasam muka, merajuk. Semua itu adalah asam garam kehidupan.
Kalau dua-dua pun berkeras. Suami jenis tak endah.
Isteri pula terlebih memendam. Maka masalah pun takkan selesai. Dalam kehidupan perkahwinan ini perlu ada komunikasi dan perbincangan. Semua ini untuk kurangkan ketidakharmonian dan ketegangan.
Terimalah hakikat bahawa hidup berumahtangga tidak selamanya aman damai. Pasti ada pasang surutnya.
Ads
Hadapilah dengan berhemah dan bersabar. Mengalah tak semestinya kita bersalah, ia juga tak bermaksud kita jadi lemah.
Namun mengalah itu yang jadi resipi untuk menamatkan sebuah pertelingkahan besar.
Yang penting, suami kembali memeluk isteri dan mengucapkan “maafkan abang.”
Dan isteri pula memeluk suami dan kata “saya pun minta maaf ya bang.”
Kan indah apabila ego suami isteri berjaya diturunkan. Moga semakin harmoni ya rumahtangga kalian di luar sana.
Biji selasih ‘rupanya’ seakan-akan biji chia (chia seed) apabila direndam di dalam air. Walaupun bersaiz kecil, sebenarnya terdapat banyak khasiat dalam biji selasih. Kebiasaannya biji selasih dicampur dalam minuman seperti air sirap, lemon, atau katira.
Menurut Dr. Samuel Oetoro, Sp. GK, seorang pakar pemakanan, biji selasih mengandungi pelbagai zat yang baik untuk kesihatan. Biji selasih sangat baik untuk diamalkan setiap hari.
Bukan sahaja bagus untuk kesihatan, biji selasih juga baik untuk penjagaan kulit terutama kulit wajah. Selain itu juga fungsi limau kasturi atau lemon ini boleh membuatkan wajah kekal awet muda.
Khasiat antioksida yang terdapat dalam biji selasih juga berperanan dalam memelihara kecantikan kulit. Elok diamalkan bagi yang mengalami masalah jerawat pada wajah.
Kebaikan antioksida seperti polifenol, orientin dan vicentin membantu dalam mencegah pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit. Mineral antioksida juga berperanan dalam mencegah penuaan pada kulit.
RESIPI MINUMAN BIJI SELASIH
Bahan-bahan:
1/2 batang kayu manis ceylon
1/2 sudu teh biji selasih
2 biji limau kasturi
Cara membuat:
1- Rebus kayu manis ceylon dengan satu gelas air hingga mendidih. Tutup api, tunggu suam.
2- Masukkan biji selasih, tunggu sekejap.
3- Bila nak minum, baru perahkan limau kasturi.
Untuk minuman ini, gunakan kayu manis ceylon, sebab nak minum selalu. Kulit kayu manis yang biasa itu, tak boleh minum banyak. Nanti boleh rosakkan organ hati.
Anda boleh juga gantikan limau kasturi dengan lemon. Kiranya boleh ikut selera tekak sendiri. Amalkan secara konsisten dan anda akan lihat hasilnya.
Tabiat suka suap makanan pada mulut anak orang lain mungkin dianggap perkara biasa di kalangan masyarakat. Tapi awas sebab ia ada kesan buruknya.
“Comelnya anak kau ni. Geram aku. Takpe kan aku bagi dia sikit kek ni. Kesian pulak tengok dia telan air liur.”
Bila berkumpul bersama sanak-saudara dan sahabat handai di musim perayaan, ramai yang suka dukung bayi atau kanak-kanak.
Muka comel mereka pasti mengundang geram ramai orang. Dalam masa yang sama, ramai yang suka suap anak orang lain apa sahaja makanan tanpa merujuk kepada ibu bapa si kecil.
Memang niat anda sangat baik kerana hendak memberi si kecil tersebut makanan tetapi tindakan tersebut sebenarnya boleh mengundang kesan buruk. Kenapa?
Seorang pakar pemakanan, Encik Faizal MS ada berkongsi sebabnya dalam laman facebook beliau. Semoga lepas ini, ramai yang lebih peka dan tak mudah ‘sentap’ bila ibu bapa anak kecil yang comel itu tidak membenarkan anda menyuap anak mereka sebarang makanan atau minuman.
ASAL NAMPAK COMEL JER, MESTI NAK SUAP!
Comel kan tengok budak-budak kecik dan baby-baby atas dukung mak ayah, merangkak-rangkak, bertatih-tatih atau jalan terkedek-kedek datang beraya?!
Tapi..tapi..
Yang tak berapa comelnya bila ada satu tabiat segelintir daripada kita yang suka menyuap si kecil ini. Lemang, ketupat, rendang, kek, satey, air manis, minuman berkarbonat, sosej, nugget, coklat, aiskrim, tapai.. pendek kata, habis semua benda mahu dimasukkan ke dalam mulut mereka. Asal nampak comel jer, mesti nak suap!
Tahukah kita bahawa perut anak-anak kecil ini (terutamanya bawah 1 tahun) sangatlah sensitif kerana sistem pencernaan dan penghadaman mereka masih belum ‘matang’ sepenuhnya lagi?
Ditambah lagi dengan sejarah perubatan seperti lahir tidak cukup bulan (premature baby), penyakit jantung, asthma, alergik, eczema, inborn error metabolism (IEM) dan sebagainya, meningkatkan lagi risiko bahaya (seperti kerosakan gigi, rashes, sesak nafas, diarrhea, muntah-muntah, dehydration, leaking gut, nephrotic syndrome dll) dek kerana apa yang disuapkan kita kepada mereka.
Dengan alasan “alah, sikit je kot!”..sikit memang sikit tapi dah yang jumpa budak tu semuanya datang nak suap-menyuap, tak ke jadinya banyak?; “kesian tengok budak tu teliuq!”..kesian memang kesian tapi janganlah kesian tak bertempat; “alah, mak bapak budak tu tak kata pape pun!”..memanglah tak kata apa-apa, sebab mereka nak jaga hati kita; “niat baik kot.. dulu-dulu pun mak-ayah diorang, aku jugak yang suapkan. elok-elok aje jer tu, tak jadi pape!”.. memang tiada siapa pun kata kita jahat tapi niat tidak menghalalkan cara dan tak semua kanak-kanak atau bayi sama sahaja keadaannya.. Facepalm sungguh dengan orang yang ada seribu satu alasan ini.
Hentikan bermacam-macam lagi alasan yang diberikan untuk menghalalkan kelakuan ‘tak senonoh’ itu. Kasihani anak-anak kecil ini dengan membayangkan dirinya menangis-nangis tidak dapat tidur malam atau terlantar sakit di katil hospital.
Dan ingatlah.. jikalau apa-apa yang berlaku kepada anak-anak syurga ini, mahukah kita bertanggungjawab terhadap apa yang ditanggung mereka dan keluarga mereka?
Sekiranya mahu suap juga (bagi kanak-kanak yang melebihi 1 tahun), tanyalah dahulu ibu bapa anak kecil ini. Ambil tahu apa yang boleh dan tak boleh dimakan, diminum mereka agar perkara yang tak diingini tidak terjadi.
“Jangan menangis, abang kan dah besar..malu orang tengok! Dah-dah..diam” kata ibu kepada anaknya yang berusia 4 tahun. Situasi ini sangat biasa kita lihat dalam masyarakat kita malah lelaki juga tidak digalakkan menangis kerana lelaki seharusnya tidak lembik dan merupakan simbol kekuatan.
TAHUKAH ANDA BAHAYA MENGHALANG ANAK LELAKI MENANGIS!
Ramai sangat ibu bapa, terutamanya para bapa yang menghalang anak lelaki mereka dari menangis bila terluka, atau terjatuh atau tercedera. Anak baru 3 tahun sudah diminta untuk jadi tough dan jangan tunjuk sakit, jangan tunjuk emosi.
Niat para ibu dan bapa ini baik. Iaitu supaya anak jangan menjadi ‘lembik, lembut dan manja. Oleh itu bagi mereka, jangan sekali mengalah kepada airmata yang mahu gugur.
Sayang Ibu, please jangan buat begitu lagi. Menahan airmata dari gugur dan menunjukkan rasa sakit dengan deraian airmata bukan akan menjadikan anak itu lembik. Sebenarnya sayang; perbuatan itu boleh perlahan-lahan menyebabkan hati anak tertutup dan payah untuk merasakan emosi. Ia juga boleh menyebabkan anak itu terbantut perkembangan EQnya yang akan kemudiannya menjejaskan perkembangan SQ. Pernah melihat sesorang yang langsung tiada perasaan kasihan mendera orang? Ini adalah diantara puncanya.
Yang penting adalah mengajar anak kecil itu bagaimana untuk handle emosinya dan manage emosi dan perbuatannya bila dia rasa sakit atau sedih.
Jadi apa nak buat jika dia menangis kerana sakit atau kecewa?
1-Acknowledge, maksudnya menerima bahwa dia rasa sakit atau kecewa dan JANGAN menidakkan dgn mengatakan ini sikit sahaja. TAPI, katalah, ‘Oh syang ayah sakit ya..mari ayah tengok, kuat tak lukanya.’ Cium luka dan bisikkan kepadanya dia kuat, insyaAllah dia boleh lalui sakit itu dgn mudah dan belajar darinya.
Atau
Jika anak itu melalak sebagai respons kepada sakit atau sedih, peluk dia, tenangkan dan ajak dia untuk kurangkan kadar kekuatan suara menangis itu. Beritahu anda ada dengannya dan anda dengar tangisannya. Tak perlu menangis kuat-kuat. Ajar dia bagaimana nak tahan rasa sakit dan kenapa ianya lebih baik dari melalak. Contoh, ajar dia berselawat, beristifar, membaca ayat yang meringankan sakit dan sbgnya.
Ramai orang lelaki dipandang rendah bila mengalirkan airmata. Sedangkan orang lelaki adalah manusia yang mempunyai perasaan.
Ketahuilah Nabi Muhammad dan para sahabah menangis dan itu tidak sikit pun mengurangkan kehebatan mereka. Malah menampakkan ketulenan sifat kemanusiaan mereka. Aunthentic dan tidak keras tidak berperasaan.
Ingat; it is not about stopping your little boys from crying that make them tough; it is about teaching them how to feel the pain, learn how to cope and handle, take the right action to reduce the pain and learn from the situation.
Kita nak lahirkan generasi, telus, tulus, berjiwa besar dan berperikemanusiaan. Untuk itu, mereka perlu tulen dan pandai merasai dan bertindak bijak dari apa yang dirasa. Dan bukan stop diri dari merasai.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.