Sehingga kini, tidak jelas punca sebenar yang menyebabkan penyakit ekzema. Ekzema bukanlah penyakit berjangkit, tetapi ianya adalah satu masalah alahan yang diwarisi dan juga bersangkut paut dengan sistem imun badan bayi yang kurang matang.

Selain itu, ekzema mungkin berpunca dari tindakbalas alahan terhadap makanan, bahan pencuci yang mendatangkan alahan kepada seseorang. Tapi betul ke sesetengah makanan atau produk memberikan kesan kepada semua pengidap? Atau hanya kepada individu sahaja?

Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos. Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama

Fakta vs mitos yang anda perlu tahu

1. Produk Tenusu

Mitos – Produk tenusu itu mencetuskan ekzema

Fakta – Cuma sesetengah bayi sahaja yang ada alahan kepada susu lembu. Walaubagaimanpun, produk tenusu seperti yogurt mengandungi bakteria sihat yang dikenali sebagai probiotik sebaliknya mungkin boleh membantu. Penyelidik di Universiti Michigan mengesyorkan probiotik sebagai sumber yang berguna untuk mengurangkan gejala-gejala ekzema.

 

Memandangkan anak-anak berekzema mungkin mempunyai intolerans makanan atau alahan, probiotik boleh membantu kerana ia menggalakkan fungsi pencernaan. Gabungkan yogurt atau lain-lain produk tenusu kultur secara tetap untuk hasil yang terbaik. Makanan tambahan lain yang mengandungi probiotik termasuk tempe, sauerkraut, dadih dan miso elok juga di tambah pengambilannya.

Mohon perhatian yang kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk mengesahkan kebaikan probiotik terhadap anak-anak berekzema.

Untuk mencegah ekzema pada bayi pula, penyusuan ibu amat digalakkan secara eksklusif sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan pertama dalam kalangan bayi dalam keluarga yang cenderung mendapat asma, ekzema dan alergi kerana ia didapati boleh menurunkan kadar ekzema.

IKLAN

2. Ikan

Mitos – Ikan tidak digalakkan untuk diambil dalam hidangan kerana boleh menyebabkan kegatalan kulit pada penghidap ekzema

Fakta – Cuma sesetengah bayi sahaja yang ada alahan kepada ikan. Pemakanan ikan berlemak yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan herring mungkin baik untuk pesakit ekzema. Minyak ikan mengandungi kandungan omega-3 tinggi dikatakan dapat mengurangkan keradangan. Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kebaikan minyak ikan terhadap anak-anak berekzema.

3. Vaksin

Mitos – Jangan vaksinkan anak, semua vaksin berpotensi mencetuskan ekzema yang ada dalam badan penghidap

Fakta – Vaksin tidak menyebabkan terjadinya ekzema tetapi ianya adalah satu reaksi tekanan terhadap sistem imun, dan ini boleh menyebabkan ekzema itu ‘flare’.Kandungan vaksin adalah antigen. Antigen tersebut akan merangsang sistem imuniti badan utk hasil kan antibodi. Penghidap ekzema yang alahan teruk kepada telur, mungkin juga aka mendapat reaksi flare apabila disuntik vaksinflu dan MMR kerana vaksin ini diperbuat dengan menggunakan embrio ayam.

4. Air Panas

IKLAN

Mitos – Mandikan anak dengan air panas dan tambah garam untuk redakan kegatalan

Fakta – Elakkan mandi air panas kerana ianya menambahkan kering kulit. Berendam di dalam tub mandi dengan suhu air biasa adalah digalakkan dan ringkaskan mandian. Gunakan sabun lembut untuk kulit sensitif sahaja. Selepas mandi, segera pakaikan pelembap yang sesuai.

5. Berjangkit

Mitos – Ekzema boleh berjangkit

Fakta – Tidak. Ianya bukan satu jangkitan tetapi satu masalah kompleks yang berkaitan dengan gen yang diwarisi, sistem imun bayi yang tidak matang dan masalah persekitaran. Risiko adalah lebih tinggi jika ada sejarah alahan keluarganya samada asma (lelah), resdung (allergic rhinitis) dan ekzema atopik.

6. Ada Ubat

Mitos – Ekzema ada ubat penyembuh

IKLAN

Fakta – Tidak. Ekzema tiada ubat penyembuh tetapi ada pelbagai cara untk merawatnya dengan baik. Masalah ekzema boleh berulang-ulang apabila ada pencetusnya. Berita baiknya ialah 60% dari kanak-kanak akan pulih dengan sendirinya apabila dia meningkat remaja kemungkinan kerana sistem imunnya sudah matang.

7. Pelembap Yang Mahal

Mitos – Produk popular atau organik semestinya ialah yang paling baik untuk ekzema

Fakta – Tidak. Semua pelembap ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, dan tiada satu pelembap di pasaran pun yang boleh dikatakan paling sempurna. Contoh pelembap yang baik adalah jenis yang boleh mengekalkan kelembapan kulit dan selesa dipakai, dan tidak terlalu mahal. Gunakan pelembap asas yang murah jika ada masalah kos, kerana pelembap mesti dipakai dengan kerap dan banyak terutama jenis ekzema yang kering, dan ini boleh meningkat kan kos perbelanjaan untuk mengawal ekzema. Pemillihan pelembap adalah bergantung kepada kesesuaian bayi terhadap bahan-bahan isi kandungannya, kekeringan kulit, cuaca, aktiviti yang sedang dijalankan, kawasan kulit dan kos.

8. Steroid Berbahaya

Mitos – Sapuan semua jenis steroid adalah merbahaya.

Fakta – Tidak. Krim atau minyak sapuan steroid adalah salah satu cara rawatan paling utama dalam membendung keradangan ekzema ini. Ianya berkesan melegakan iritasi dan gejala kegatalan ekzema. Biasanya doktor yang merawat akan memberikan ubat sapu ini untuk digunakan semasa tempoh keradangan tersebut, dan sapuan ini dihentikan apabila keradangan sudah reda. Ada pelbagai jenis ubat sapu steroid dipasaran, dan ianya dikategorikan kepada potensi (kekuatan) ubat sapu steroid itu, kepada ubat steroid yang lembut, sederhana lembut dan kuat . Penggunaan ubat sapu steroid adalah sangat efektif untuk semua jenis ekzema dan selamat jika digunakan dengan betul.

Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos. Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI