Jika sebelum ini kita tak pernah nampak cara isteri bekerja, kesempatan melihat isteri bekerja tanpa henti ketika WFH ini pastinya membuka mata suami.

Kerja isteri makin bertambah bila mana terpaksa menguruskan hal rumah tangga, kelas PdPR anak juga turun memasak di dapur. Tak berhenti!

Tapi jangankan hanya kasihan tapi tidak membantu. Suami berilah isteri masa untuk berehat dan beri dia waktu me time, untuk dirinya sendiri. Tak perlu masak dan uruskan anak. Biar dia berehat! Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.

Kerja Isteri Tak Berhenti, Makin Bertambah Bila WFH, Suami Pastikan Isteri Cukup Tidur & Me Time!


Tanda-tanda isteri yang dah kelesuan!
– menjerit
– mengeluh
– membebel
– memarah
– membentak

Yang kasihannya, anak anak la. Diorang selalu jadi mangsa keadaan. Bila badan dah penat, ibu yang penyayang pun boleh jadi perengus.

Bila badan dah lesu, ibu yang lemah lembut pun boleh jadi keras dan kasar. Kualiti emosi isteri kita, sangat bergantung pada kualiti rehat dia.

Kerja Isteri Tak Berhenti, Makin Bertambah Bila WFH, Suami Pastikan Isteri Cukup Tidur & Me Time!

IKLAN

Sebagai soulmate, kita memang kena bantu isteri kita buat self-care setiap hari.
Paling penting tidur & me-time!

Tidur paling kurang 6-7 jam sehari, tidur kena cukup dan berkualiti. Baru tubuh tak lesu.

Me-time pula penting, buat untuk dia resfresh balik emosi dan jiwanya. Tak ada la rasa tertekan.

Kerja Isteri Tak Berhenti, Makin Bertambah Bila WFH, Suami Pastikan Isteri Cukup Tidur & Me Time!

IKLAN

Serius, kita kena jaga self-care isteri sebab apa?
Sebab kualiti hidup kita ni sangat bergantung pada kualiti emosi dan jiwa isteri kita. Isteri ni kan “kunci kebahagiaan” rumah kita.

Bila isteri kita lesu dan murung, automatik dia akan jadi moody semoody moodynya.
Kunci kebahagiaan rumahtangga adalah jangan bagi isteri moody!

Kerja Isteri Tak Berhenti, Makin Bertambah Bila WFH, Suami Pastikan Isteri Cukup Tidur & Me Time!

Kalau isteri kita moody, dengan kita kita pun jadi moody. Serba tak kena jadinya. Satu rumah jadi bergelora. Allahu.

IKLAN

Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim

Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi, Jom Baca Untuk Ketahuinya

Kerja Isteri Tak Berhenti, Makin Bertambah Bila WFH, Suami Pastikan Isteri Cukup Tidur & Me Time!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI